French toast ialah sejenis hidangan sarapan yang diperbuat daripada kepingan roti yang dicelup dalam campuran telur, susu dan sedikit gula. Roti tersebut kemudiannya digoreng dalam kuali menggunakan mentega sehingga keemasan dan garing di bahagian luar tetapi lembut di dalam.

Bahan-bahan yang diperlukan ialah roti putih, telur, susu, gula, serbuk kayu manis dan mentega untuk menggoreng. Cara penyediaannya mudah – pukul telur, susu dan gula dalam mangkuk besar. Celup kepingan roti ke dalam campuran tersebut. Panaskan kuali dengan mentega dan goreng roti sehingga keemasan pada kedua-dua belah. Hidangkan dengan madu atau sirap maple.

1. Resepi French Toast Madu

Bahan-bahan

  • 2 biji telur
  • 1/2 cawan fresh milk
  • 1 sudu teh gula
  • 4 keping roti, kalau boleh beli buku roti yang belum dipotong. Potong sendiri, tebal sikit baru sedap

Cara buat French Toast Madu

  1. Pukul telur, susu dan gula.
  2. Celup roti dalam adunan telur.
  3. Pan fried dengan butter sampai kuning keemasan.
  4. Siap. Hidang dengan madu.

Sumber: Elaine Tan dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2. Resepi Chocolate Strawberry French Toast Roll

Bahan-bahan

  • Roti gardenia
  • Coklat bar/Nutella
  • Susu kotak
  • Serbuk kayu Manis
  • Vanilla extract
  • Telur 1 biji
  • Butter
  • Buah-buahan jika suka
  • Gula
  • Gula halus

Cara buat Chocolate Strawberry French Toast Roll

Step 1

  1. Sediakan 1 mangkuk luas, masukkan 1 cawan susu, 1 biji telur, setengah sudu serbuk kayu manis dan pecahkan atau gaul sebati.
  2. Ambil kepingan roti, potong kulit roti dan tekan agak sedikit tipis.
  3. Letakkan atau sapu coklat di kepingan roti yang ditekan dan letakkan hiriskan buah (jika suka).
  4. Gulungkan roti tersebut dan celupkan kedalam bancuhan susu tadi.
  5. Panaskan kuali, masukkan sedikit butter atau 1 sudu kecil butter dan masukkan roti yang telah dicelup sebentar tadi.
  6. Apabila sebahagian roti telah masak, alihkan dan masak lagi 1 bahagian, masak sehingga keperangan dan angkat.

Step 2

  1. Sediakan 1 mangkuk yang luas, masukkan 2 sudu gula makan dan ¼ sudu kecil serbuk kayu manis. Gaul sebati.
  2. Ambil roti yang telah dimasak tadi, gaulkan bersama gula serbuk kayu manis (jika suka).
  3. Akhir sekali, taburkan gula halus dan potongan buah (jika suka).

Sumber: Nurul Ateekah dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi French Toast Mudah

Bahan-bahan

  • 2 biji telur ayam
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 5 sudu susu segar
  • 3-4 keping roti

Cara buat French Toast Mudah

  1. Pecahkan 2 biji telur kedalam mangkuk.
  2. Masukkan susu segar dan esen vanila kacau sebati.
  3. Celupkan roti kedalam campuran tadi.
  4. Cairkan butter didalam kuali.
  5. Masak sehingga garing keemasan.

Sumber: Fyza Khairi dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

4. Resepi Healthy Cheese French Toast

Bahan-bahan

  •  2 keping roti Canadian Purple Wheat
  • 1 keping keju Beqa Super Slim
  • 1 biji telur ayam

Cara buat Healthy Cheese French Toast

  1. Pecahkan telur dan salutkan dengan telur.
  2. Kemudian pankan roti tadi. Tak perlu letak minyak.
  3. Balikkan supaya telur masak.
  4. Letak cheese.
  5. Kapit dengan sekeping lagi roti.
  6. Siap. Lepas angkat tu terus potong roti. Cheese tu tadi akan mencair.

Sumber: Norli Yusoff dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Apa Lagi Menu Sarapan Western Yang Mudah?

Kadang-kadang kita sendiri dah kekeringan idea untuk sarapan pagi kan? Kali ini kami akan bantu anda dengan resepi french toast yang cukup mudah ini. Selain french toast, banyak lagi menu sarapan yang mudah. antaranya adalah:

1. Pancake

Pancake adalah sejenis kuih yang diperbuat daripada adunan tepung, telur, susu dan mentega. Ianya dimasak di atas kuali rata sehingga kedua-dua permukaan keemasan.

2. Waffle

Waffle merupakan sejenis kuih yang diperbuat daripada adunan yang sama seperti pancake, tetapi dimasak menggunakan acuan waffle khas yang memberikan corak grid yang unik dan tekstur yang rangup di luar.

3. English Breakfast Sandwich

Sandwich sarapan yang terdiri daripada roti bakar, telur mata, keju dan sayur-sayuran. Ianya merupakan pilihan popular untuk sarapan yang mengenyangkan.

4. Breakfast Burrito

Burrito sarapan adalah hidangan yang mengandungi telur goreng, keju dan sayur-sayuran yang dibungkus dalam tortilla. Ia merupakan gabungan sempurna antara sarapan Amerika dan Meksiko.

5. Breakfast Bowl

Breakfast bowl ialah hidangan yang menggabungkan nasi, telur, sayur-sayuran dan sos dalam satu mangkuk. Ia merupakan pilihan moden yang semakin popular untuk sarapan yang berkhasiat.

Rate this post

Seorang penulis bebas yang suka berkongsi bercerita terutamanya resepi masakan serta berkongsi resepi, tips memasak, dan trend makanan terkini.

Leave A Reply