Famous Amos ialah sejenis biskut coklat cip yang terkenal di seluruh dunia. Kudapan popular ini dicipta oleh Wally Amos pada tahun 1975 di Hawaii dan kini menjadi jenama global yang terkenal dengan biskut coklat cipnya yang rangup dan lazat. Kini, biskut inspirasi daripada famous amos boleh dibuat dirumah sahaja.

Bahan-bahan utama untuk membuat biskut ini termasuk tepung gandum, mentega, gula perang, gula kastor, telur, serbuk penaik, garam, dan cip coklat. Cara membuatnya adalah dengan mengacau mentega dan gula sehingga krim, masukkan telur, kemudian campurkan bahan-bahan kering. Akhir sekali, masukkan cip coklat dan bentukkan doh menjadi bulatan kecil sebelum dibakar pada suhu 180°C selama 12-15 minit.

1. Resepi Famous Amos Cookies Crunchy

Bahan-bahan A (diayak)

  • 2 cawan tepung naik sendiri
  • 1 sb tepung jagung
  • 1 sb tepung beras
  • 3 scoop susu tepung

Bahan-bahan B

  • 125g butter
  • 3/4 cawan gula perang
  • 1/4 cawan minyak
  • 1 biji telur gred B
  • 1 esen vanila

Bahan-bahan C

  • 3 sb chocholate chips
  • 5 sb almond nips
  • 10 keping Beryl’s coins

Cara buat Famous Amos Cookies Crunchy

  1. Pukul Bahan B hingga sebati menggunakan sudip.
  2. Masukkan bahan A dan kacau lagi.
  3. Kemudian, masukkan pula bahan C dan kacau sebati.
  4. Sudukan adunan ke dalam loyang dan bakar pada suhu 16oc api atas bawah selama 20 minit. Siap.

Sumber: Noor Azizah dari Masak Apa Hari Ni

 

2. Resepi Famous Amos Cookies Confirm Jadi

Bahan-bahan A

  • 250g butter
  • 1 1/4 cawan gula perang
  • 1 sk esen vanila
  • 1 biji telur

Bahan-bahan B

  • 2 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • 1 sk baking powder
  • 1 sk soda bikarbonat
  • 6 sb minyak
  • 2 cawan cip coklat

Cara buat Famous Amos Cookies Confirm Jadi

  1. Kacau rata bahan A hingga sebati.
  2. Masukkan semua bahan B kecuali cip coklat. Gaul lagi dan kacau rata semua bahan.
  3. Bila adunan dah sebati, masukkan cip coklat dan gaul lagi.
  4. Sejukkan adunan di dalam peti sejuk selama setengah jam.
  5. Keluarkan adunan dan susun biskut di dalam loyang.
  6. Bakar pada suhu 150c menggunakan api atas bawah selama 20 minit bergantung pada oven masing-masing.

Sumber: Myra Chaqkey dari Masak Apa Hari Ni

 

3. Resepi Famous Amos Cookies Mudah

Bahan-bahan A

  • 250g marjerin
  • 1 1/2 cawan gula perang
  • 1 sk esen vanila
  • 1 biji telur

Bahan-bahan B

  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 cawan tepung jagung
  • 1 sk serbuk penaik
  • 1 sk soda bikarbonat
  • 5 sudu minyak masak
  • 1 biji telur

Bahan lain

  • Cip coklat
  • Kacang badam cincang

Cara buat Famous Amos Cookies Mudah

  1. Gaul bahan A hingga sebati. Tak perlu pukul sehingga kembang.
  2. Ayak bahan B kecuali minyak masak dan telur. Gaul bersama bahan A hingga sebati. Setelah adunan sebati, masukkan minyak masak dan telur. Gaul lagi.
  3. Masukkan cip coklat dan kacang badam cincang ke dalam adunan.
  4. Panaskan oven dan oleskan loyang dengan marjerin.
  5. Cedok adunan menggunakan sudu kecil. Jarakkan kerana biskut akan mengembang.
  6. Bakar pada suhu 160c api atas bawah selama 25 minit.
  7. Tunggu sejuk dahulu, baru masukkan ke dalam balang.

Sumber: Eida Ilham dari Masak Apa Hari Ni

 

Apa Lagi Menu Biskut Yang Sedap Dijadikan Kudap-Kudapan?

Sebenarnya mudah sahaja kan jika dah lihat resepi Famous Amos cookies ini. Selepas ini, anda boleh cuba buat sendiri di rumah. Boleh buat banyak, jimat pun jimat! Untuk penggemar biskut sebenarnya tidak cukup dengan famous amos cookies sahaja. Jadi, ini 5 lagi cadangan biskut yang sedap dijadikan kudap-kudapan:

1. Oatmeal Raisin Cookies

Biskut oatmeal dengan kismis ini merupakan pilihan sihat kerana mengandungi oat yang kaya dengan serat. Adunan asasnya sama seperti coklat chip tetapi ditambah dengan oat dan kismis sebagai ganti cip coklat.

2. Double Chocolate Cookies

Biskut ini merupakan versi lebih mewah dari coklat chip biasa dengan menggunakan serbuk koko dalam adunannya. Ia memberikan rasa coklat yang lebih kuat dan pekat.

3. Macadamia Cookies

Biskut yang dibuat dengan campuran kacang macadamia yang memberi rasa rangup dan berlemak. Seringkali digabungkan dengan cip coklat putih untuk rasa yang lebih istimewa.

4. Peanut Butter Cookies

Biskut mentega kacang ini mempunyai rasa manis dan masin yang seimbang. Ia dibuat menggunakan mentega kacang sebagai bahan utama yang memberi rasa unik.

5. Cranberry White Chocolate Cookies

Biskut ini menggabungkan cranberry kering dengan cip coklat putih. Kombinasi rasa masam-manis dari cranberry dengan kemanisan coklat putih menjadikannya pilihan yang menarik.

Rate this post

Seorang penulis bebas yang suka berkongsi bercerita terutamanya resepi masakan serta berkongsi resepi, tips memasak, dan trend makanan terkini.

Leave A Reply