Sarapan tradisional dari England ini mengandungi telur goreng, sosej ayam/daging, kentang hash brown, cendawan goreng, tomato panggang, kacang putih dalam sos tomato, dan roti bakar. Sesetengah versi turut menambah pudding darah hitam yang diperbuat daripada bijirin.

Untuk menyediakan English breakfast, mula-mula goreng sosej sehingga masak, kemudian goreng telur mata. Panaskan kacang putih dalam sos tomato, panggang roti, dan goreng cendawan serta tomato. Hash brown boleh digoreng atau dipanggang dalam ketuhar. Hidangkan semua bahan di atas pinggan besar bersama sos HP atau sos tomato.

1. Resepi Portuguese Toast

Bahan-bahan

  • Roti gardenia putih@roti benggali (boleh potong ikut tebal kita nak) 2 keping (kalau gardenia nipis sikit
  • Cheesedale 2 keping
  • Susu segar
  • Gula (guna gula perang) *letak ikut manis kita suka. Saya letak dalam satu sudu besar
  • Sedikit butter dalam satu sudu
  • Bahan boleh adjust ikut kesukaan nak manis ke cheese atau lebih

Cara buat Portuguese Toast

  1. Masukkan butter, susu, kemudian cheese, gula. Kacau.
  2. Masak atas api yg kecil hingga cair dan pekat. (Jangan terlalu pekat)
  3. Tutup api. Sapu atas roti tadi. Masuk dalam oven.
  4. Bakar sampai atas dia mcm brown sikit.
  5. Anggaran dalam 7-10minit. Api atas bawah 160.
  6. Adjust Ikut oven masing-masing.

Sumber: Jue Zue dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2. Resepi Croissant Sandwich

Bahan-bahan

  • Croissant beli ready made di Tesco

Bahan egg mayo

  • 2 biji telur rebus (hancurkan)
  • Mayonis (saya guna kewpie sandwich)
  • Garam secukup rasa
  • Blackpepper secukup rasa

Bahan Tuna mayo

  • Tuna dalam tin
  • Mayonis

Cara buat Croissant Sandwich

  1. Panaskan sekejap dalam oven dalam 10min.
  2. Hasilnya, croissant yang sangat buttery dan flaky dia macam crunchy crunhy lembut bila gigit. Sedap.

Tips: belah tengah and sapu mentega before bakar croissant untuk bau yang lebih wangi.

Sumber: Nana Nabila

 

3. Resepi Hash Brown

Bahan-bahan

  • Kentang
  • Bawang holland
  • Garam
  • Black pepper
  • Garlic powder
  • Tepung gandum
  • Shredded cheese

Cara buat Hash Brown

  1. 1. Kentang parut letak dalam air sejuk perah dalam kain masak sekejap agak layu masuk dalam bekas.
  2.  Bawang holand cincang.
  3.  Garam. Ground course black pepper. Garlic powder. Shreded cheese. Tepung gandum sikit.
  4.  Gaul dengan kentang parut tadi.
  5. Bentukkan ikut suka.
  6. Goreng.
  7. Boleh frozen juga.

Sumber: Raden Pateh dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

4. Resepi English Muffin (McD Muffin)

Bahan-bahan

  • 3 cups tepung gandum
  • 1 cup air hangat
  • 1tsp garam
  • 1 tsp gula
  • 3tbs minyak makan
  • 1 tbs yeast
  • Tepung semolina untuk di salutkan adunan saja

Cara buat English Muffin (McD Muffin)

  1. Campur bahan diatas untuk buat adunan roti.
  2. Perapkan 1 jam.
  3. Giling rata adunan 1.5cm.
  4. Gunakan cetakan bulat agar cantik dan sama size.
  5. Salutkan dengan tepung semolina.
  6. Tutup dengan tuala selama 15min untuk kembang.
  7. Panaskan oven 220*C.
  8. Setelah itu, panaskan non-stick pan dan bakar selama 3min atas bawah.
  9. Letak di baking tray dan bakar di oven selama 6min supaya dalamnya masak.
  10. Selamat mencuba.
  11. Sumber: Ummi Ellvie  dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Apa Lagi Variasi Menu Sarapan Luar Negara Yang Ada?

Sesekali ubah menu sarapan pagi kepada ala-ala English breakfast pun apa salahnya kan? Resepi English breakfast ini cukup mudah nak buat dan mempunyai pelbagai variasi pula tu. Selain English breakfast yang biasa kita dapati di buffet-buffet hotel, ini ada 5 lagi menu sarapan luar negara:

1. American Breakfast

Sarapan Amerika biasanya terdiri daripada pancake atau waffle yang dihidangkan dengan sirap maple, telur scrambled, sosej ayam/daging, dan hash brown. Kadangkala ditambah dengan buah-buahan segar sebagai hiasan.

2. French Breakfast

Hidangan sarapan Perancis yang ringkas tetapi lazat ini mengandungi croissant segar, roti baguette, mentega, dan pelbagai jenis jem buah-buahan. Biasanya dihidangkan bersama kopi café au lait.

3. Australian Breakfast

Sarapan Australia mempunyai telur Benedict (telur poached dengan sos Hollandaise) di atas English muffin, avocado terhancur, sosej ayam/daging, dan hash brown. Selalunya turut dihidangkan dengan jus oren segar.

4. Continental Breakfast

Sarapan Continental merupakan hidangan ringan yang terdiri daripada roti croissant, roti toast, mentega, jem, yogurt, dan buah-buahan segar. Biasanya dihidangkan dengan kopi atau teh.

5. Scottish Breakfast

Sarapan Scotland hampir sama dengan English breakfast tetapi mempunyai tambahan seperti oatcakes (biskut oat), tattie scones (sejenis roti kentang), dan Scottish kippers (ikan masin). Turut dihidangkan dengan telur, sosej ayam/daging, dan hash brown.

Rate this post

Seorang penulis bebas yang suka berkongsi bercerita terutamanya resepi masakan serta berkongsi resepi, tips memasak, dan trend makanan terkini.

1 Comment

  1. Resepi no. 2 tu saya dah buat.. Masya Allah.. sedapnya.. lembut sangat.. mungkin sebab ada letak minyak.. tk gaul dgn kelapa pun dah sedap.. kredit to owner..

Leave A Reply