Egg tart ialah sejenis pastri yang berasal dari Hong Kong dan Macau, yang terdiri daripada kulit pastri rangup dengan isian berkrim yang diperbuat daripada telur, susu dan gula. Kulit pastri ini biasanya diperbuat daripada tepung gandum, mentega, dan sedikit garam untuk memberikan rasa yang sempurna.

Untuk menyediakannya, anda perlu membuat doh pastri terlebih dahulu dengan mencampurkan tepung, mentega dan air sejuk sehingga menjadi doh yang sesuai. Kemudian, isian disediakan dengan mengacau telur, susu dan gula sehingga sebati. Doh dibentuk dalam acuan kecil, diisi dengan campuran telur, dan dibakar pada suhu 180°C selama 15-20 minit sehingga masak dan kekuningan.

 

1. Resepi Egg Tart

Bahan-bahan

Filling

  • 1 tin susu cair
  • ¾ cawan gula
  • 6 biji telur
  • 2 sudu tepung kastard
  • Vanilla
  • Pewarna
  • Campurkan semua & tapis

Curst

  • 5 cawan tepung gandum
  • 1 cawan gula icing
  • 2 cawan majerin
  • 1 biji telur
  • Vanilla

Cara buat Egg Tart

  1. Bentukkan curst di dalam acuan, bakar sehingga separuh masak.
  2. Seterusnya, masukkan filling dan masak semula sehingga sempurna.

Sumber: Nfo Onna dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)

 

2. Resepi Giant Egg Tart

Bahan-bahan

Bahan Doh Kulit

  • 2 cawan tpg.gandom
  • 1/2 cawan majerin
  • Sebiji telor
  • Sedikit garam
  • Uli  sebati letak dalam.kuali sapu majerin dulu
  • Ikut bentuk kuali tekan rata tepi tekan dengan garpu buat lekuk

Kastad telur

  • 2 biji telur kuning
  • 1 cawan susu cair
  • 1 sb tpg jagung
  • 1 sb tpg kastard
  • 4 sb gula
  • Secubit garam
  • Sedikit pewarna kuning
  • Sedikit esen vanila

Cara buat Giant Egg Tart

  1. Blend semua bahan sebati tuang dalam doh di kuali tadi dan bakar dengan api slow.
  2. Kuali harus ditutup dalam 40minit atau sehingga masak.

Sumber: Malnorashima Bt Ismail dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)

 

3. Resepi Portuguese Egg Tart

Kulit tart beli readymade

Anggaran untuk 14 biji

Bahan-bahan

  • 1/2 cwn susu cair
  • 2 biji telur
  • 1/2 cwn gula pasir
  • 1/2 cwn air
  • 1/2 s/mkn tepung kastard
  • 1/2 s/teh esen vanilla
  • Sedikit pewarna kuning

Cara buat Portuguese Egg Tart

  1. Bakar 15 minit +-
  2. Suhu 180.

Sumber: Nabilah Mat Yasim dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

4. Resepi Hong Kong Egg Tart

Bahan-bahan

  • 300g tepung
  • 150g butter@marjerin
  • 25g gula icing (tips supaya tart tak keras bila sejuk)
  • 1biji telur
    (21 acuan)

Bahan filling

  • 290ml susu cair
  • Gula pasir 120g (kurangkan kalau tak suka manis)
  • Telur gred A@B 3biji
  • Esen vanila 1sdt

Cara buat Hong Kong Egg Tart

  1. Ayak tepung dan gula, campurkan butter dan telur menjadi adunan yang soft.
  2. Masukkan ke dalam acuan cucuk pakai garfu dan sejukkan dalam peti ais sementara nak buat filling.

Bahan filling

  1. Campur kesemua bahan tadi, dan WAJIB TAPIS  kalau tak takut berbuih filling tu.
  2. Lepas buat filling masukkan dalam crust tadi hati-hati jangan terlebih dari crust nanti time bakar takut melimpah susah nak tanggal dalam acuan.
  3. Bakar suhu 180darjah selama 15-20minit bergantung pada oven masing-masing.

Sumber:دين الصفار dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Apa Lagi Hidangan Pencuci Mulut Yang Popular?

Ramai yang gemarkan Portugis egg tart, ini kerana apabila makan kulitnya  mudah rapuh dan bau pastri ini saja sudah memikat hati. Harga satu biji egg tart ini boleh tahan juga di kedai, jadi selain egg tart, ada beberapa cadangan pencuci mulut lain yang boleh anda cuba.

1. Fruit Tart

Pastri ini mempunyai asas kulit pastri yang diisi dengan krim pastri yang lembut dan dihiasi dengan pelbagai buah-buahan segar di atasnya. Ia disediakan dengan membuat kulit pastri, diisi dengan krim pastri yang diperbuat daripada susu, telur dan gula, kemudian dihiasi dengan buah-buahan pilihan.

2. Portuguese Custard Tart

Sejenis pastri yang mempunyai kulit berlapis-lapis dan diisi dengan krim telur yang lebih pekat berbanding egg tart biasa. Bahagian atasnya mempunyai kesan hangus yang memberikan rasa unik.

3. Apple Pie

Pai yang diisi dengan epal yang telah dipotong dan dibumbui dengan kayu manis dan gula. Ia mempunyai kulit pai atas dan bawah yang rangup dan dipanggang sehingga keemasan.

4. Lemon Meringue Pie

Pai yang mempunyai isian lemon yang masam-masam manis, ditutup dengan lapisan meringue yang lembut di atasnya. Meringue akan dipanggang sehingga sedikit keperangan.

5. Peach Danish

Pastri berlapis yang dibuat dengan doh croissant, diisi dengan campuran krim dan buah pic. Ia dipanggang sehingga kulit pastri menjadi rangup dan keemasan.

Seorang penulis bebas yang suka berkongsi bercerita terutamanya resepi masakan serta berkongsi resepi, tips memasak, dan trend makanan terkini.

Leave A Reply