Egg Drop Soup ialah sup Chinese yang ringkas tetapi lazat, dibuat dengan stok ayam yang jernih dan telur yang dikacau. Bahan-bahan asas termasuk stok ayam, telur ayam, daun bawang, halia, garam, lada putih, dan tepung jagung untuk memekatkan sup.

Untuk memasaknya, didihkan stok ayam dan masukkan halia. Campurkan tepung jagung dengan sedikit air sejuk, kemudian masukkan ke dalam sup yang mendidih sambil mengacau. Kacau telur yang telah dipukul dalam mangkuk berasingan. Apabila sup mendidih, tuangkan telur perlahan-lahan sambil mengacau sup membentuk jalur telur yang halus. Masukkan garam dan lada putih, hiaskan dengan daun bawang.

1. Resepi Egg Drop Soup

Bahan-bahan

  • Air
  • Kuib pati ikan bilis
  • Kicap cair
  • Bancuhan tepung jagung
  • Telur ayam
  • Serbuk lada hitam
  • Minyak bijan

Cara nak buat Egg Drop Soup

  1. Panaskan setengah cawan air ke dalam periuk
  2. Masukkan potongan kecil kiub pati ikan bilis.
  3. Masukkan sesudu makan kicap cair.
  4. Kemudian masukkan air bancuhan tepung jagung. Sukatan tepung jagung adalah sebanyak satu sudu makan sahaja.
  5. Sehingga kuah menjadi likat, masukkan sebiji telur ayam yang dikocak. Tuang perlahan.
  6. Sehingga sup mendidih, taburkan sedikit serbuk lada hitam. Tak perlu banyak, takut nanti panas perut.
  7. Siap. Boleh tambah titisan minyak bijan untuk lebih wangi.
  8. Untuk masak sup ni, tak perlu garam untuk masin. Cukup sekadar rasa dari kiub ikan bilis dan kicap.

Sumber: Zurina Zulkefli dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2. Resepi Egg Drop Soup Mudah

Bahan-bahan

  • Crabstick hiris
  • Shitake hiris
  • Bawang putih cincang
  • Cube ayam 1
  • Telur 1
  • Bayam purple
  • Black pepper
  • Garam
  • Air
  • Tepung jagung 1sk

Cara nak buat Egg Drop Soup Mudah

  1. Jerang air mendidih, masuk bawang putih, stok, garam dan pepper.
  2. Masuk shitake dan crabstick. Kemudian masuk bayam, pecah kan telur dan kacau sup yang mendidih.
  3. Masuk tepung jagung yang di campur dengan air sikit untuk pekatkan sup. Siap.

Sumber: Zara Jane Qadry dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Crab + Egg Drop Soup

Bahan-bahan

  • 1 paket crab stick – rendam air suam
  • 1 paket fishcake
  • 2 cawan stok ayam
  • 4 biji telur
  • 3 ulas bwg putih- tumbuk/ cincang halus
  • 1 bji bwg bsr merah- hiris halus
  • Secubit garam dan gula
  • Black pepper
  • White pepper
  • Minyak bijan
  • Tepung jagung
  • Minyak

Cara nak buat Crab + Egg Drop Soup

  1. Panaskan periuk, masukkan 2 sudu minyak dan tumis bawang putih dan bawang besar sampai naik bau dan kekuningan. Perlahankan api.
  2. Masukkan air stok ayam/air rebusan ayam dan kacau. Api sederhana besar.
  3. Masukkan tepung jagung yang sudah dibancuh. Kacau sebati.
  4. Masukkan minyak bijan, garam, gula, blackpepper dan whitepepper.
  5. Telur dipecahkan dan dipukul dan dimasukkan ke dalam periuk mengikut pusaran air rebusan.
  6. Masukkan crab stick/ fishcake. Biar mendidih.
  7. Sedia utk dihidang.

Sumber: Madihah Afandi dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

4. Resepi Marvellous Egg Drop Soup

Bahan-bahan

  • Isi ketam
  • Cendawan merah/telinga gajah
  •  Stok ayam
  • Telur
  • Tepung jagung (optional)

Cara nak buat Marvellous Egg Drop Soup

  1. Buat stok ayam dulu. Masukkan air dan 2 sudu serbuk stok ayam (brand Knorr atau suka hati). Dan biarkan mendidih dulu.
  2. Dah mendidih, masukkan cendawan. Biarkan kejap.
  3. Masukkan isi ketam. Perlahankan api.
  4. Pecahkan telur dalam mangkuk lain dan kacau. Titiskan telur sikit demi sedikit dalam sup (guna garfu). Titiskan telur sampai habis.
  5. Kalau nak sup pekat, masukkan bancuhan tepung jagung. Kalau suka cair, tak perlu pun tak apa.
  6. Siap.
    Boleh makan sup macam tu je, atau makan dengan bihun goreng kruk kruk.
    P/S: Bihun goreng kruk-kruk tu. Goreng bihun yang keras dalam plastik tu directly dalam minyak panas. Tak payah lembut dulu.

Sumber: Ema Rosli

 

Selain Egg Drop Soup, Apa Hidangan Sup Yang Popular?

Selain  Egg Drop Soup, terdapat pelbagai hidangan sup lain yang juga popular di Malaysia. Antara 5 hidangan sup yang sering menjadi pilihan ramai adalah seperti berikut:

1. Hot & Sour Soup

Sup ini merupakan hidangan Chinese yang terkenal dengan rasa masam dan pedas yang unik. Ia mengandungi cendawan, tauhu, telur, cuka beras dan lada hitam sebagai ramuan utama.

2. Wonton Soup

Sup ini mengandungi wonton yang dibuat daripada pembungkus wonton yang diisi dengan campuran ayam cincang dan udang. Disajikan dalam sup ayam yang jernih dengan sayur-sayuran hijau.

3. Sweet Corn Soup

Sup jagung yang berkrim ini dibuat dengan campuran jagung manis, telur dan stok ayam. Ia merupakan pilihan popular di restoran-restoran Chinese.

4. Miso Soup

Sup Jepun yang dibuat dengan pes miso, tauhu, rumpai laut dan daun bawang. Ia ringan tetapi penuh dengan rasa umami.

5. Glass Noodle Soup

Sup ini mengandungi mihun kaca yang lutsinar bersama sayur-sayuran dan ayam dalam sup ayam yang jernih. Ia popular di seluruh Asia Timur.

Seorang penulis bebas yang suka berkongsi bercerita terutamanya resepi masakan serta berkongsi resepi, tips memasak, dan trend makanan terkini.

Leave A Reply