Durian crepe ialah sejenis pencuci mulut yang popular di Malaysia, menggabungkan rasa durian tempatan dengan teknik pembuatan crepe dari Perancis. Ia terdiri daripada lapisan nipis crepe yang diisi dengan pes durian yang lazat, kemudian digulung dengan kemas dan dihias dengan serbuk gula.
Untuk menyediakan durian crepe, bahan-bahan yang diperlukan ialah tepung gandum, telur, susu, mentega cair, garam, isi durian dan serbuk gula. Cara penyediaan bermula dengan membancuh adunan crepe menggunakan tepung, telur, susu dan mentega. Kemudian, tuangkan adunan ke dalam kuali leper dan masak sehingga keemasan. Setelah sejuk, letakkan isi durian dan gulung dengan rapi.
1. Resepi Durian Crepe
Bahan-bahan
- Beberapa ulas isi durian
- Non-dairy whipping cream
- 1/2 cawan susu full cream*
- 3/4 cawan air*
- 3 sb tepung gandum*
- 3 sb tepung ubi*
- 1 1/2 sb tepung jagung*
- 1 sk pewarna kuning*
- 1 biji telur dan 1 biji kuning telur*
- Secubit garam*
- 1 sk esen vanila*
- 1 sb gula halus*
- 1 sb minyak masak*
Cara buat durian crepe
- Mix whipping cream sehingga kental (tidak jatuh jika terlangkupkan mangkuk)
- Panaskan susu full cream sehingga suam sahaja.
- Whisk semua bahan bertanda * sehingga sebati.
- Biarkan adunan crepe selama 10 minit.
- Panaskan minyak di dalam kuali, lenggang sekejap.
- Bila kulit dah sejuk, boleh letakkan whipping cream dan isi durian. Lipat dan sejukkan selama beberapa jam.
Sumber: Farah Fatin Amira Musa dari Masak Apa Hari Ni
2. Resepi Durian Crepe 20 Biji
Bahan-bahan
- 4 sudu tepung gandum
- 2 sudu tepung ubi
- 1 sudu tepung jagung
- 1 sudu tepung kastard
- 1 sudu gula
- 1/2 cawan susu cair
- 200ml air
- 1 biji telur
- 1 sudu minyak masak
- 1 sudu esen vanila
- Pewarna kuning
Bahan-bahan inti
- Isi durian
- Non-dairy whipping cream
Cara buat durian crepe
- Campurkan semua bahan di atas, kacau dan tapis. Kalau rasa pekat boleh tambah air.
- Sapu kuali dengan minyak, curahkan adunan dan masak.
- Biarkan dalam beberapa minit sehingga nampak tepung masak.
- Mix whipping cream sehingga kental.
- Masukkan whipping cream dan isi durian di atas crepe, dan boleh lipatkan.
Sumber: Intan Izzet dari Masak Apa Hari Ni
3. Resepi Durian Crepe Simple
Bahan-bahan
- 100g tepung gandum
- 3 biji telur gred A
- 1 tin susu cair
- 1 sk esen vanila
- Secubit garam
- Pewarna kuning
- 1/2 cawan air (bergantung pada kepekatan adunan)
Bahan-bahan inti
Cara buat durian crepe
- Campur semua bahan dan putar menggunakan mixer atau blender.
- Tapiskan adunan.
- Guna kuali non stick untuk masak crepe, dan masak seperti biasa.
- Mix whipping cream sehingga kental.
- Letak whipping cream dan isi ke durian di atas crepe. Lipat dan sejukkan sebelum dimakan.
Sumber: Nish Aziz dari Masak Apa Hari Ni
Apa Alternatif Bagi Durian Crepe?
Walau pun durian digemari ramai namun, ada juga yang tidak begitu menyukai rasa dan bau buah durian. Jadi, bagi menggantikan durian crepe, terdapat juga perasa lain yang sesuai dimakan bersama crepe. 5 dibawah antara yang menarik:
1. Mango Crepe
Pencuci mulut ini menggunakan mangga masak yang manis dicampur dengan krim putar sebagai isian. Ia merupakan variasi popular crepe yang memberikan rasa segar dan manis semulajadi dari buah mangga tempatan.
2. Banana Nutella Crepe
Pencuci mulut ini menggabungkan pisang yang dipotong nipis dengan coklat nutella sebagai isian. Ia sangat popular di kalangan penggemar coklat dan merupakan pilihan yang sesuai untuk semua peringkat umur.
3. Red Velvet Crepe Cake
Kek crepe berlapis yang dibuat dengan gabungan lapisan crepe berwarna merah dan krim keju (cream cheese) di antara setiap lapisan. Ia merupakan gabungan unik antara kek red velvet tradisional dan crepe.
4. Japanese Matcha Crepe
Crepe yang dibuat dengan serbuk teh hijau matcha berkualiti tinggi dan diisi dengan krim matcha. Ia memberikan rasa yang unik dan telah menjadi pilihan popular dalam kategori pencuci mulut moden.
5. Fresh Cream Fruit Crepe
Pencuci mulut ini menggabungkan pelbagai buah-buahan segar seperti strawberi, kiwi, dan anggur dengan krim putar yang ringan. Ia merupakan pilihan sihat dan menyegarkan dalam kategori crepe.
1 Comment
terima kasih.. membantu sangat