Dalca sayur ialah hidangan berkuah yang berasal dari India Selatan dan popular di Malaysia. Masakan ini menggunakan kombinasi sayur-sayuran seperti terung, kacang panjang, lobak merah dan kentang yang dimasak dalam kuah yang diperbuat daripada bawang, halia, bawang putih, serbuk kari, tomato dan santan.

Untuk memasaknya, tumis bawang, halia dan bawang putih sehingga wangi, masukkan serbuk kari dan tomato. Kemudian masukkan sayur-sayuran mengikut ketahanan masing-masing, bermula dengan kentang dan lobak, diikuti dengan terung dan kacang panjang. Akhir sekali, masukkan santan dan biarkan mendidih sehingga sayur-sayuran empuk dan kuah pekat.

1. Resepi Dalca Sayur

Bahan-bahan

Bahan kisar

  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Halia

Bahan isi

  • Terung,
  • ubi keledek, ubi kentang, l
  • obak merak,
  • tomato,
  • cili merah besar

Cara nak buat dalca sayur

  1. Rebus kacang dal hingga empuk dan kisar kasar kacang dal.
  2. Tumis bahan kisar dengan bunga lawang , kulit kayu manis.
  3. Masukkan serbuk kari daging 3sudu , tumis hingga pecah minyak.
  4. Masukkan air dan kacang dal.
  5. Masukkan bahan sayur yang keras dulu (kentang, ubi keledek, lobak merah) dah empuk baru masukkan terung, cili merah, tomato.
  6. Perasakan  dengan air asam jawa, garam, gula perang, sedikt kiub ikan bilis.
  7. Dah siap.

Sumber: Siti Aieshah Kamarudin dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2. Resepi Dalca Sayur FY

Bahan-bahan

  • 1 mangkuk tulang ayam
  • 1 kotak santan – jadikan 3 cawan santan
  • 1 cawan kacang dal – rebus hingga empuk
  • 1 biji cili merah– potong 2
  • 4 biji kentang – belah 4
  • 1 biji karot- potong mancis
  • 4 btg kacang panjang – potong 1 1/2 inci
  • 1 biji terung bulat – belah 6
  • 1 biji tomato – belah 4
  • 3 sudu makan rempah kari daging
  • 1 bunga lawang
  • 3 biji buah pelaga
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 tangkai daun kari
  • Sedikit garam

Bahan dihiris

  • 2biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia

Cara buat dalca sayur

  1. Tumis bunga lawang, buah pelaga dan kulit kayu manis. Masukkan bahan dihiris dan tumis hingga wangi.
  2. Masukkan rempah kari daging, daun kari dan sedikit air. Tumis hingga rempah masak dan terbit minyak.
  3. Masukkan tulang ayam. Tumis sebentar dan masukkan kacang dal, santan, kentang dan sedikit air. Masak hingga tulang ayam dan kentang empuk.
  4. Masukkan semua sayur-sayuran. Masak hingga sayur masak. Masukkan garam dan tutup api. Sedia untuk dihidangkan.

Sumber: Fauziah Yahya dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Dalca Sayur dan Daging

Bahan-bahan

    • 600gm daging
    • 5 sudu besar ketumbar
    • 4 sudu besar serbuk cili
    • 1sudu besar jintan manis
    • 1inci kayu manis
    • 1sudu besar jintan putih
    • 3 kuntum cengkih
    • 3 biji buah pelaga
    • 1 sudu kecil lada sulah
    • 4 ulas bawang merah dimayang
    • 1 inci halia dimayang
    • 2 labu bwg putih dimayang
    • 1 sudu kecil serbuk kunyit
    • 2 cawan kacang dal direbus
    • 4 biji terung bulat
    • 5 biji kentang
    • 2 biji mangga muda
    • 3 biji tomato
    • 3 biji cili muda
    • 3 batang carrot
    • 1 kg santan
    • 1 genggam cili kering
    • Garam dan asam jawa secukupnya

Cara buat dalca sayur dan daging

  1. Bersihkan daging,siang sesuka hati dan rebus sekejap, terung kentang tomato carrot cili muda dan mangga dibelah ikut citarasa bersihkan dan tos.
  2. Ketumbar cili kering jintan manis kayu manis jintan putih cengkih sebaiknya direndang dulu tanpa minyak sebelum di kisar.
  3. Panaskan minyak 5 sudu besar kemudian tumiskan bahan yang dimayang tadi bila dah naik bau masukkan bahan yang digiling tadi biarkan seketika.
  4. Kemudian masukkan santan,garam dan air asam jawa, lepas tu masukkan daging kacang dal.
  5. Bila dah menggelegak masukkan kan semua sayuran tadi,bila daging dan sayuran dah empuk boleh diangkat dan dihidangkan.

Sumber: Jaja Haiza dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Selain Dalca Sayur, Apa Lagi Makanan Yang Popular?

Selain Dalca Sayur, terdapat 5 hidangan lain yang juga popular seperti Kurma Sayur, Kari Sayur Campur, Sayur Lemak, Aloo Gobi dan Sambar. Maklumat lanjut berkenaan hidangan yang digemari ramai ini adalah seperti berikut:

1. Kurma sayur

Kurma sayur adalah hidangan yang diperbuat daripada pelbagai sayur-sayuran yang dimasak dalam kuah krim berasaskan santan dengan campuran rempah seperti jintan, buah pelaga dan kunyit. Sayur-sayuran yang biasa digunakan termasuk kentang, kembang kol, lobak merah dan kacang peas.

2. Kari Sayur campur

Kari campuran sayur merupakan hidangan yang menggunakan pelbagai sayur-sayuran yang dimasak dalam kuah kari yang pekat. Masakan ini menggunakan rempah kari yang lengkap dan santan untuk menghasilkan rasa yang penuh.

3. Sayur Lemak

Masakan tradisional Melayu ini menggunakan pelbagai sayur-sayuran yang dimasak dalam kuah santan yang diperapkan dengan kunyit dan rempah ratus. Sayur-sayuran seperti nangka muda, rebung dan pucuk paku sering digunakan dalam masakan ini.

4. Aloo Gobi

Hidangan ini menggabungkan kentang dan kubis bunga yang dimasak dengan rempah-rempah seperti kunyit, jintan dan serbuk kari. Masakan ini popular di restoran-restoran India dan mamak di Malaysia.

5. Sambar

Sambar ialah sup sayur-sayuran yang dimasak dengan dhal (kekacang) dan pelbagai rempah. Hidangan ini biasanya mengandungi terung, kacang panjang, lobak merah dan tomato, dimasak dalam kuah yang berasaskan kekacang.

Seorang penulis bebas yang suka berkongsi bercerita terutamanya resepi masakan serta berkongsi resepi, tips memasak, dan trend makanan terkini.

Leave A Reply