Daging masak kicap merupakan hidangan tradisional Malaysia yang popular di kalangan masyarakat. Ia adalah masakan yang mudah disediakan dengan menggunakan daging lembu atau daging kambing yang dimasak dengan sos kicap sebagai bahan utama perasa.

Hidangan ini biasanya mempunyai rasa masin dan sedikit manis yang dihasilkan daripada kombinasi kicap pekat dan bumbu-bumbuan tempatan. Rasa uniknya menjadikan daging masak kicap antara pilihan utama dalam majlis keluarga dan jamuan tradisional.

1. Resepi Daging Masak Kicap Pedas

Bahan-bahan

  • 1 kg daging (direbus sampai empuk, kemudian tabur sedikit garam dan sedikit serbuk kunyit, goreng seketika)
  • 1 biji bwg besar*
  • 5 biji bwg kecil *
  • 4 biji ulas bwg putih *
  • 1 inci halia *
  • Cili kering-*(buang biji & rendam air panas)
  • Semua yang bertanda * kisar halus
  • 1 batang serai-dititik
  • 3 sudu Besar sos cili
  • 2 sudu Besar sos tomato
  • 2 sudu Besar sos tiram
  • Kicap manis
  • Kicap pekat
  • Sedikit gula & perasa ikut citarasa
  • Bawang holand potong wedges-hiasan
  • Cili merah potong serong-hiasan

Cara buat Daging Masak Kicap Pedas

  1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar dan serai hingga pecah minyak.
  2. Tambahkan sedikit air dan masukkan semua jenis sos serta kicap. Masukkan daging, biar mereneh seketika dan masuk bahan perasa secukupnya.
  3. Terakhir, masukkan bawang holand dan cili merah.
  4. Siap.

Sumber: Rahmah Rosmin dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2. Resepi Daging Masak Kicap Simple

Bahan-bahan

  • 1kg daging (potong lawan urat)
  • 6 sudu besar kicap manis
  • 6 sb kicap masin
  • 3 sb kicap pekat (kicap mee)
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 1 sudu kecil serbuk lada putih
  • **Gaul semua bahan diatas bersama daging biar sebati..perap sekejap sementara siapkan bahan untuk tumis.
  • ••Bahan untuk menumis••
  • 2 biji bawang besar**
  • 7 ulas bawang putih**
  • 2 inci halia**
  • –kisar bahan bertanda**
  • 1 btg kulit kayu manis
  • 3 biji buah pelaga
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 5 biji cengkih
  • 1 sb cili kisar (tambah jika nak pedas)
  • 2 sb air asam jawa pekat
  • Secubit bahan perasa

Bahan hiasan

  • Kentang, karot, cabai
  • Cili melaka,bawang potong bulat

Cara buat Daging Masak Kicap Simple

  1. Panaskan minyak satu senduk, Masuk bahan 4 sekawan dan tumis bahan berkisar sampai naik bau, masukkan cili kisar.
  2. Agak-agak garing sedikit masukkan daging yangg diperap dan kacau sebati.
  3. Agak-agak air daging dah kering, jika masih liat boleh tambah air panas dua cawan. Masukkan kentang dan karot, masak smpai semua empuk dan lembut.
  4. Masuk air asam jawa dan sedikit perasa.
  5. Akhir sekali masuk cabai merah, cabai melaka, dan bawang hiasan.

Sumber: Ema Nurida dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Daging Masak Kicap Berempah

Bahan-bahan

  • Bawang merah+besar
  • Halia
  • Bawang putih
  • Serai
  • 4 sekawan
  • Cili kering kisar 7 tangkai (ikut kepedasan masing)

Bahan perapan daging

  • Daging 1/2 kg
  • Lada hitam sesudu (tumbuk)
  • Rempah daging 2 sudu
  • Kicap pekat
  • Sos tiram

Cara buat Daging Masak Kicap Berempah

  1. Masukkan 4 sekawan dengan serai dan tumis sampai naik bau.
  2. Masukkan bahan yang telah dikisar.
  3. Setelah itu masukkan juga cili mesin, tunggu sampai pecah minyak sekali.
  4. Apabila dah pecah minyak, masukkan daging yang dah diperap tadi.
  5. Kacau dan tengok warnanya, kalau macam tak cukup gelap tambahkan kicap.
  6. Bila daging dah kecut sikit, tambahkan air untuk lembutkan daging.
  7. Sementara tunggu daging lembut, boleh potong bawang sebagai hiasan.
  8. Daging dah lembut, perasakan dengan garam dan gula dan kuah pun dah pekat macam mana yg kita nak, masukkan bawang.

Sumber: Nurain Sulaiman dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Apa Lagi Menu Daging Yang Popular?

Selain daging masak kicap, daging juga boleh dipelbagaikan dengan masakan lain. 5 dibawah merupakan menu yang sering menjadi pilihan peminat menu daging.

1. Daging Goreng Kunyit

Daging yang digoreng dengan campuran serbuk kunyit, menghasilkan warna kuning terang dan rasa yang lazat. Ia biasanya dihidang sebagai lauk pendamping nasi.

2. Daging Masak Merah

Daging dimasak dengan sos tomato yang pekat dan dibumbui dengan rempah-ratus tempatan. Mempunyai rasa pedas dan manis yang seimbang.

3. Daging Paprik

Daging yang dimasak dengan campuran cili kering, menghasilkan hidangan pedas yang popular di kalangan peminat masakan yang berselera pedas.

4. Daging Halia

Daging dimasak dengan halia segar yang memberikan aroma dan citarasa yang unik. Mempunyai rasa pedas dan segar daripada halia.

5. Rendang Daging

Daging direbus dalam campuran santan dan rempah-ratus sehingga menjadi sangat lembap dan bercita rasa kuat. Merupakan hidangan istimewa dalam tradisi Melayu.Copy

Seorang penulis bebas yang suka berkongsi bercerita terutamanya resepi masakan serta berkongsi resepi, tips memasak, dan trend makanan terkini.

Leave A Reply