Daging masak hitam ialah hidangan yang terkenal di Malaysia di mana daging lembu dipotong dadu dimasak dengan kicap pekat sehingga kuahnya menjadi hitam dan pekat. Hidangan ini mempunyai rasa manis dan masin yang seimbang.

Bahan-bahan utama termasuk daging lembu, kicap pekat, bawang besar, bawang putih, halia, bunga lawang, kayu manis, dan lada hitam. Cara memasaknya mudah – tumis bahan kisar sehingga wangi, masukkan daging dan rempah, kemudian tambah kicap pekat dan air. Masak dengan api perlahan sehingga daging empuk dan kuah pekat.

1. Resepi Daging Masak Hitam

Bahan-bahan

  • Daging 1 kilo
  • 10 biji bawang merah
  • 3 biji bawang putih
  • 1 inci halia (blend)
  • 2 batang serai (hiris)
  • rempah 4 sekawan
  • lada hitam (tumbuk)
  • jintan manis + jintan putih (tumbuk)
  • kicap cair
  • kicap pekat
  • lada kering (blend)

Cara buat daging masak hitam

  1. Perap daging dengan kicap cair + kicap pekat + lada kering dalam 1 – 2 jam
  2. Tumis bahan blend
  3. Masuk rempah 4 sekawan, serai, jintan manis, jintan putih, lada hitam. Tumis hingga pecah minyak
  4. Masuk perapan daging. Tambah kicap cair dan sedikit air
  5. Masuk garam, gula, asam keping
  6. Masak sehingga daging jadi lembut & kuah jadi pekat

Sumber: Nik Hanani dari Masak Apa Hari Ni

 

2. Resepi Daging Masak Hitam Ala Kenduri

Bahan utama

  • 1 kg daging potong kiub di cuci bersih

Bahan kisar

  • 2 labu bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • Halia

Bahan tumis

  • 1 batang serai
  • rempah 4 sekawan
  • Kicap manis
  • Kicap masin
  • Sos tiram
  • 3 sudu makan cili kisar
  • 1/2 sudu makan serbuk jintan manis dan putih
  • Sedikit gula kerek

Cara buat daging masak hitam ala kenduri

1. Tumis serai dan 4 sekawan
2. Masukkan bahan kisar dan cili, daging, kicap
3. Masak dengan api perlahan
4. Masukkan serbuk jintan, tambah lagi kicap dan gula
5. Biarkan daging empuk dan masak

Sumber: Mdm Kelly dari Masak Apa Hari Ni

 

3. Resepi Daging Masak Hitam Versi Sarawak

Bahan perapan

  • Daging 1/2kg
  • 2/3 sb kicap pekat
  • 2/3 sb gula apong
  • erap selama 1 jam

Bahan kisar sampai lumat

  • 1 labu bawang besar
  • 5 biji bawang merah
  • 3/4 ulas bawang putih
  • 2/3 batang serai
  • 1 inci lengkuas
  • Segenggam cili kering

Bahan tumis

  • Rempah 4 sekawan (kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga)
  • 3/4 biji bawang merah dimayang

Bahan tambahan

  • Sedikit Air asam jawa
  • 2/3 sudu besar serbuk rempah kurma
  • Garam secukup rasa
  • Perasa makanan (optional)
  • Air putih
  • Kicap cair

Cara buat daging masak hitam versi Sarawak

  1. Tumiskan bahan tumis sehingga keperangan
  2. Masukkan bahan kisar tadi. Kacau sebati hingga naik bau
  3. Masukkan serbuk rempah kurma dan kacau sehingga pecah minyak
  4. Kacau selalu untuk elak hangit
  5. Sudah pecah minyak, masukkan sedikit air asam jawa dan kacau
  6. Masukkan daging yang sudah diperap kacau lagi sehingga daging betul-betul masak

Tips:

  1. Kalau rasa tak cukup hitam tambahkan kicap
  2. Kalau rasa nak berkuah sikit boleh tambah air putih
  3. Boleh tambahkan sedikit garam dan perasa masakan

Sumber: Siti Syuhada dari Masak Apa Hari Ni

 

Apa Lagi Menu Daging Yang Popular?

Daging masak hitam selalunya dijadikan menu kenduri. Makan dengan papodam dan jelatah, memang ngam habis. Selain masak hitam, daging juga enak jika dijadikan rendang, masak kurma, masak kicap dan masak merah. Butirannya seperti dibawah:

1. Rendang Daging

Hidangan klasik Melayu yang menggunakan santan dan pelbagai rempah ratus. Daging dimasak dengan api perlahan sehingga kuah kering dan membaluti daging dengan sempurna.

2. Kurma Daging

Masakan yang mempunyai rasa manis-masin dengan campuran buah kurma yang memberi kelainan pada rasa. Dimasak dengan rempah ratus dan santan sehingga kuahnya pekat.

3. Daging Masak Kicap

Hidangan yang menggunakan kicap manis sebagai bahan utama. Dimasak bersama bawang dan cili. Kuahnya lebih cair berbanding daging masak hitam.

4. Masak Merah Daging

Masakan yang menggunakan campuran cili merah dan tomato yang memberikan warna merah menarik. Rasanya masam-manis dan sedikit pedas.

Rate this post

Seorang penulis bebas yang suka berkongsi bercerita terutamanya resepi masakan serta berkongsi resepi, tips memasak, dan trend makanan terkini.

Leave A Reply