Cucur sayur ialah sejenis kuih goreng yang diperbuat daripada campuran tepung gandum, sayur-sayuran cincang, dan perasa. Bahan-bahan asas termasuk tepung gandum, sawi, lobak merah, kacang panjang, daun bawang, bawang merah, bawang putih, garam, dan lada hitam.

Cara membuatnya mudah di mana semua bahan dicampur dengan air hingga menjadi adunan yang tidak terlalu pekat. Kemudian, adunan akan dicedok menggunakan senduk dan digoreng dalam minyak panas sehingga kekuningan dan garing.

1. Resepi Cucur Sayur/Bakwan Versi Diet

Bahan-bahan

  • 2 biji telur
  • 2 sudu besar tepung beras
  • Segengam kangkung
  • Segengam taugeh
  • Sedikit karot
  • 1 biji cili api merah besar
  • 6-7 ekor udang
  • Sebiji bawang merah
  • Daun bawang / daun kuchai
  • Garam
  • Lada sulah
  • Serbuk kunyit/pewarna kuning
    *boleh masukkan sayur lain jika suka

Cara buat Cucur Sayur/Bakwan Versi Diet

  1. Masukkan semua bahan dalam mangkuk.
  2. Kacau sebati. Boleh digoreng dalam nonstick pan dengan sedikit minyak. Saya letak 1 sudu besar sahaja.
  3. Kemudian bila dah siap digoreng. Masukkan ke dalam air fryer.
  4. Tipsnya supaya cucur lebih rangup dan minyak yang ada di cucur akan tersejat bila kita buat teknik seperti ini. Suhu 170 selama 10 minit.

Sumber: Tuan Adriana Arissa dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2. Resepi Cucur Sayur Yang Simple

Bahan-bahan

  • Kubis
  • Carrot
  • Tepung gandum
  • Air
  • Bawang putih
  • Bawang merah
  • Garam
  • Serbuk perasa

Cara buat Cucur Sayur Yang Simple

  1. Gaul sehingga dapat sebatian, tepung & air jangan banyka sangat.
  2. Goreng dalam minyak panas tapi api kecil ke sederhana supaya rangup (pastikan tepi cucur dah hitam sebelum angkat).

Sumber: Nur Famieza dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Cucur Sayur

Bahan-bahan

Bahan A. Ricih halus memanjang

  • Kentang 2 biji (besar)
  • Bawang besar 3 biji
  • Karot 1 btg

Bahan B. Blend

  • Telur 3 biji
  • Cili merah 3 biji
  • Kiub ayam 1 ketul

Bahan C

  • Tepung gandum 1 1/2 cawan
  • Tepung jagung 1/2 cawan
  • Udang (potong kecil2)
  • Taugeh
  • Kucai/daun sup
  • Garam 1/2 sudu kecil

Cara buat Cucur Sayur

  1. Gaul bahan A & B
  2. Masuk bahna di bawah ni ke dalam A & B dan gaul rata.(Kalau rasa tepung tu banyak boleh kurangkan)
  3. Akhir sekali masuk air sejuk (air masak + ais untuk jadikan cucur rangup). Masuk sedikit demi sedikit dan kacau rata, sampai macam dalam gamba, dan jangan lembik sangat.

Sumber: Azura Adnan dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

4.Resepi Cucur Sayur Kucai

Bahan-bahan

  • Sekilo tepung gandum
  • Kucai secekak di potong 1/2 inci panjang
  • Daun bawang 3 batang di potong 1/2 inci panjang
  • Lobak merah 1 batang (lebih pun boleh) di parut halus
  • Kentang 2 biji di parut halus
  • Udang geragau segenggam, cuci dan toskan
  • Telur 2 biji

Cara buat Cucur Sayur Kucai

  1. Garam sesudu kecil (udang geragau tu dah masin), nak tambah ikut selera.
  2. Air suam 4 cawan +- (adunan tak pekat tak cair sangt, adjust ikut kehendak)
  3. Satukan semua dalam mangkuk besar, gaul rata dan goreng dalam minyak panas, bila adunan tadi dah timbul, balik-balik kan, 5minit siap.

Sumber: Nadzliana Shima Hamzah dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Selain Cucur Sayur, Apa Cucur Lain Yang Popular?

Antara 5 hidangan kuih minum petang yang terkenal selain Cucur Sayur adalah seperti berikut:

1. Cucur Udang

Cucur udang merupakan gorengan yang lazat dibuat daripada campuran tepung gandum dengan udang kecil, sayur-sayuran cincang dan perasa. Bahan utama termasuk tepung gandum, udang kecil, bawang merah, daun bawang, cili padi dan garam.

2. Cucur Jagung

Gorengan yang dibuat daripada jagung manis yang dikisar, dicampur dengan tepung gandum dan perasa. Bahan-bahan utama ialah jagung manis, tepung gandum, bawang putih, daun bawang, garam dan serbuk lada hitam.

3. Cucur Ikan

Sejenis cucur yang menggunakan ikan sebagai bahan utama, biasanya menggunakan ikan kembung atau ikan selayang yang telah dikoyak halus. Bahan-bahan termasuk ikan, tepung gandum, bawang merah, bawang putih, daun ketumbar dan garam.

4. Cucur Bawang

Cucur yang dibuat khas dengan menggunakan bawang merah dan bawang putih yang dihiris halus sebagai bahan utama. Bahan-bahan termasuk tepung gandum, bawang merah, bawang putih, lada hitam dan garam.

5. Cucur Bayam

Cucur yang menggunakan daun bayam yang dicincang halus sebagai bahan utama. Bahan-bahan yang diperlukan termasuk daun bayam, tepung gandum, bawang merah, bawang putih, garam dan serbuk lada hitam.

Seorang penulis bebas yang suka berkongsi bercerita terutamanya resepi masakan serta berkongsi resepi, tips memasak, dan trend makanan terkini.

Leave A Reply