Cucur roti ialah sejenis kuih tradisional yang diperbuat daripada roti yang dipotong kecil dan digoreng. Bahan-bahan asas yang diperlukan ialah roti putih, telur, karot, tepung gandum, daun bawang, serbuk ayam dan minyak masak untuk menggoreng.

Cara penyediaan bermula dengan memotong roti kepada kiub kecil. Campurkan tepung, telur, karot, daun bawang dan serbuk ayam dalam mangkuk. Campurkan potongan roti ke dalam campuran tersebut. Panaskan minyak dan goreng sehingga keemasan. Setelah masak, toskan minyak berlebihan menggunakan kertas dapur.

1. Resepi Cucur Roti Gardenia

Bahan-bahan

  • 5 keping roti
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 biji bawang besar hiris
  • Daun bawang, cili merah, kucai, carrot (di hiris halus dan taugeh)
  • Udang/ikan bilis/isi ayam/sosej dan sebagainya boleh diisi
  • Garam dan meggi cukup rasa secukupnya
  • Jika suka letak serbuk kunyit bole letakkan sikit
  • Anggaran 2 cawan air biasa

Cara buat Cucur Roti Gardenia

  1. Letak semua bahan kecuali air dalam mangkuk kemudian masukkan air sikit dan gaul hingga jadi adunan yang pekat.
  2. Panaskan minyak dan sendukkan bancuhan dan goreng hingga garing toskan dan sedia dinikmati.

Sumber: Jaja Noriza dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2. Resepi Cucur Roti Gardenia Mudah

Bahan-bahan

  • Tepung gandum secawan
  • Telur sebiji
  • Roti 4-5keping carikkan
  • Kucai
  • Bawang merah hiris
  • Ikan bilis tumbuk kasar
  • Air
  • Garam
  • Gula sesudu
  • Carrot sagat

Cara buat Cucur Roti Gardenia Mudah

  1. Sebatikan semua dan goreng dalam minyak panas dan sedia dihidang dengan sos.

Sumber: Fatimah Saari dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Cucur Roti Crush Diluar Lembut Didalam

Bahan-bahan

  • Roti gardenia 3 keping (baki yang tak habis)
  • Tepung gandum 1 cawan
  • Tepung jagung 1 cawan
  • Tumbuk bawah Merah 3 biji
  • Tumbuk bawang putih 3 biji
  • Cili Api 4 biji
  • Ikan bilis ikut suka
  • Semua ditumbuk secara kasar
  • Garam secukup rasa

Cara buat Cucur Roti Crush Diluar Lembur Didalam

  1. Gaulkan didalam mangkuk dan letakkan dua cawan air sejuk.
  2. Masak sehingga kekuningan dah boleh angkat.

Sumber: Faeza Fariza dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

4. Resepi Cucur Roti Bilis

Bahan-bahan

  • 5 keping roti (Kak Za guna Gardenia)
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • 1/2 cawan tepung beras
  • 1 genggam ikan bilis (ditumbuk kasar)
  • 3 ulas bawang merah (ditumbuk kasar)
  • 2 ulas bawang putih (ditumbuk kasar)
  • 1 tangkai cili besar merah (ditumbuk kasar)
  • Garam secukup rasa
  • Air sejuk secukupnya
  • Minyak untuk menggoreng

Cara buat Cucur Roti Bilis

  1. Roti dikoyak koyak kecil dan diletakkan dalam bekas.
  2. Masukkan tepung gandum, tepung jagung dan tepung beras ke dalam bekas roti tadi. Gaul rata.
  3. Masukkan bahan yang ditumbuk kasar tadi dan juga garam secukup rasa. Gaul sebati.
  4. Seterusnya masukkan air sejuk dan gaul sebati.
  5. Panaskan minyak dalam kuali dan sudukan adunan serta gorenglah sehingga kekuningan atau agak garing.
  6. Angkat dan toskan. Bolehlah dicicah dengan sos cili ditambah mayonis.

Sumber: Iza Abu Bakar dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Apa Lagi Yang boleh Dibuat Dengan Lebihan Roti?

Kreatif kan resepi yang kami kongsikan ini. Selepas ini kalau ada roti gardenia yang nak hampir luput boleh lah cuba resepi ini. Selain cucur roti, anda juga boleh menghabiskan roti yang ada untuk membuat menu-menu dibawah:

1. French Toast

French toast adalah hidangan yang sama seperti cucur roti tetapi menggunakan kepingan roti yang lebih besar dan dihias dengan sirap maple atau madu.

2. Roti Bakar

Roti bakar ialah hidangan yang dipanggang sehingga garing dan biasanya dihidangkan dengan mentega dan kaya.

3. Bread Pudding

Bread pudding adalah pencuci mulut yang dibuat dengan merendam roti dalam campuran telur, susu dan gula, kemudian dibakar dalam ketuhar.

4. Sandwich Goreng

Sandwich goreng adalah hidangan yang diperbuat daripada roti sandwich yang diisi, dicelup dalam telur dan tepung, kemudian digoreng sehingga garing.

Rate this post

Seorang penulis bebas yang suka berkongsi bercerita terutamanya resepi masakan serta berkongsi resepi, tips memasak, dan trend makanan terkini.

Leave A Reply