Crab Rangoon ialah sejenis makanan pembuka selera yang berasal dari Amerika Syarikat tetapi dipengaruhi oleh masakan Asia. Hidangan ini mengandungi campuran daging ketam, krim keju, bawang putih, bawang merah dan rempah ratus yang dibungkus dalam kulit wonton, kemudian digoreng sehingga garing keemasan.
Untuk menyediakan Crab Rangoon, campurkan daging ketam, krim keju, bawang putih cincang, dan bawang merah dalam mangkuk. Letakkan satu sudu campuran di tengah kulit wonton, lipat menjadi bentuk segi tiga atau bentuk beg, kemudian goreng dalam minyak panas sehingga keemasan.
1. Resepi Crab Rangoon Guna Kulit Popia & Sos Creamy Hijau
Bahan-bahan
- Kulit popia / kulit wantan
- 1 paket filamen ketam (250gram)
- ½ batang lobak (cincang halus)
- 1 sudu kecil minyak bijan (optional)
- 1 sudu makan serbuk lada putih
- 1 sudu kecil serbuk bawang putih
- Segenggam daun bawang( potong kecil)
- 1 sudu kecil garam
- 250 gram cream cheese
- Sedikit daun kucai (untuk mengikat)
Sos Creamy Hijau Ala Thai
- 2 rumpun daun ketumbar (sekali akar)
- 3 ulas bawang putih
- ½ cawan air biasa
- 6-7 biji cili hijau
- 1 sudu kecil sos ikan
- 1-2 biji limau nipis (diambil jusnya sahaja)
- 6-7 sudu besar mayonis
Cara buat Crab Rangoon Guna Kulit Popia & Sos Creamy Hijau
- Filamen ketam dipotong kecil.
- Dicampurkan kesemua nya dan digaul sebati.
- Letakkan inti ke dalam kulit popia, kemudian buat lah bentuk yang di sukai.
Sos Creamy Hijau Ala Thai
- Daun ketumbar, air, cili hijau, sos ikan, mayonis dan jus limau diblend sekali.
Sumber: Fadzlin Adzlina dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
2. Resepi Crab Rangoon
Bahan-bahan
Kulit
- 2 cawan tepung gandum
- 4 sudu makan marjerin
- Air secukup untuk jadikan doh
Isi
- 1 cawan isi ketam (saya guna ketam tiruan saja)
- 1 cawan cream cheese
- ¼ cawan daun sup + daun bawang/ ikut selera
- Garam secukup rasa
- Lada hitam secukup rasa
- 1 biji telur*
Cara buat crab rangoon
Kulit
- Ramas marjerin dengan tepung sampai jadi peroi. Tambah air sedikit-sedikit sampai jadi doh.
- Ketepikan. Nak bagi rehat dalam peti sejuk pun boleh.
Isi
- Gaul sehingga sekata.
- *Jika nak jadikan isi ni sebagai salad untuk dimakan terus atau diletakkan pada croissant, tak perlu letak telur
Cara buat rangoon
- Canai doh dan buat empat segi sama 2 x 2 inci.
- Letak isi ~1 sudu teh.
- Balut dan kelim.
- Goreng sehingga garing.
- Hidang dengan sos cili atau sos Thai.
Sumber: Siti Hazneza Abdul Hamid dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
3. Resepi Crab Rangoon Citarasa Sendiri
Bahan-bahan
- *10 batang crabstick (dicincang)
- *Daun bawang (dicincang)
- *Kobis cincang (optional)
- *Separuh bungkus cream chesse 250gram
- *2 sudu besar mayonnaise
- *bawang putih cincang (tumis minyak sampai dia brown sikit)
- *cili flakes
- *garam/msg
- *black pepper (optional)
Cara buat crab rangoon
- Gaulkan semua. Masukkan dalam kulit wantan kalau tidak ada boleh guna kulit popia.
- Selepas itu boleh goreng.. Hidangkan bersama sos thai atau sos cili.
Sumber: Siti Nur Jannah dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
Apa Lagi Menu Yang Boleh Dicuba?
Selain Crab Rangoon, terdapat banyak lagi menu pembuka selera yang enak dan mudah dibuat. Antaranya adalah:
1. Spring Rolls
Spring Rolls atau popiah goreng adalah sejenis makanan yang dibuat daripada kulit spring roll yang nipis dan diisi dengan sayur-sayuran seperti lobak, taugeh, dan kadangkala ditambah dengan daging ayam atau udang. Ia digoreng sehingga garing dan biasanya dihidang dengan sos cili manis.
2. Shrimp Toast
Roti goreng udang adalah hidangan yang dibuat dengan campuran udang cincang, bawang putih, dan daun bawang yang diletakkan di atas roti putih. Roti kemudian digoreng sehingga garing dan dipotong menjadi bentuk segi tiga.
3. Egg Rolls
Egg Rolls adalah sejenis makanan yang lebih besar daripada spring rolls, diisi dengan campuran sayur-sayuran, ayam cincang, dan rempah ratus. Ia dibungkus dengan kulit egg roll yang lebih tebal dan digoreng sehingga garing.
4. Dumpling Goreng
Dumpling goreng adalah sejenis makanan yang dibuat daripada kulit dumpling yang diisi dengan campuran ayam cincang, udang, sayur-sayuran dan rempah ratus. Ia boleh digoreng atau dikukus dan dihidang dengan sos cili.
5. Wonton Goreng
Wonton goreng adalah sejenis makanan yang dibuat daripada kulit wonton yang diisi dengan campuran ayam cincang atau udang. Ia digoreng sehingga garing dan biasanya dihidang dengan sos cili manis atau sos masam manis.