Coleslaw adalah sejenis salad yang diperbuat daripada kobis yang dihiris halus dan digaul dengan sos. Ia biasanya mengandungi kobis mentah, lobak merah, dan mayonis yang mencampurkan bahan-bahan tersebut menjadi hidangan segar dan ringan.
Untuk membuat coleslaw, anda perlu menghiris kobis dan lobak merah dengan nipis, kemudian mencampurnya dengan sos yang diperbuat daripada mayonis, cuka, gula, dan sedikit garam secukup rasa. Gaullah kesemua bahan sehingga sebati dan sejuk dalam peti sejuk sebelum dihidang.
1. Resepi Coleslaw Ala KFC Simple
Bahan-bahan
- 1/4 kobis (buang bahagian keras dan hiris jadi dadu)
- 1 Lobak merah (sagat kemudian hiris bagi dadu)
- 1/2 cawan susu segar
- 5 sudu besar mayonis kesukaan anda
- 1 sudu besar gula
- 1 sudu kecil garam
Cara buat Coleslaw Ala KFC Simple
- Gaul sebati kobis dihiris dadu dengan lobak merah dihiris dadu.
- Masukkan setengah cawan susu segar.
- Masukkan 5 sudu besar mayonis, nak lebih boleh ikut taste anda.
- Masukkan 1 sudu besar gula.
- Masukkan 1 sudu teh garam.
- Simpan dalam peti sejuk sebab kalau sejuk lagi sedap lagi bila campuran dah bersatu.
Sumber: Mamapapa Rea dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
2. Resepi KFC Coleslaw
Bahan-bahan
- 1 biji kubis potong dadu
- 1 btg carrot potong dadu
- 2 sb bawang holland potong dadu
- ½ cawan mayonis
- ⅓ cawan gula pasir
- ¼ cawan susu full cream (dutch lady)
- ¼ cawan buttermilk
- 2 ½ sb perahan lemon
- 1 ½ sb cuka
- ½ sk garam
- ⅛ sk serbuk lada hitam
Cara buat KFC Coleslaw
- Kubis dan lobak merah potong dadu. Ketepikan.
- Di mangkuk yang lain, masukkan bawang, mayonis, gula pasir, susu, buttermilk, perahan lemon, cuka, garam, dan blackpepper. Kacau rata.
- Satukan kubis, lobak merah dan bahan di no 2.
- Kacau sehingga sebati. Nak lebih sedap, perapkan selama semalaman.
Sumber: Afrina Zulqarnaen dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
3. Resepi Coleslaw Mudah dan Senang
Bahan-bahan
untuk makan 15-20 orang
Bahan A
- 3 biji kobis
- 3 biji carrot
*Potong besar, masukkan ke dalam food processor.
Bahan B
- 1 botol mayonis
- 2 1/4 cawan susu segar
- 3/4 cawan cooking cream (optional)
- 4 sudu kecil cuka
- 1/2 biji jus lemon
- 1 1/2 sudu kecil garam
- 2 1/5 cawan gula pasir
- 2 sudu kecil lada sulah
- 1 biji bawang besar dicincang halus
Cara buat Coleslaw Mudah dan Senang
- Kacaukan semua bahan sehingga sebati dan gula mencair. Lagi cantik guna pemukul telur selama 5 minit.
- Sediakan mangkuk besar, masukkan bahan A dan B. Gaul rata dan simpan semalaman di dalam bekas bertutup ke dalam peti ais supaya kobis dan carrot lebih sebati dan jadi agak sedikit berkuah.
- Esoknya makan sejuk-sejuk dengan steak atau chicken chop.
Sumber: Suzana Yaakub dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
4. Resepi Coleslaw Kentang
Bahan-Bahan
- 3 biji kentang
- 6 sudu besar Mayonis
- 1 sudu besar gula
- 3/4 sudu besar serbuk lada hitam halus (nak guna yang kasar pun boleh)
- 1/2 ketul Kiub Pati Ayam (hancurkan)
- Sedikit daun sup (dihiris halus)
- Air secukupnya untuk merebus
Cara buat Coleslaw Kentang
- Kentang dikupas kulitnya dan dipotong dadu. Bersihkan dan rebus kentang dengan air hingga empuk. Angkat, toskan dan sejukkan.
- Sediakan bekas. Satukan semua bahan iaitu kentang yg dipotong dadu, Mayonis, gula, serbuk lada hitam kasar, Kiub Pati Ayam dan daun sup. Gaul hingga sebati.
- Boleh terus dihidangkan atau sejukkan dulu di dalam peti sejuk. Sedap dimakan sejuk-sejuk.
Sumber: Hamidah HA dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
Apa Lagi Menu Salad Yang Enak?
Jika sebut mengenai salad, umum mengetahui bahawa tak semua sayur sesuai dijadikan salad. Ini 5 cadangan salad yang dapat dikongsikan beserta dengan jenis sayur yang digunakan.
1. Caesar Salad
Caesar salad adalah hidangan salad klasik yang berasal dari Mexico tetapi popular di seluruh dunia. Ia mengandungi daun salad segar seperti romaine lettuce yang dicampur dengan sos Caesar yang mengandungi telur, minyak zaitun, cuka, bawang putih, lada hitam, dan keju parmesan.
2. Waldorf Salad
Waldorf salad pertama kali dicipta di Hotel Waldorf di New York pada tahun 1893. Hidangan ini mengandungi epal, seleri, kekacang (biasanya walnut), dan mayonis yang dicampur bersama-sama untuk menghasilkan salad yang segar dan berkrim.
3. Greek Salad
Greek salad atau salad Yunani mengandungi timun, tomato, bawang merah, olive hijau, dan keju feta. Ia biasanya disiram dengan minyak zaitun dan ditaburi dengan herba seperti oregano untuk menambahkan perisa.
4. Pasta Salad
Pasta salad adalah sejenis salad yang menggunakan pasta sebagai bahan utama. Ia boleh dicampur dengan pelbagai sayur-sayuran seperti cherry tomato, seleri, bawang merah, dan disiram dengan sos seperti Italian dressing atau mayonis.
5. Garden Salad
Garden salad atau salad taman adalah hidangan yang paling mudah dan ringkas. Ia mengandungi pelbagai jenis daun salad segar seperti daun selada, tomato, timun, dan boleh ditambah dengan bahan lain mengikut pilihan.