Churros adalah sejenis makanan ringan yang berasal dari Sepanyol dan Portugal, berbentuk batang panjang yang digoreng sehingga menjadi perang kekuningan dan bersalut gula. Ia biasanya dihidangkan sebagai pencuci mulut atau makanan ringan yang lazat, mempunyai tekstur rangup di luar dan lembut di dalam.
Untuk membuat churros, bahan utama yang diperlukan adalah tepung gandum, air, garam, dan mentega. Adunan dibuat dengan mencampurkan kesemua bahan hingga menjadi doh yang licin, kemudian dimasukkan ke dalam alat pencucuh berbentuk bintang untuk menghasilkan corak yang khas. Seterusnya, doh digoreng dalam minyak panas sehingga berwarna keemasan dan ditaburi gula halus atau disalut dengan sos coklat.
1. Resepi Churros Rangup Luar Lembut Dalam
Bahan-bahan
- 1 cawan air*
- 1 sdb minyak masak*
- 1 sdb gula*
- 1/ 2 sdt garam*
- 1 cawan tepung gandum
- 1 biji telur gred A
Cara buat Churros Rangup Luar Lembut Dalam
- Satukan bahan bertanda* dalam periuk masak hingga mendidih bila dah mendidih perlahankan api.
- Masukkan tepung gandum dan kacau sebati tutup api masukkan telur kacau sebati kalau masih berketul mixer sekejap bagi sebati.
- Panaskan minyak masak api sederhana masukkan adunan dalam piping bag guna acuan semperit atau noozle bintang.
- Pipekan adunan dalam minyak masak hingga kekuningan angkat dan toskan minyak.
- Boleh salut dengan gula kastor dan serbuk kulit kayu manis atau cicah bersama Nutella.
Sumber: Fatimah Az-Zahra Al-Batul dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)
2. Resepi Churros
Bahan-bahan
- Air 2 1/2 cwn**
- Butter/marjerin 2sb**
- Gula 2sb**
- Secubit garam**
- Tepung gandum 2 cwn
- Telur 2 biji
- Esen vanila 1sk
Sos coklat
- Marjerin/butter 2sb
- Susu pekat 2sdb
- Susu cair 2 sdb(optional)
- Serbuk koko/coklat masakan
Cara buat Churros
- Didihkan ** dan kacau smpi gula larut.
- Selepas itu masukkan 2 cawan tepung gandum dan kacau laju sampai sebati.
- Tutup api biar dalam 5 minit masukkan 2 biji telur dan vanilla ke dalam adunan tadi mix guna mixer.
- Pipekan dalam minyak panas guna nozzle bunga boleh guna juga pipe kosong.
Sos coklat
- Kacau semua atas api kecil,
- Bila dah sebati, tutup api.
Sumber: Didie Nadiya Embok dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
3. Resepi Churros Simple & Sedap
Bahan-bahan
- 2 cawan tepung gandum
- 2 cawan air
- 2 sudu planta
- 2 sudu gula
- 1 biji telur
Cara buat Churros Simple & Sedap
- Panaskan air hingga menggelagak. Masukkan planta & biarkan cair sepenuhnya.
- Masukkan tepung gandum & kacau hingga sebati & tak berketul.
- Tutup api & masukkan sebiji telur & kacau lagi hingga sebati. Siap & goreng!
- Dah siap goreng tu boleh bedakkan sikit churros dengan gula ising.
- Nak cicah coklat pun boleh. Lagi sedap.
Sumber: Nur Hidayah Samsudin dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
4. Resepi Churros Frozen
Bahan-bahan
- 1 ketul butter belah 2 bahagian
- 1000 ml air
- Gula lebih kurang 2 sudu besar
- Garam 1 sudu kecil
- 4 cawan tepung gandum
- Boleh tambah 1 sudu kecil vanila
Cara buat Churros Frozen
- Bila mendidih kecilkan api yang paling kecil baru masukkan tepung gandum dan kacau adunan hingga sebati dan tidak melekat di periuk.
- Tutup api nak biar dalam periuk yang sama pun boleh atau letak bekas lain.
- Masa adunan panas pecahkan telur 4 biji (gred A) kacau adunan biar sebati dengan telur tak perlu guna mixer hanya guna senduk korang.
- Biar suam sekejap masuk dalam piping beg jenis cotton.
- Guna nozel yang sama buat cream puff.
- Dah siap boleh susuh dalam bekas jangan lupa lapik dengan plastik supaya tidak melekat dan senang nak ambil masa nak goreng nanti.
- Siap stok nanti jangan lupa simpan dalam fridge.
Sumber: Rohanis Katan dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
Apa Lagi Makanan Ringan Berkrim Lain Yang Enak?
Beberapa cadangan yang bakal dikongsikan ini mungkin tak pernah kedengaran di telinga anda tetapi jangan risau isnya diyakini enak. Selain Churros, terdapat banyak lagi makanan ringan berkrim yang berasal daripada luar Malaysia. 5 diantaranya adalah:
1. Profiteroles
Profiteroles adalah pencuci mulut berbentuk bebola kecil yang diperbuat daripada pastri choux yang lembut dan diisi dengan krim vanilla. Ia biasanya disalut dengan sos coklat panas dan menjadi pilihan ramai di restoran Perancis.
2. Eclairs
Eclairs merupakan pastri memanjang yang dipenuhi dengan krim dan disalut dengan sos coklat di bahagian atas. Ia mempunyai kulit yang ringan dan isi yang lembut, menjadikannya makanan ringan yang popular dalam seni kulinari Perancis.
3. Cream Puffs
Cream puffs adalah pastri berbentuk bebola yang dipenuhi dengan krim penyedap. Ia mempunyai kulit yang ringan dan rangup, dengan isian krim yang lembut dan lazat.
4. Beignets
Beignets adalah donut berbentuk segi empat yang berasal dari New Orleans, Amerika Syarikat. Ia digoreng sehingga berwarna keemasan dan ditaburi gula bebudak, memberikan rasa manis yang menyeronokkan.
5. Zeppole
Zeppole adalah donut Italy yang biasanya dihasilkan semasa musim perayaan. Ia digoreng sehingga berwarna keemasan dan boleh disajikan dengan pelbagai jenis salutan seperti gula bebudak atau sos.