Chocolate Ganache ialah sos coklat yang mewah dan berkrim yang diperbuat daripada campuran coklat dan krim. Ia sering digunakan sebagai isian atau hiasan untuk kek, pastri, dan pencuci mulut.Bahan utama untuk membuat Chocolate Ganache ialah coklat berkualiti tinggi dan krim pekat.
Cara membuat Choc Ganache juga ringkas, iaitu hanya perlu panaskan krim sehingga hampir mendidih, tuangkan ke atas coklat yang telah dipotong halus, biarkan seketika, kemudian kacau sehingga sebati dan licin. Chocolate Ganache boleh didapati di kedai bakeri dan kafe yang menyediakan pencuci mulut gourmet. Ia juga boleh dibuat sendiri di rumah dengan mudah.
Resipi Chocolate Ganache
1. Resepi Choc Ganache
Bahan-bahan
- 200ml whipping cream
- 200g dark chocolate (tak kisah apa jenama)
- 7g gelatin (cari yang halal)
Cara-cara
- Panaskan whipping cream. Tutup api.
- Masukkan gelatin. Kacau laju.
- Masukkan dark chocolate. Kacau sampai cair dan tak berketul.
- Tuang atas kek yang masih di dalam loyang.
- Masukkan dalam peti sejuk semalaman. Minimum 5/6 jam.
- Bila nak keluarkan kek nanti, tarik kertas pembakar yang ada di tepi loyang. Pastikan loyang dilapik dengan kertas pembakar yang lebih sikit semasa membakar/mengukus kek.
- Potong dengan pisau yang telah direndam dalam air panas. Kalau mahu potongan kemas, lap pisau sekiranya ada kesan coklat pada pisau, baru potong lagi.
- Kalau kek anda besar, gandakan bahan untuk ganache.
- Tak pakai gelatin pun boleh. Coklat lebihkan sikit. Contoh kalau whipping cream 200ml, coklat 300g.
Sumber: Khairunnisa Mohammad dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
2. Resepi Choc Ganache Mudah
Bahan-bahan
- 1 kotak kecil whipped cream
- 200g @ 1 bar @ 1 cawan coklat masakan
- 1 sudu besar butter
Cara buat Choc Ganache Mudah
- Panaskan whipped cream hingga berbuih.
- Maasukkan coklat dan butter kacau sampai sebati.
- Biarkan sejuk tuang atas kek boleh hiaskan dengan sprinkle.
Sumber: Nurainani Nadhirah dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
3. Resepi Choc Ganache (Versi Cupcake)
Bahan-bahan
- 300g coklat compound/ coklat coin – guna berly’s
- 200g whipping cream (uht pun boleh, non diary pun boleh)
- 1 sudu besar butter (untuk efek nampak berkilat)
Cara buat Choc Ganache (Versi Cupcake)
- Dengan cara double boil, panaskan whipping cream sehingga agak panas tapi jangan sampai mendidih. Api perlahan sahaja.
- Kemudian masukkan coklat dan gaul sebati. Kalau guna coklat compound, potong dulu supaya cepat dan mudah cair.
- Bila dah sebati dan tiada ketulan, tutup api dah alihkan mangkuk coklat dari periuk berisi air tadi.
- Masukkan butter pada campuran coklat tadi dan gaul sebati.
- Biarkan sejuk dan coklat agak kental, barulah pipekan mengikut bentuk yang digemari.
Sumber: Ruby Dzul dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
4. Resepi Choc Ganache
Bahan-bahan
- 300g dark compound (coin boleh, bar pun boleh)
- 150g susu cair / susu full cream / dairy whipping cream (Anchor)
- 1 sudu buttercup atau marjerin
- Sukatan untuk susu cair tu 150g tapi pilihlah salah satu jenis sahaja. Kalau dah pakai susu cair , tak payah pakai susu full cream. Kalau budget lebih, boleh pakai anchor
Cara buat Choc Ganache
- Double boil coklat dan butter, dah cair masukkan susu gaul sebati. Boleh curah atas kek pilihan anda
- Saya lebih suka curah ganache atas kek masa ganache masih suam. Kalau dah sejuk nanti adunan jadi pekat dan susah nak tutup keseluruhan kek. Masuk dalam piping bag pun lebih mudah bagi beginner.
Sumber: Norlailanazira Mohd Agos dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
Selain Chocolate Ganache, Apa Lagi Pencuci Mulut Berasaskan Coklat Yang Popular?
Terdapat 3 jenis pencuci mulut berasaskan coklat yang diminati ramai:
1. Mousse Coklat
Mousse Coklat ialah pencuci mulut yang ringan dan berbuih yang diperbuat daripada coklat, telur, dan krim. Ia mempunyai tekstur yang lembut dan berkrim, serta rasa coklat yang mendalam. Mousse Coklat sering dihidangkan dalam cawan kecil atau mangkuk, kadangkala dihiasi dengan krim putar atau serpihan coklat.
2. Kek Coklat Lava
Kek Coklat Lava ialah pencuci mulut yang popular dengan bahagian luar yang sedikit rangup dan bahagian dalam yang lembut dan cair. Apabila dipotong, bahagian tengahnya akan mengalir keluar seperti lava, memberikan pengalaman makan yang unik. Ia sering dihidangkan panas dengan aiskrim vanila atau krim putar sebagai tambahan.
3. Truffles Coklat
Truffles Coklat ialah gula-gula coklat berbentuk bulat yang diperbuat daripada ganache coklat yang dikeraskan. Ia sering disalut dengan serbuk koko, serpihan coklat, atau kacang. Truffles mempunyai tekstur yang lembut dan rasa coklat yang pekat.