Cheesekut ialah sejenis pencuci mulut yang berasaskan kek keju yang popular di Malaysia. Ia merupakan gabungan perkataan “cheesecake” dan “biskut”, di mana lapisan atasnya diperbuat daripada campuran krim keju dan lapisan bawahnya menggunakan biskut yang dihancurkan.
Untuk menyediakan cheesekut, bahan-bahan yang diperlukan ialah biskut lemak yang dicelup susu sehingga lembut, lalu disusun ke dalam bekas. Kemudian campurkan adunan krim keju, susu pekat manis dan jus lemon. Cara penyediaannya dimulakan dengan menyusun biskut lemak yang telah lembut ke dalam bekas untuk membentuk lapisan dasar. Kemudian, lapiskan bersama adunan krim cheese tadi berselang-seli dengan biskut lemak. Akhir sekali, tuang adunan ini ke atas lapisan biskut dan sejukkan dalam peti sejuk selama 3-4 jam.
1. Resepi Cheesekut Aiskrim
Bahan-bahan cheesekut
-
- 250g cream cheese
- 400g aiskrim vanila (timbang semasa beku)
- Susu pekat
- Susu full cream
- Biskut Marie
Cara buat cheesekut
- Sediakan bekas, kemudian masukkan cream cheese, kemudian putar menggunakan mixer sehingga gebu.
- Masukkan 2 sb susu pekat, mix lagi. Masukkan aiskrim vanila, mix sehingga cheese tak berketul.
- Celup biskut Marie dalam susu full cream sebentar dan masukkan ke dalam bekas lain.
- Masukkan adunan cheese tadi.
- Kepakkan biskut Marie kepada 2, celup seperti tadi dan letakkan adunan cheese tadi. Kepakkan lagi biskut Marie lain kepada 2, susun bertentangan supaya semua biskut Marie memenuhi ruang.
- Ulang sehingga bekas penuh.
- Letakkan oreo crunch sebagai topping. Sejukkan ke dalam peti, dan boleh dimakan.
Sumber: Hanis Zainol dari Masak Apa Hari Ni
2. Resepi Cheesekut Cantik
Bahan-bahan cheesekut
- 500g cream cheese
- Biskut lemak
- 1 tin susu pekat
- 1/2 cawan susu full cream
- Topping (oreo/ nestum)
Cara buat cheesekut
- Satukan susu pekat dan cream cheese di dalam bekas.
- Putarkan menggunakan mixer/whisk sehingga susu pekat dan cream cheese menjadi sebati.
- Masukkan susu full cream sedikit demi sedikit, putar dan ulang sehingga adunan menjadi tidak terlalu pekat atau cair.
- Sediakan bekas untuk celup biskut. Tuang susu kedalam bekas yang senang untuk mencelup biskut.
- Celup biskut dengan susu, bagi semua permukaan terkena susu. Celup dan terus angkat.
- Susun biskut yang telah dicelup tadi ke dalam bekas. Curah cream cheese yang sudah diputar tadi.
- Taburkan topping.
- Ulang balik untuk lapisan satu lagi. Sejukkan dan siap.
Sumber: Faraain Jamaludin II dari Masak Apa Hari Ni
3. Resepi Cheesekut Nestum
Bahan-bahan cheesekut
Bahan A
- 1 paket biskut lemak
- 1 paket Nestum
- 1 kotak susu segar
Bahan B
- 250g cream cheese
- 1/2 tin susu pekat
- 2sb susu segar
Cara buat cheesekut
- Masukkan bahan B ke dalam mixer dan adun sebati, tak perlu sehingga kembang.
- Sediakan bekas berbentuk segi empat sama atau tepat untuk senang susun biskut.
- Celup biskut ke dalam susu segar selama seminit.
- Mulakan lapisan pertama dengan biskut yang sudah dicelup, tuang adunan mixer (tuang adunan lebih sikit untuk diserap biskut), tambah topping.
- Ulang langkah 4 sehingga penuh biskut.
- Lapisan terakhir boleh taburkan serpihan lebihan biskut.
- Sejukkan dalam peti sejuk selama 2-3 jam.
Sumber: Ismazura Ismail dari Masak Apa Hari Ni
Apa Lagi Menu Kek Mudah Menggunakan Krim Cheese?
Antara bahan yang popular dalam penghasilan kek mudah adalah krim cheese. Ini kerana krim cheese boleh terus dinikmati selain mempunyai rasa yang tidak muak. Jadi disini, akan dikongsikan 5 lagi menu kek dan pastri yang menggunakan cheese dan krim cheese:
1. No-Bake Oreo Cheese Cake
No-Bake Oreo Cheese Cake ialah pencuci mulut yang menggunakan biskut Oreo sebagai asas dan lapisan atasnya. Ia disediakan tanpa menggunakan ketuhar dan menjadi pilihan ramai kerana cara penyediaan yang mudah dan rasanya yang sedap.
2. Nutella Cheese Tart
Nutella Cheese Tart menggabungkan kelazatan krim keju dengan coklat hazelnut yang popular. Pencuci mulut ini mempunyai kulit pastri yang rangup dengan isian yang berkrim.
3. Lotus Biscoff Cheesecake
Lotus Biscoff Cheesecake menggunakan biskut Lotus yang terkenal dengan rasa karamelnya yang unik. Pencuci mulut ini menggabungkan krim keju dengan krim Biscoff untuk menghasilkan rasa yang istimewa.
4. Red Velvet Cheesecake
Red Velvet Cheesecake ialah gabungan kek red velvet dengan lapisan krim keju. Pencuci mulut ini terkenal dengan warna merahnya yang menarik dan rasa yang seimbang antara kek coklat dengan krim keju.
5. Japanese Cotton Cheesecake
Japanese Cotton Cheesecake ialah versi kek keju yang lebih ringan dan lembut. Ia terkenal dengan teksturnya yang seperti kapas dan rasa keju yang tidak terlalu manis.Copy