Cakoi adalah sejenis kuih tradisional yang diperbuat daripada tepung gandum yang digoreng sehingga keemasan. Ia merupakan snek yang sangat popular di Malaysia dan negara-negara Asia Tenggara yang lain, serta sering dihidangkan sebagai sarapan atau minum petang.
Bahan-bahan utama untuk membuat cakoi ialah tepung gandum, yis, gula, garam dan air suam. Cara penyediaannya dimulakan dengan mencampurkan semua bahan untuk membuat doh, kemudian dibiarkan mengembang selama sejam. Selepas itu, doh digentel dan dibentuk memanjang, dibelah dua tetapi tidak putus, kemudian digoreng dalam minyak panas sehingga keemasan.
1. Resepi Cakoi Mudah
Bahan-bahan
- 400gm tepong gandum (Kalau nak lembut dan gebu gebas boelh guna tepung roti (high protein) )
- 3/4 cawan air
- 1 sd b marjerin
- 1 sd k garam
- 2 sd b susu pekat manis
- 1 sd b original yougurt
- 1 bj kuning telur
- 1/2 sd k soda bicarbonate
- 1/4 cawan air suam*
- 11gm (1pack) yis kering*
- 1sd b gula*
- Minyak untuk menggoreng
Cara buat cakoi mudah
- Bancuh yis dan gula bersama air suam, kacau dan biarkan sekejap dan bagi berbuih-buih dan kembang didalam satu besen.
- Masukkan semua bahan kecuali tepung dan minyak masak.
- Kacau sebati
- Selepas itu masukkan tepung sikit demi sikit sambil gaul (uli) hingga jadi doh. Kalau doh agak lembik tambah sedikit tepung sampai jadi doh dan terus uli hingga tidak lekat di jari.
- Siap uli rehatkan doh anggaran 1 setengah jam. Tutup besen berisi doh dengan kain lembap.
- Setiap 30 minit buka kalau dah kembang doh tu tumbukkan untuk buang angin dan rehatkan semula ulang sebanyak 3 kali.
- Bolehlah dicanai doh dan bentukkan ikut saiz kesukaan.
- Boleh dicanai memanjang bentuk 4segi.
- Kemdian potong anggaran 1k e 1.5 inci. Ambil 2 potong kembarkan (cantumkan 2potong).
- Ambil lidi basahkan dan tekan sikit pada bahagian yang di kembarkan tadi supaya jadi bentuk cakoi.
- Tuang minyak dalam kuali. Bila dah panas masukkah kuih cakoi yang sudah dibentuk kedalam minyak satu persatu.
- Bila dah kuning boleh lah angkat.
Sumber: Rahmah Jan Jasri dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)
2 .Resepi Baby Cakoi dan Sos Pandan Kastard
Bahan-bahan
Doh Baby Cakoi
- 2 1/2 cawan tepung gandum
- 1 sudu teh yis
- 1 sudu teh gula halus
- 1/2 sudu teh garam
- 250 gm air suam
Sos Pandan Kastard
- 18 gm tepung gandum
- 35gm gula halus
- 150 santan KARA
- 70 gm air
- 1 biji kuning telur
- 1 tsp perisa pandan
- 1 tsp pewarna pandan
Cara buat baby cakoi
Doh baby cakoi
- Masukkan air suam + yis + gula (gaul sebati).
- Masukkan tepung dan garam.
- Rehatkan doh selama 30 minit.
- Selepas rehat , gaul doh untuk buang udara dalam doh, rehatkan kembali selama 30 minit.
- Sedia untuk dicanai dan goreng minyak penuh sehingga garing.
Sos Pandan Kastard
- Masukkan kuning telur + gula (gaul hingga gula sedikit larut).
- Masukkan tepung (gaul hingga rata).
- Panaskan santan dan air hingga mendidih.
- Campurkan santan kedalam bancuhan telur (sedikit demi sedikit).
- Masukkan pewarna hijau dan perisa pandan.
- Masak diatas api hingga pekat.
Sumber: Siti Khadijah dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)
3. Resepi Cakoi dan Sos Karamel
Bahan-bahan
Cakoi
- 300gm / 1 mangkuk / ⅓ peket tepung gandum
- 2 sudu makan gula
- ½ peket yis mauripan
- 1 sudu teh baking powder
- 1 biji telur
- 1 cawan air
- ⅓ cawan minyak masak
Sos karamel
- 1 cawan gula
- ½cawan susu pekat
- ½ cawan air
- 1 sudu penuh butter / marjerin
Cara buat cakoi dan sos karamel
Cakoi
- Campurkan semua bahan kering. Gaul biar rata.
- Masukkan air dan telur. Uli sampai jadi doh.
- Masukkan minyak masak dan uli sampai jadi doh lembut.
- Canai doh dan potong menjadi empat segi panjang.
- Lekatkan 2 doh menggunakan air dan tunggu kembang.
- Goreng dalam minyak panas sehingga perang.
Sos karamel
- Masakkan gula atas dapur sampai cair dan bewarna perang.
- Masukkan susu pekat sampai gula jadi cair.
- Setelah itu masukkan pula air dan kacau rata sampai karamel jadi cair.
- Masukkan butter dan kacau lagi.
- Bila butter dah cair boleh tutup api dan tunggu sejuk.
Nota: Sos karamel ni masa panas sangat cair tapi bila sejuk dia akan jadi 2 kali ganda pekat.
Sumber: Suraya Yaacob dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
Apa Lagi Versi Cakoi Yang Ada?
Semoga dengan perkongsian resepi cakoi ini dapat memberi sedikit idea untuk anda. Selain dari cakoi yang biasa anda makan, sebenarnya ada 5 lagi cakoi pelbagai versi dari pelbagai negara. Ini butiran 5 daripadanya:
1. Youtiao
Youtiao adalah nama asal bagi cakoi dalam bahasa Cina. Ia mempunyai resipi yang sama dengan cakoi tetapi kadangkala ditambah dengan serbuk penaik.
2. Shakoy
Shakoy adalah snek yang sama seperti cakoi tetapi berasal dari Filipina. Ia dibuat dengan tepung gandum dan kadangkala ditabur dengan gula.
3. Cruller
Cruller adalah versi Barat bagi cakoi. Ia dibuat dengan adunan tepung gandum yang digoreng tetapi mempunyai tekstur yang lebih ringan.
4. Long John
Long John adalah sejenis donut yang diperbuat daripada doh yang digoreng dalam bentuk memanjang, sama seperti cakoi tetapi mempunyai isian.
5. Churros
Churros adalah snek yang berasal dari Sepanyol tetapi mempunyai konsep yang sama dengan cakoi. Ia dibuat daripada doh yang digoreng dan biasanya ditabur dengan gula dan kayu manis.