Burasak adalah sejenis makanan tradisional yang diperbuat daripada beras pulut yang dimasak dengan santan dan dibalut dengan daun pisang. Makanan ini popular dengan keturunan Bugis.
Untuk memasaknya, beras pulut direndam selama 4 jam, kemudian dikukus separuh masak. Selepas itu, pulut dicampur dengan santan pekat dan garam, dikukus sekali lagi sehingga masak. Pulut yang telah masak dibentuk bulat panjang, dibalut dengan daun pisang, dan dikukus sekali lagi selama 15 minit.
1. Resepi Burasak
Resepi ini adalah untuk 10 orang makan.
Bahan-bahan
- 1kg beras wangi
- 1 biji kelapa diparut dan diperah
- Garam
- Daun pucuk pisang bersaiz A4
- 3 jengkal daun pisang tua
Cara membuat burasak
- Basuh beras 2 hingga 3 kali.
- Panaskan santan hingga mendidih. Apabila sudah mendidih, kecilkan api.
- Masukkan garam secukup rasa. Apabila santan sudah berubah warna, padamkan api.
- Tuang santan panas ke dalam beras sambil digaul.
- Biarkan beras lembab sedikit dan agak merata.
- Lipat nasi macam lipat kuih lepat, jangan terlalu nipis dan jangan terlalu tebal.
- Susun bungkusan berlima dengan tali rafia. Mulakan balutan dari hujung ke hujung dan simpul di tempat permulaan.
- Rebus selama 1-3 jam (lebih lama lebih enak).
- Angkat dan tos seperti merebus ketupat. Buka tali dan buang daun pisang tua. Biarkan sejuk dan sedia untuk dihidang.
Sumber: Hairul Nizam Ijam dari Masak Apa Hari Ni
2. Resepi Burasak Dan Patloh
Campurkan santan segar dan santan kotak untuk tahan lebih lama.
Bahan-bahan
- Beras nasi
- Beras pulut
- Santan
- Garam
- Daun pisang nipah muda
Cara buat burasak
- Tanak nasi, santan dan garam secukup rasa ala-ala nasi lemak.
- Balut dengan daun pisang seperti balut lepat.
- Tindih 6 keping burasak dan balut dengan daun pisang tua dan ikat dengan tali kemas-kemas.
- Rebus seeloknya 4 jam ke atas.
- Untuk patloh, kukus pulut. Kemudian, gaulkan dengan santan dan garam.
- Kukus lagi sekali.
- Bentukkan segi tiga dan balut dengan daun pisang.
- Susun 5 dan balut dengan daun tua pula.
- Rebus selama 4 sehingga 8 jam.
Sumber: Aida Ibrahim dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan
3. Resepi Burasak Bugis
- 1kg beras
- 1kg santan
- 1 sudu garam
- Daun pisang muda yang masih bergulung
- Daun pisang besar lebar
- Tali rafia
Cara buat burasak
- Basuh beras sehingga bersih dan ketepikan.
- Masak santan dan garam di atas api, bagi panas dan garam larut sahaja jangan sehingga mendidih.
- Tuang santan ke dalam beras tadi.
- Masak di atas api perlahan, gaul sehingga beras masak dan lembap dan masih bersantan.
- Letakkan nasi di atas daun pisang dalam 2 sudu. Padatkan dan bungkus seperti lepat.
- Siapkan 5 bungkus dan bungkus besar gunakan daun pisang lebar. Balut dan ikat dengan tali rafia.
- Rebus lebih kurang 3-4 jam.
Sumber: Emma Nazatulbiha dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan
Apa Lagi Sajian Raya Yang Sering Dihidang?
Sekian perkongsian resepi burasak dari kami. Burasak ini boleh juga dijadikan hidangan Raya, baru special. Almaklumlah, nak buat burasak ini walaupun nampak senang, tetapi lama juga. Selain burasak, ada 4 lagi menu penting yang sering dihidangkan ketika Hari Raya. Menu tersebut adalah:
1. Ketupat
Ketupat adalah nasi yang dibungkus dalam anyaman daun kelapa berbentuk segi empat. Ia dimasak dengan memasukkan beras ke dalam anyaman daun kelapa dan direbus sehingga masak.
2. Nasi Impit
Nasi impit merupakan hidangan nasi yang dimasak dan dimampatkan sehingga padat. Ia dimasak dengan beras biasa yang dimasak seperti biasa, kemudian ditekan dalam acuan sehingga menjadi padat.
3. Lontong
Lontong adalah sejenis makanan yang diperbuat daripada beras yang dibungkus dalam daun pisang dan direbus sehingga masak. Cara penyediaannya hampir sama dengan ketupat tetapi menggunakan daun pisang sebagai pembungkus.
4. Lemang
Lemang adalah makanan tradisional yang diperbuat daripada beras pulut yang dimasak dalam buluh dengan santan. Ia dimasak dengan memasukkan campuran beras pulut dan santan ke dalam buluh yang telah dilapik dengan daun pisang, kemudian dibakar sehingga masak.