Baru-baru ini, pencuci mulut dari Filipina ini memang agak terkenal. Rasanya yang berlemak manis dan dinikmati sejuk-sejuk memang digemari rakyat Malaysia terutama rakyat negeri Sabah. Selain ambuyat Sabah yang popular, jom tengok resepi buko pandan yang kami kongsikan ini.

Boleh anda cuba buat sendiri nanti. Jom kita try!

1. Resepi Buko Pandan

Bahan-bahan

  • Agar-agar
  • Pewarna hijau
  • Daun pandan
  • Gula
  • Air kelapa
  • Susu pekat
  • Susu cair
  • Nata de coco
  • Isi kelapa muda
  • Sagu putih

Cara buat buko pandan

  1. Masak agar-agar bersama air dan 2 helai daun pandan, sedikit pewarna hijau dan sedikit gula. Setelah masak, sejukkan di dalam peti.
  2. Masak sagu putih sehingga jernih.
  3. Masukkan air kelapa, susu pekat dan susu cair. Kacau sebati.
  4. Campurkan agar-agar hijau, sagu, isi kelapa muda dan nata de coco.
  5. Masukkan ketulan ais apabila dihidang.

Sumber: Abam Jul dari Masak Apa Hari Ni

 

2. Resepi Buko Pandan Filipina

Bahan-bahan

  • 500ml air kelapa / 1 biji kelapa
  • 2 sudu besar gula
  • 10g agar-agar serbuk warna hijau
  • 1 sudu kecil Coconut Pandan Emulco
  • 1 cawan biji sagu
  • 500ml non-dairy whipping cream
  • 1/3 cawan susu pekat manis
  • 1 mangkuk kecil nata de coco
  • Ais

Cara buat buko pandan

  1. Satukan air kelapa, serbuk agar-agar, gula dan pewarna di dalam periuk.
  2. Kacau sebati dan panaskan hingga likat dan mendidih, masukkan ke dalam bekas dan biarkan sejuk beku. Boleh dipotong dadu.
  3. Di dalam periuk lain, masak sagu sehingga jernih. Cuci dengan air paip dan toskan. Ketepikan.
  4. Di dalam bekas lain, putar whipping cream sebentar, masukkan susu dan putar lagi hingga sebati.
  5. Di dalam bekas besar, satukan semua bahan dan kacau sebati.
  6. Apabila ingin makan, cedok ke dalam mangkuk lain dan tambahkan ais.

Sumber: Putri Bungsu dari Masak Apa Hari Ni

 

3. Resepi Buko Pandan Cheese

Bahan-bahan A

  • 2 biji isi kelapa (dihiris halus)
  • 1 mangkuk sagu (direbus dan dicuci)
  • 1 mangkuk agar-agar perisa kelapa pandan (dipotong dadu)
  • 1 tin nata de coco original atau laici

Bahan-bahan B

  • 2 biji air kelapa
  • 500g / separuh kotak fresh cream (Value Pride)
  • 2 kotak susu full cream
  • 3 tin susu cair
  • 2 tin susu pekat
  • Perisa kelapa pandan
  • Pewarna hijau

Cara buat buko pandan

  1. Campurkan semua bahan A tanpa kuah, tabur parutan cheese di atas.
  2. Campurkan bahan B, sesuaikan mengikut citarasa anda. Sejukkan di dalam peti ais.
  3. Sedia untuk dihidang, tuangkan bahan B dan boleh letakkan ais.

Sumber: Amber Amber dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan

 

4. Resepi Buko Pandan

Bahan-bahan

  • 1 paket serbuk agar-agar 10g
  • 3 cawan air
  • 6 sudu besar gula pasir
  • 3 helai daun pandan (disimpul)
  • Pewarna hijau
  • 250ml whipping cream
  • 1/4 cawan susu pekat
  • 2-3 titik pes pandan
  • Nata de coco
  • Isi kelapa muda

Cara buat buko pandan

  1. Masak agar-agar, air, gula pasir daun pandan dan pewarna hijau sehingga larut.
  2. Tuangkan ke dalam loyang dan sejukkan. Potong dadu.
  3. Satukan whipping cream, susu pekat dan pes pandan. Kacau sebati.
  4. Dalam mangkuk, masukkan nata de coco, isi kelapa dan agar-agar yang sudah dipotong.
  5. Tuangkan kuah dan ais. Sedia untuk dinikmati.

Sumber: Hasliza Awg Chik dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan

 

Akhir kata

Memang mudah dan sedap kalau ikut resepi buko pandan yang kami kongsikan ini. Selepas ini, anda boleh cuba pula.

Kami juga ada kongsikan resepi panna cotta dan resepi sagu gula Melaka untuk anda cuba.

Selamat mencuba!

Seorang penulis bebas yang suka berkongsi bercerita terutamanya resepi masakan serta berkongsi resepi, tips memasak, dan trend makanan terkini.

Leave A Reply