Buko Buah ialah pencuci mulut tradisional dari Filipina yang menggabungkan kelapa muda, buah-buahan segar, dan sos krim manis. Hidangan ini popular di seluruh Asia Tenggara kerana rasanya yang menyegarkan dan penyediaannya yang mudah.
Bahan-bahan utama termasuk isi kelapa muda, nata de coco, buah-buahan seperti mangga, nenas, rambutan dan anggur, serta campuran krim pekat manis dan krim sejuk beku. Cara penyediaannya mudah – potong semua buah-buahan kepada saiz kecil, campurkan dengan isi kelapa muda dan nata de coco, kemudian tambah campuran krim pekat manis dan krim sejuk beku. Kacau sebati dan sejukkan sebelum dihidang.
1. Resepi Buko Pandan Filipina
Bahan-bahan
- 1 pekat agar-agar serbuk perisa pandan masak dan bekukan ikut arahan dari belakang bungkusan
- 1 cawan teh biji sagu
- 1 sudu kecil coconut Pandan Emulco
- 1 tin krimer sejat cair SAJI Malaysia jika kurang kuah boleh lebihkan
- 1 cawan teh whipping cream non diary pukul tak perlu sampai kembang
- 1 cawan air gula ikut manis yang disukai
- 1 mengkuk isi kelapa
- 1 mangkuk kecil Nata De Coco perisa kelapa ambil isinya sahaja
- Ais secukupnya
- Buah logan jika suka update: sebenarnya buh buah laici yang tin lgi sedap dari mata kucing dan pastikan jangan masuk air laici.
- Setengah cawan biji selasih yg telah kembang (rendam dalam air panas)
Cara nak buat Buko Pandan Filipina
- Satukan semua bahan isi dan kuah dalam bekas besar.
- Masuk ais dan seimbangkan rasa manis lemak cream ikut selera dan siap.
Sumber: Aisyah Humaira dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
2. Resepi Buko Koktail
Bahan-bahan
Agar-agar kelapa pandan
- 1/2 paket agar2 tali
- 500ml air kelapa
- 250 air masak
- 1/2sb emulco pandan
- 3sb gula
Masuk semua dalam periuk. Masak hingga agar-agar tali larut. Tuang dalam loyang. Sejukkan. Kemudian potong dadu.
Sagu putih
- 1 cawan sagu
- 4 cawan air
Didih sehingga masak. Tuang dalam tapis.. Bilas hingga berbiji halus.
Puding Jelly (beli kedai eco)
- Manggo
- Laici
- Strawberry
Keluarkan. Potong dadu. Tapiskan. Ambil isi sahaja.
Perisa Nata de coco (beli kedai eco)
- Mango
- Strawberry
- laici
- kelapa
Tapiskan semua, ambil isi sahaja
Kuah cream
- 2 cawan whipping cream
- 1 tin susu pekat
- 2 tin susu cair
- 1 tin air kelapa
Buah mangga 2 biji. Potong dadu.
- 1 tin laici(ambil isi sahaja, air buang)
- 1 tin koktail(ambil isi sahaja, air buang)
- Isi kelapa
Cara nak buat Buko Koktail
- Pukul whipping cream jangan sampai steak peak. Bagi nampak creamy.
- Campur semua bahan. Letak whipping cream yang telah diputar. Gaul sebati.
- Campurkan semua bahan. Letak kuah krim. Sejukkan.
- Boleh lah untuk di makan. Simpan sejuk beku dalam peti. Bila nk makan. Defrostkan.
Sumber: D’Zert D’Licacy dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
3. Resepi Buko Mangga
Bahan-bahan
- Mangga lily
- Cream cheese
- Fresh milk
- Sagu putih
- Biji selasih
- Agar-agar mangga
- Gula
- Susu pekat
- Susu cair
- Sunquick
- Lemon
Cara nak buat Buko Mangga
- Setengah biji mangga masak, 3 cawan susu full cream, 3 cawan air masak, 3 sudu makan gula kasar, 150gram cream cheese (mengikut selera masing-masing), perahan lemon, 1/2 cawan susu cair, 1/2 susu pekat blend kesemua bahan tadi.
- Masak sagu dan tapiskan kanji sebelum sejukkan.
- Rendam biji selasih sampai kembang.
- 8gram serbuk agar agar, blend buah mangga dan tapis serat untuk dapatkan original juice. 5 sudu makan gula kasar. 4 cawan air, 1 sudu besar sunquick mangga, 1 sudu besar sunquick oren. Didihkan atas dapur sehingga pekat.
- Potong dadu buah mangga.
- Masukkan kesemua bahan tadi kedalam bekas. Potongan dan presentation mengikut kreativiti tersendiri.
p/s: mangga lily gold&mangga susu gold paling manis pastikan buah mangga betul-betul masak untuk daptkan mangga yang manis
Sumber: Fara Nazira dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
4. Resepi Buko Laici
Bahan-bahan
- 1 paket jeli perisa laici (masak ikut arahan di kotak, tambah pewarna merah)
- 1 paket kecil sagu (direbus sehingga lembut)
- 2 tin susu cair
- 200ml whipping cream
- 1 cawan isi kelapa
- 1 tin laici (ambil airnya)
- 1 bekas nata de coco (ambil airnya)
- Boleh tambah lagi air gula ikut kemanisan
Cara nak buat Buko Laici
- Campur semua bahan sekali makan bersama ais batu.
Sumber: Hurun’Iin Malik dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
Apa Lagi Pencuci Mulut Yang Boleh Dihidang Dengan Buah?
Buah memang pencuci mulut yang ideal. Ini kerana ia bukan sahaja sedap, mudah dimakan malah menyihatkan. Selain buko buah, terdapat banyak lagi pencuci mulut yang dihasilkan bersama buah. 5 diantaranya adalah:
1. Mixed Fruit Salad
Hidangan ini mengandungi pelbagai buah-buahan segar yang dipotong dadu dan dihidangkan dengan sos buah-buahan atau sirap manis. Ia merupakan pencuci mulut yang sihat dan menyegarkan, sesuai untuk semua peringkat umur.
2. Fruit Cocktail
Sejenis pencuci mulut yang menggabungkan buah-buahan dalam tin seperti pir, pic, ceri, anggur dan nenas, dihidangkan dengan sirap manis. Ia popular kerana mudah disediakan dan boleh disimpan lama.
3. Es Teler
Pencuci mulut dari Indonesia yang mengandungi campuran alpukat, kelapa muda, dan cincau, dihidangkan dengan sirap dan santan. Ia terkenal dengan kombinasi tekstur yang unik dan rasa yang menyegarkan.
4. Fresh Fruit Parfait
Hidangan berlapis yang menggabungkan buah-buahan segar dengan yogurt atau krim putar. Ia sering dihiasi dengan granola atau kacang, menjadikannya pilihan yang sempurna untuk pencuci mulut atau sarapan.
5. Fruit Pudding
Pencuci mulut yang terdiri daripada agar-agar atau puding yang dihiasi dengan pelbagai buah-buahan segar. Ia popular kerana penampilannya yang menarik dan rasanya yang sedap.