Bubur jagung adalah sejenis bubur yang dibuat menggunakan jagung manis sebagai bahan utama. Bahan-bahan yang diperlukan ialah jagung manis, santan, gula, garam, dan daun pandan. Boleh juga ditambah sedikit tepung jagung untuk memekatkan kuah.

Untuk memasaknya, pertama sekali kisar jagung manis sehingga halus. Masukkan jagung yang telah dikisar ke dalam periuk bersama santan, gula, garam dan daun pandan. Kacau sehingga mendidih dan pekat, kemudian masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan sedikit air. Kacau sehingga mencapai kepekatan yang diingini.

1. Resepi Bubur Jagung Mudah

Bahan-bahan

  • 3 batang jagung di hiris
  • 2 sudu besar sagu biji
  • Gula garam secukup rasa
  • 2 cawan santan

Cara buat Bubur Jagung Mudah

  1. Rebus jagung dengan sagu sampai sagu jernih.
  2. Dah siap boleh masukkan garam gula dan santan, didihkan sekejap.
  3. Siap

Sumber: Nazarina Che Man dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)

 

2. Resepi Bubur Jagung Sagu

Bahan-bahan

  • 2@3 cawan isi jagung
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1 ketul kecik gula melaka (cincangkan sikit)
  • 1 sdk garam
  • 1 cawan santan pekat
  • 2 cawan santan cair
  • 3 sdb biji sagu (bersihkn, rendam skejap)
  • 2 helai daun pandan, simpul kan

Cara buat Bubur Jagung Sagu

  1. Masukkan isi jagung bersama santan cair dan daun pandan ke dlm periuk.
  2. Masak atas api perlahan sehingga sedikit mendidih dan jagung sdikit lembut (empuk).
  3. Masukkan gula pasir, gula melaka, biji sagu, garam dan santan pekat. Kacau perlahan  sehingga bubur mndidih dan biji sagu nampak jernih (jika rasa nak lebih manisboleh tambah gula)
  4.  Siap.

Sumber: Har Ryea dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Bubur Jagung Sedap Lemak Manis

Bahan-bahan

  • Jagung
  • Santan
  • Gula nisan (3 keping)
  • Garam

Cara buat Bubur Jagung Sedap Lemak Manis

  1. Buang kulit jagung, basuh, dan hiris. Hiris agak-agak jangan tebal sangat jangan halus sangat.
  2. Masukkan hirisan jagung tadi dalam periuk dan air tinggi dari paras jagung
  3. Lebih kurang dua senduk jagung, air sikit dan kisar sampai hancur. Tujuan dia kita nak bagi kuah tu ada rasa jagung jugak.
  4. Selepas itu  tuang dalam periuk tadi.
  5. Dan rebuslah semuanya sampai jagung empuk. Anggaran dalam 15 minit.
  6. Bila jagung dah empuk masukkan :
    Santan
    Nisan 3 keping
    Garam sikit
  7. Kacau sampai nisan hancur.
  8. Jangan sampai bubur jagung pecah minyak nanti tak cantik.
  9. Masukkan jugak susu pekat dalam 3 sudu besar dan kacau. Kemudian ambil letak dalam piring sikit kalau kurang manis boleh tambah nisan atau susu pekat, ikut citarasa masing-masing.

Sumber: Nur Hazwani Abu Bakar dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Selain Bubur Jagung, Apa Lagi Bubur Yang Popular?

Selain Bubur Jagung, terdapat 5 hidangan bubur yang juga popular iaitu bubur pulut hitam, pengat gandum, oatmeal bubur chacha dan bubur kacang hijau.

1. Bubur Pulut Hitam

Bubur pulut hitam adalah hidangan yang dibuat daripada beras pulut hitam. Ia dimasak bersama santan, gula melaka dan daun pandan sehingga menjadi bubur yang pekat.

2. Bubur Gandum

Bubur gandum adalah sejenis bubur yang diperbuat daripada bijirin gandum yang dikisar halus. Ia dimasak dengan susu atau air sehingga menjadi bubur yang lemak.

3. Oatmeal

Oatmeal adalah bubur yang diperbuat daripada oat. Ia boleh dimasak dengan susu atau air, dan lazimnya dihiasi dengan buah-buahan dan madu.

4. Bubur Chacha

Bubur chacha adalah hidangan yang dibuat dengan ubi keledek pelbagai warna, sagu mutiara, dan santan. Ia dimasak dengan daun pandan untuk menambah aroma.

5. Bubur Kacang Hijau

Bubur kacang hijau adalah hidangan yang diperbuat daripada kacang hijau yang dimasak bersama santan dan gula. Ia sering ditambah dengan daun pandan untuk meningkatkan aroma.

Seorang penulis bebas yang suka berkongsi bercerita terutamanya resepi masakan serta berkongsi resepi, tips memasak, dan trend makanan terkini.

Leave A Reply