Biskut sarang semut merupakan sejenis kuih tradisional yang mempunyai rekaan berbentuk sarang semut dengan tekstur yang berlubang-lubang. Ia biasanya dibuat daripada tepung, gula, dan telur yang dipanggang atau dibakar dengan kaedah tertentu.

Untuk membuat biskut sarang semut, bahan utama termasuk tepung gandum, gula pasir, telur, mentega, dan sedikit garam. Proses penyediaan melibatkan mencampurkan bahan-bahan kering terlebih dahulu, kemudian menambahkan bahan basah sambil mengacau sehingga membentuk adunan yang sekata.

1. Resepi Biskut Sarang Semut

Bahan-bahan A

  • 250g marjerin
  • 1 cawan gula aising
  • 1 biji kuning telur
  • Esen vanila

Bahan-bahan B

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan tepung kastard
  • 2 cawan tepung jagung
  • 1 sudu besar tepung jagung

Bahan hiasan

  • Gula pasir
  • Serbuk perwarna
  • Chocolate rice

Cara buat biskut sarang semut

  1. Campurkan semua bahan A, sebatikan dengan senduk kayu.
  2. Campurkan bahan B, masukkan sedikit demi sedikit ke dalam bahan A sambil diuli menjadi doh.
  3. Bulatkan doh kecil-kecil dan sagat.
  4. Sudukan doh yang sudah disagat dan masukkan ke dalam paper cup.
  5. Campurkan bahan hiasan dan taburkan ke atas doh.
  6. Bakar pada suhu 160°c selama 20 minit.
  7. Sejukkan pada suhu bilik dan boleh simpan di dalam bekas kedap udara.

Sumber: Tieha Tajuddin dari Masak Apa Hari Ni

 

2. Resepi Biskut Sarang Semut

Bahan-bahan

  • 1 buku buttercup
  • 2 cawan teping kastard*
  • 1 cawan tepung jagung*
  • 1 1/2 tepung gandum*
  • 1 cawan gula halus
  • 1 biji kuning telur
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • Sedikit perwarna kuning
  • Paper cup
  • Chocolate rice / coklat manik

Cara buat biskut sarang semut

  1. Ayakkan bahan-bahan bertanda *.
  2. Satukan butter dan gula halus. Pukul sehingga kembang.
  3. Masukkan kuning telur, esen vanila dan perwarna kuning. Pukul sebati.
  4. Masukkan semua tepung dan gaul sehingga adunan tak melekat pada tangan. Jika melekat, tambahkan tepung gandum.
  5. Simpan di dalam peti sejuk selama setengah jam atau boleh parut terus dan masukkan ke dalam paper cup. Hiaskan dengan chocolate rice.
  6. Susun ke dalam baking tray dan bakar menggunakan api atas bawah pada 170°c selama 30 minit bergantung pada oven masing-masing.

Sumber: Novelis Affieyza Isahak dari Masak Apa Hari Ni

 

3. Resepi Biskut Sarang Semut Susu

Bahan-bahan

  • 250g marjerin / butter*
  • 3/4 cawan gula kastor*
  • 1 biji telur kuning*
  • 1 sudu kecil esen vanila*
  • Sedikit perwarna kuning
  • 2 sudu besar susu tepung
  • 1 cawan tepung jagung
  • 1 cawan tepung kastard
  • 1 cawan tepung gandum
  • Chocolate rice

Cara buat biskut sarang semut

  1. Satukan bahan bertanda * dan kacau dengan senduk dalam 10 minit.
  2. Ayak tepung jagung, tepung kastard dan tepung gandum.
  3. Masukkan sedikit demi sedikit tepung dan susu ke dalam adunan bertanda *.
  4. Sambil masukkan, gaul adunan hingga sebati. Uli sehingga doh tak melekat di tangan.
  5. Rehatkan doh selama 1 jam.
  6. Sagat/parut doh dan masukkan ke dalam paper cup. 
  7. Hiaskan dengan chocolate rice.
  8. Bakar pada suhu 160°c menggunakan api atas bawah selama 20-25 minit.
  9. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.

Sumber: Pn Habsah Ngah dari Masak Apa Hari Ni

 

4. Resepi Biskut Sarang Semut Simple

Bahan-bahan

  • 300g mentega
  • 100g gula kastor
  • 350g tepung kastard
  • 100g tepung jagung
  • 1 biji kuning telur
  • 1 sudu teh esen vanila
  • Chocolate rice
  • Paper cup

Cara buat biskut sarang semut

  1. Pukul mentega dan gula hingga kembang.
  2. Masukkan kuning telur dan esen vanila. Sebatikan.
  3. Satukan tepung dan masukkan ke dalam adunan mentega dan gaul rata hingga menjadi doh.
  4. Jika adunan terlalu lembik, tambahkan sedikit tepung hingga doh tidak melekat di tangan.
  5. Sagat adunan dan sudukan ke dalam paper cup. Hiaskan dengan chocolate rice.

Sumber: Ummi Hana dari Masak Apa Hari Ni

 

Apa Lagi Kuih Tradisional Yang Popular?

Bak kata orang ‘tak lekang dek panas, tak hilang dek hujan’. Itu la perumpamaan yang boleh diguna pakai untuk kuih-kuih tradisional di Malaysia. Apabila sampai masanya, kuih-kuih tradisional mesti akan dicari juga untuk dibuat kudap-kudapan. Ini ada 5 lagi cadangan kuih tradisional yang digemari ramai.

1. Almond London

Almond London adalah biskut tradisional yang popular di Malaysia, diperbuat daripada tepung, badam, dan salut coklat. Ia mempunyai rupa berbentuk bulat kecil dan mempunyai rasa manis serta rangup.

2. Biskut Arab

Biskut Arab merupakan sejenis biskut bertepung yang lembut dan mempunyai rasa yang ringan. Ia biasanya dihias dengan serbuk gula dan mempunyai tekstur yang sangat lembut di mulut.

3. Cornflakes Cookies

Cornflakes Cookies adalah biskut yang dibuat dengan mencampurkan bijirin cornflakes ke dalam adunan biskut. Ia memberikan tekstur rangup tambahan dan mempunyai rasa yang lazat.

4. Pineapple Tart

Pineapple Tart adalah biskut tradisional berbentuk kecil yang diisi dengan jem nanas. Ia mempunyai kulit yang rangup dan isian nanas yang manis.

5. Susu Cookies

Susu Cookies adalah biskut yang mempunyai perisa susu yang kuat dan lembut. Ia biasanya dibuat dengan menggunakan susu sejat dan memberikan rasa manis yang sederhana.v

Seorang penulis bebas yang suka berkongsi bercerita terutamanya resepi masakan serta berkongsi resepi, tips memasak, dan trend makanan terkini.

Leave A Reply