Bihun goreng ialah hidangan popular yang diperbuat daripada bihun (vermicelli beras) yang digoreng bersama sayur-sayuran dan protein pilihan. Bahan-bahan asas termasuk bihun, sayur hijau, lobak merah, taugeh, telur, udang, sosej ayam, bawang merah, bawang putih, lada hitam dan kicap.

Untuk memasaknya, rendam bihun dalam air panas sehingga lembut. Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga wangi, masukkan telur dan kacau. Tambah protein pilihan dan sayur-sayuran, kemudian masukkan bihun. Perasakan dengan kicap, garam dan lada hitam secukup rasa. Goreng sehingga semua bahan sebati.

1. Resepi Bihun Goreng Kicap Seafood

Bahan-bahan

  • 400gram bihun kering
  • Taugeh
  • Lobak merah(dihiris)
  • Bawang besar 1 biji(dihiris)
  • Bawang putih 6 ulas (dikatok)
  • Telur ayam 3 biji
  • Sotong
  • Udang
  • Serbuk perasa
  • Garam(jika perlu
  • Minyak masak secukupnya

 

Bahan-bahan sos

  • Kicap Manis (8 sudu besar)
  • Kicap pekat ABC  (3 sudu besar)
  • Sos tiram (3 sudu besar)
  • Sos tomato (3 sudu besar)
  • Sos cili (3 sudu besar)
  • Sos ikan (2 sudu besar)
  • Cili Kisar (pilihan)

 

Cara-cara penyediaan Bihun Goreng Kicap

  1. Rendamkan bihun sehingga agak lembut. Apabila Sudah lembut,toskan bihun Dan ketepikan dahulu
  2. Panaskan minyak masak secukupnya dan goreng telur sehingga sedikit hancur. Apabila telur sudah sedikit garing, angkat untuk ketepikan.
  3. Dengan menggunakan minyak yang sama, tumiskan bawang putih dan bawang merah sehingga keperangan.
  4. Kemudian, masukkan kesemua bahan-bahan sos, serbuk perasa dan gaul sehingga sebati.
  5. Setelah itu,cmasukkan udang dan sotong lalu masak seketika.
  6. Akhir sekali, masukkan bihun yang telah direndam tadi, dan campurkan dengan lobak merah dan taugeh.
  7. Gaul sehingga rata dan tutupkan api apabila sudah masak.

Sumber: Nurul Ateekah dari Masak Apa Hari Ni

 

2. Resepi Bihun Goreng Merah

Bahan-bahan

  • Bihun
  • 5-6 ulas bawang putih
  • Udang kering (basuh dan rendam)
  • Telur
  • Cili kisar
  • Sos ikan
  • Sos cili
  • Serbuk knorr
  • Daun bawang
  • Daun sup
  • Taugeh
  • Tauhu (digoreng dan dipotong)
  • Bebola ikan/fishcake
  • Sawi
  • Garam

 

Cara-cara penyediaan Bihun Goreng Merah

  1. Tumiskan bawang putih dan udang kering yang ditumbuk lumat
  2. Masukkan telur dan gaulkan supaya hancur
  3. Kemudian, masukkan cili kisar, sos ikan, sos cili dan serbuk knorr dan tumis sehingga pecah minyak.
  4. Seterusnya, masukkan bihun dan sedikit air dan gaul sebati.
  5. Akhir sekali, masukkan sayur-sayuran dan gaul sehingga sayur lembut. Masukkan garam jika perlu.

Sumber: Razzyatt dari Masak Apa Hari Ni

 

3. Resepi Bihun Goreng Tomyam

Bahan-bahan

  • Bihun
  • 2 ulas bawang Putih
  • 1/2 ulas bawang Holland
  • 2 batang serai
  • 1 sudu bedar cili kisar
  • 1 1/2 sudu besar Pes Tomyam Adabi
  • Secubit Maggi Cukup Rasa
  • 1 sudu besar sos tiram
  • Isi ayam
  • Udang
  • Daging
  • Tomato
  • Daun limau purut
  • Bunga kobis
  • Hirisan karot
  • Cili merah
  • Cili api

 

Cara-cara penyediaan Bihun Goreng Tomyam

  1. Rendamkan bihun di dalam air panas sehingga lembut
  2. Panaskan 4-5 sudu besar minyak dan tumiskan bahan-bahan yang telah  dihiris.
  3. Tumis sehingga naik bau dan bawang mula kekuningan.
  4. Setelah itu, masukkan isi ayam, udang dan daging yang dah telah direbus.
  5. Apabila udang dan ayam sudah separuh masak, masukkan pes tomyam, cili kisar dan sos tiram.
  6. Masukkan bihun ke dalam kuali dan gaul sebati.
  7. Masukkan pula sayur-sayuran dan gaul rata.
  8. Akhir sekali, masukkan maggi cukup rasa, garam dan gula untuk penambah perasa.
  9. Kecilkan api dan gau rata dan bihum goreng tomyam sedia dihidang!

Sumber: Intan Cahaya Rieqal dari Masak Apa Hari Ni

 

Apa Lagi Menu Mee Yang Popular?

Semoga resipi bihun goreng ini akan memudahkan urusan memasak anda untuk keluarga hari ini. Memakan hidangan pengganti nasi seperti bihun dan mee bukan sahaja mengenyangkan malah lebih selamat untuk mengawal kadar gula dalam badan. Oleh itu, ini ada 5 lagi cadangan menu mee dan bihun untuk anda:

1. Mee Goreng

Mee goreng adalah hidangan yang menggunakan mee kuning sebagai asas dan dimasak dengan cara yang hampir sama seperti bihun goreng. Ia biasanya menggunakan campuran sayur-sayuran segar dan protein pilihan, dengan perisa yang lebih kuat berbanding bihun goreng.

2. Kuey Teow Goreng

Kuey teow goreng menggunakan mi rata yang diperbuat daripada beras, dimasak dengan sayur-sayuran segar dan protein. Hidangan ini popular di seluruh Malaysia dan mempunyai rasa yang tersendiri hasil gabungan kicap dan rempah ratus.

3. Mee Hoon Sup

Mee hoon sup adalah hidangan berkuah yang menggunakan bihun sebagai asas, dimasak dalam sup ayam yang sedap bersama sayur-sayuran dan hirisan ayam. Ia sering dihidangkan dengan hirisan bawang goreng dan daun sup.

4. Laksa

Laksa adalah hidangan mi berkuah yang terdiri daripada mi atau bihun yang dihidangkan dengan kuah yang kaya dengan rempah ratus. Terdapat pelbagai jenis laksa di Malaysia, setiap satu mempunyai citarasa unik mengikut negeri.

5. Char Kway Teow

Char kway teow adalah sejenis hidangan mi yang digoreng dalam kuali besi dengan api yang kuat. Ia menggunakan kuey teow yang dimasak bersama udang, telur, taugeh dan daun kucai, menghasilkan rasa ‘wok hei’ yang istimewa.

Rate this post

Seorang penulis bebas yang suka berkongsi bercerita terutamanya resepi masakan serta berkongsi resepi, tips memasak, dan trend makanan terkini.

Leave A Reply