4 Resepi Bibimbap Korea

Bibimbap ialah hidangan tradisional Korea yang bermaksud “nasi campur”, di mana nasi putih dihidangkan bersama pelbagai lauk-pauk dan sayur-sayuran yang diatur cantik di atas nasi, kemudian digaul sebelum dimakan. Hidangan ini seimbang dari segi rasa, warna dan nutrisi. Bibimbap boleh disediakan dalam mangkuk biasa atau dalam versi dolsot bibimbap (mangkuk batu panas).

Komponen bibimbap terdiri daripada nasi putih, sayur tumis seperti bayam, lobak putih, timun, taugeh dan cendawan, bersama daging lembu perap, telur goreng mata (atau telur mentah), serta sos gochujang (pes cili Korea) yang memberikan rasa pedas, manis dan berperisa. Kadangkala ditambah minyak bijan dan biji bijan sebagai penambah aroma.

1. Resepi Bibimbap Daging

Bahan-bahan

  • Daging (dihiris dan diperap dengan cuka, gula sedikit, kicap, minyak bijan dan bawang putih) untuk yang vegetarian, boleh ganti dengan shitaakè)
  • Zuccini (dihiris dan diperasakan dgn garam dan dibiarkn sehingga air keluar. Kemudian di goreng kilas)
  • Tauge (digoreng kilas dan diperasakan dengan garam dan lada)
  • Bayam muda (dicelur dan diperasakan dgn garam)
  • Carrot (dipotong seperti batang mancis, digoreng kilas dan diperasakan dengan garam dan lada)
  • Kimchi (goreng kilas dengan sedikit gochujang)

Cara buat Bibimbap Daging

  1. Untuk sos dia, saya masak sos gochujang dengan cuka dan madu.
  2. Nasi dia boleh guna nasik beras biasa. Saya guna beras short grain yang guna untuk buat sushi.
  3. Dah masak semua, susun elok dan letak telur sebiji.
  4. Nak makan, gaul semua dengan sos dia. Nasi rasa rangup sebab banyak sayur.

Sumber: Korn Adam Rayhan Khairul dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

2. Resepi Bibimbap

Bahan-bahan

  • 1 mangkuk kecil nasi putih campur minyak bijan dan garam (saya guna beras sumo)
  • 1 biji telur
  • ½ batang timun jepun (potong halus)
  • ½ batang carrot (potong panjang)
  • Kimchi (optional)
  • Bayam
  • Cendawan shitake
  • Tauge
  • Minyak bijan
  • Bijan

Bahan Sos Bibimbap

  • 1 bawang putih (dicincang)
  • 2 sudu gochujang (saya guna sos korea pedas sebab takde gochujang)
  • 1 sudu gula
  • 1 sudu minyak bijan
  • 1 sudu cuka
  • 1 sudu gula perang

Bahan perapan daging@ayam

  • Bawang putih (dicincang)
  • 1 sudu kicap cair
  • 2 sudu jus epal (optional)
  • Secubit garam
  • 1 sudu gula perang
  • 1 sudu minyak bijan

Cara buat Bibimbap

  1. Campurkan bahan perapan dan gaul sebati. Perap selama 30 minit (saya perap semalaman lagi kick rasa dia).
  2. Panaskan kuali dengan sedikit minyak dan gorengkan carrot (yang digaul bersama minyak bijan dan garam) sehingga layu.
  3. Lakukan langkah yang sama untuk timun jepun.
  4. Rebuskan tauge dan bayam berasingan dan perasakan dengan secubit garam. Toskan tauge dan bayam.
  5. Campurkan bahan sos dan gaul rata. Tambahkan 1 sudu madu (optional)
  6. Gorengkan perapan daging@ayam sehingga air kering.
  7. Susun sayur dan daging@ayam ke dalam mangkuk nasi. Letakkan telur sunny side up dan sos bibimbap.
  8. Tuangkan 1 sudu minyak bijan disekeliling mangkuk.

Sumber: Nursalwani Kamal dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

3. Resepi Bibimbap Bulgogi

Bahan-bahan

Bahan marinate

  • 500gm Daging potong nipis
  • 100 gm cendawan shitake kering (direndam sehingga kembang, tapis dan hiris)
  • 3 sudu besar gula perang
  • 1 sudu besar bawang putih
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 2 sudu besar air buah pear
  • 3 sudu besar Sos bijan

Bahan nasi

  • Pakai beras sumo
  • 1 cawan beras
  • 2 cawan air
  • 5 sudu besar cuka sushi
  • 1 sudu kecil gula
  • Secubit garam
  • Sayur
  • Bayam
  • Lobak merah
  • Taugeh
  • Timun jepun
  • Bawang putih cincang

Cara buat Bibimbap Bulgogi

  1. Campurkan semua bahan dan biarkan semalam..
  2. Panaskan sedikit minyak dan campurkan bahan yang dah marinate tadi. Agak-agak daging dah nak masak. Biarkan seketika dan siap.

Nasi

  1. Tumiskan bawang putih, ambil sedikit air perapan daging masukkan dalam kuali dan tumis.
  2. Masukkan sayur satu jenis per jenis masak sehingga lembut sedikit masih ada kerangupan untuk lobak merah.
  3. Ulang untuk semua jenis sayur.
  4. Sos gochujang beli ready made jenama OmmaSon dam letak sebanyak 10 sudu.

Sumber: Nurul Fatin Nabila dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

4. Resepi Chicken Sambal Bulgogi

Bahan-bahan

Chicken Sambal Bulgogi

  • 1 keping isi bhgian dada ayam dipotong nipis-nipis
  • 3 sudu besar kicap pekat manis
  • 1 sudu besar madu
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1 paket Pes Sambal Tumis Maggi
  • 1 sudu besar minyak bijan
  • 1 sudu kecil bijan
  • 3 tangkai daun bawang
  • Sedikit garam
  • 1/4 cwn air

Bahan bibimbap

  • 1 mangkuk nasi
  • 5 ulas Bawang putih
  • 1 cekak daun bayam
  • 1 batang lobak merah hilis halus memanjang.
  • 1 mangkuk tauge
  • 5 pcs cendawan butang.
  • Minyak bijan
  • Minyak masak
  • 1 biji telur
  • 2 sudu kecil Garam
  • Secukup Rasa Maggi

Cara buat Chicken Sambal Bulgogi

Chicken sambal

  1. Perapkan isi ayam yang dipotong nipis bersama kicap, madu, isi ayam, 1 tangkai daun bawang yg dipotong.
  2. Panaskan kuali masukkan ayam yang telah diperap hingga masak.
  3. Kuali lain pula, tumiskan Pes Sambal Tumis Maggi selepas itu tambahkan sedikit sahaja air.
  4. Masukkan 2 sudu sos cili+ kicap+madu+ garam. Kacau rata.
  5. Masukkan pes yang telah masak ke dalam kuali ayam tadi.
  6. Akhir sekali masukkan potongan daun bawang.
  7. Angkat dan tabur bijan. Sedia untuk dihidangkan dengan set bibimbap.

Bibimbap

  1. Tumiskan 1 ulas bawang putih dengan sedikit minyak bijan. Masukkan bayam dan sedikit garam dan secukup rasa. Angkat dan asingkan.
  2. Tumiskan bawang putih bersama minyak bijan masukkan lobak merah dan garam serta secukup rasa. Angkat dan asingkan.
  3. Langkah yang sama juga untuk masak sayur yang lain iaitu tauge dan juga cendawan. Cuma masa cendawan tambahkan sedikit kicap pekat manis untuk warnanya menjadi gelap.
  4. Goreng telur mata.
  5. Letak 1 sudu minyak bijan pada dasar mangkuk. Oleskan.
  6. Masukkan 1 mangkuk nasi dan ratakan pada mangkuk atau pinggan bulat.
  7. Susunkan satu persatu bahan yang telah dimasak tadi diatas nasi.

Sumber: Che Fara Julia dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

Selain bibimbap, terdapat banyak makanan kores yang telah mula dikenali ramai dan tidak asing lagi di Malaysia. Antara makanan korea yang popular adalah:

1. Korean Fried Chicken

Korean Fried Chicken adalah ayam goreng gaya Korea yang disalut dengan sos manis pedas yang dibuat daripada bawang putih, halia, kicap manis dan cili.

2. Japchae

Japchae adalah mi kaca Korea yang diperbuat daripada ubi keledek, dimasak bersama sayur-sayuran seperti cendawan, lobak merah, bayam dan ditumis dengan kicap.

3. Kimchi Fried Rice

Nasi goreng kimchi adalah hidangan yang menggabungkan kimchi (sayur peram Korea) dengan nasi, telur dan sayur-sayuran, menjadikannya hidangan yang pedas dan berperisa.

4. Samgyeopsal

Samgyeopsal merupakan hidangan daging yang dipanggang, biasanya dihidangkan dengan daun salad, sos ssamjang dan pelbagai sayur-sayuran segar.

5. Tteokbokki

Tteokbokki adalah snek jalanan Korea yang popular, dibuat daripada kek beras yang dimasak dalam sos pedas manis, biasanya ditambah dengan fishcake dan sayur-sayuran.Copy

Leave a Comment