Bengkang merupakan sejenis kuih tradisional Melayu yang diperbuat daripada tepung beras, santan, gula, dan telur. Ia biasanya dimasak dalam acuan bulat dan mempunyai tekstur lembut serta manis.

Untuk menyediakan bengkang, campurkan tepung beras, santan, gula, dan telur sehingga sebati. Kemudian, tuangkan adunan ke dalam acuan yang telah disapu minyak dan bakar dalam ketuhar sehingga masak dan berwarna kekuningan.

1. Resepi Bengkang Roti

Bahan-bahan

  • Roti putih 5keping
  • 3 cawan susu segar
  • Suku cawan gula putih (kalau suka manis letak 1/2 cawan)
  • 2 biji telur
  • 1 tsp esen vanilla
  • 1 tsp garam
  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 camca marjerin

Cara buat Bengkang Roti

  1. Carik roti masukkan dalam loyang dan rendam dengan 2 cawan susu segar, biar sampai kembang roti tu.
  2. Masukkan 1 cawan susu segar lebihan tadi dalam blender bersama telur, gula, esen vanilla, tepung gandum, garam dan marjerin.
  3. Blender sekejap biar sehingga larut semua bahan . Dah sebati semua tuang dalam adunan roti dalam loyang. Kacau bagi sebati semua
  4. Bakar suhu 180’c selama 1jam.

Sumber: Wahida Hji Ahmad dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2. Resepi Bingka Ubi Kayu

Bahan-bahan

  • 250g Gula
  • 2 biji Telur
  • 800g ubi kayu yang telah di blend dan ditapis airnya

    (air tapisan ubi tu nanti biarkan mendap dan buang airnya perlahan, ambil tepung mendapan ubi tu)
  • 300 ml santan kotak + 100 ml air
  • Sedikit pewarna kuning
  • 1/4 cawan minyak masak
  • 1/2 st garam halus

Cara buat Bingka Ubi Kayu

  1. Satukan semua dalam bekas dan tuang dalam acuan.

    *saya sapukan loyang dgn sedikit shortening *
  2. Bakar suhu 180 C selama 1jam 30min atau mengikut kesesuaian oven sehingga masak.

    saya bakar 2 jam, nak dapatkan garing tepi tu.
  3. Sejukkan sebelum di potong.

Sumber: Faiz Faizal dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Bengkang Pandan

Bahan-bahan

  • 3 cawan tepung gandum
  • 3 biji telur
  • 1 cawan air daun pandan
  • 2 cawan air.
  • 2 cawan santan.
  • 1 1/2 cawan gula
  • Secubit gram.
  • Sedikit pewarna hijau .
  • Planta untuk sapuan diloyang
  • Sedikit bijan @ lenga

Cara buat Bengkang Pandan

  1. Masukkan bahan semua, kecuali bijan dan planta.
  2. Kacau bahan semua dengan wisk hingga sebati dan tak bergentel.
  3. Sapukan loyang dengan planta.
  4. Masukkan bahan dalam loyang dan taburkan bijan diatas.
  5. Bakar dalam suhu 180′ selama 1jam, agak dah kekuningan boleh la angkat dan sejukkan, boleh dihidangkan.

Sumber: Rohani Ronnie dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

4. Resepi Bengkang Labu

Bahan-bahan

  • 2cwn labu (yang dah dilenyek)
  • 2cwn tepung gandum
  • 1cwn gula
  • 3biji telor
  • 1cwn santan (1kotak santan)
  • 2cwn air
  • 2sb marjerin/butter
  • 1sk garam

Cara buat Bengkang Labu

  1. Rebus labu smpai empuk, dan lenyek kan.
  2. Masuk semua bahan kacau smpai sebati.
  3. Sapu loyang dgn marjerin/butter.
  4. Bakar 110mnit suhu 200’c (ikut oven masing)

Sumber: Aniza Romle dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Apa Lagi Menu Kuih Kampung Yang Digemari Ramai?

Selain Kuih bengkang, banyak lagi kuih yang menjadi pilihan dikala minum petang. Ini 5 jenis kuih kampung yang tidak asing di Malaysia.

1. Kuih Bakar

Kuih bakar adalah sejenis kuih tradisional yang hampir menyerupai bengkang, diperbuat daripada tepung, santan, dan telur. Ia biasanya dihias dengan bunga cengkih atau bertoping biji badam.

2. Serimuka

Serimuka merupakan kuih berlapis yang mempunyai bahagian bawah diperbuat daripada pulut dan bahagian atas daripada custard pandan. Ia mempunyai warna hijau yang menarik dan rasa yang lazat.

3. Kuih Talam

Kuih talam juga merupakan kuih berlapis yang mempunyai lapisan bawah daripada pulut dan lapisan atas daripada santan yang diperam dengan sedikit garam. Ia biasanya berwarna putih dan hijau.

4. Lepat Pisang

Lepat pisang ialah kuih tradisional yang diperbuat daripada tepung beras dan pisang yang dibungkus dalam daun pisang. Ia mempunyai rasa manis semulajadi daripada pisang yang digunakan.

5. Puding Jagung

Puding jagung adalah kuih yang diperbuat daripada jagung yang dikisar, santan, dan gula. Ia mempunyai rasa manis dan tekstur yang lembut.

Seorang penulis bebas yang suka berkongsi bercerita terutamanya resepi masakan serta berkongsi resepi, tips memasak, dan trend makanan terkini.

Leave A Reply