Belut adalah sejenis ikan air tawar yang berbentuk panjang seperti ular dan mempunyai daging yang lembut. Ia boleh didapati di sawah padi, sungai dan kawasan berlumpur.
Untuk memasak belut goreng berempah, bahan-bahan yang diperlukan ialah belut segar, serbuk kunyit, serbuk kari, garam, dan minyak masak. Cara memasaknya adalah dengan membersihkan belut, kemudian perap dengan campuran serbuk kunyit dan garam selama 30 minit. Kemudian goreng dalam minyak panas sehingga garing dan kekuningan.
1. Resepi Paprik Belut
Bahan-bahan
- 6 ulas bwg putih diketuk
- 4 biji bwg merah mayang halus
- 2 sb cili kisar
- 2 sb sos tiram
- 3btg serai diketuk
- 5helai daun limau purut dikoyakkan
- Tomato
- Bunga kubis
- Btg saderi
- Garam
- Gula
- Perasa
Cara buat Paprik Belut
- Tumis bawang merah, bawang putih dan cili kisar. Setelah naik bau, masukkan sos tiram.
- Setelah pecah minyak, masukkan belut, serai dan daun limau purut.
- Setelah belut sedikit lembut masukkan sayur.
- Masukkan gula, garam dan perasa. Siap.
- Kalau nak pedas boleh letak lada kecik yang ditumbuk kasar.
Sumber: Syuhadah Zulkifli dari Berkongsi Ilmu Kuih & Masakan (BIKMM)
2. Resepi Sup Belut
Bahan-bahan
- 2 ekor belut (potong kecil dan bersihkan bersama asam jawa dan garam)
- 2 ulas bawang merah (hiris)
- 2 ulas bawang putih (hiris)
- 2 inci halia (hiris)
- Sedikit lada hitam
- 1 batang saderi (hiris)
- 1 sup bunjut
- 1 batang kayu manis
- 2 kuntum bunga lawang
- 5 kuntum cengkih
- Air secukupnya untuk kuah
- Daun sup, daun bawang,
- Jus limau
- 5 tangkai cili api (ketuk)
- 2 biji tomato (hiris)
- garam dan perasa secukupnya
- Sedikit minyak untuk menumis
Cara buat Sup Belut
- Panaskan minyak dan tumis kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan bahan hiris sehingga wangi.
- Tambahkan secukupnya air dan sup bunjut.
Setelah mendidih, masukkan belut dan bahan-bahan lain. - Rasa asam garamnya. Sedia dihidangkan.
Sumber: Fauziah Yahya dari Berkongsi Ilmu Kuih & Masakan (BIKMM)
3. Resepi Belut Masak Cili Kering
Bahan-bahan
- Belut sedang saiz 2 ekor
Potong saiz 1½ inci - Bawang besar potong bulat2 1 biji besar
- Bawang putih 2 ulas dihiris
- 1 sudu besar cili kisar
- 10 batang cili kering
- Serbuk kunyit (untuk goreng belut dulu)
- Garam secukup rasa
- Limau sambal 1-2 biji
Cara buat Belut Masak Cili Kering
- Goreng belut yang telah digaul dengan serbuk kunyit dan garam secukupnya.
- Dah garing belut terus masukkan cili kisar, gaul dan biar tumis sampai nampak garing, then masukkan cili kering, gaul rata.
- Then masukkan bawang merah dan bawang putih.
- Garamkan secukupnya.
- Biarkan sampai bawang nampak layu sikit.
- Jangan lupa perah limau dalam masakan then gaul sekejap.
Sumber: Nur Hairi Makririgold dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
4. Resepi Belut Masak Berlado
Bahan-bahan
- Setengah kilo belut letak garam&kunyit
- Goreng
Bahan Sambal berlado
- Bwang besar sebiji
- Bwang putih 4 ulas
- Halia 1 inci
- Cili besar 4 bji
- Daun limau purut 4 helai
Cara buat Belut Masak Berlado
- Blend bwang besar dengan cili (jangan bagi hancur sangat).
- Ketuk bwang putih dan halia.
- Tumis semua bahan diatas sehingga naik bau last skali masukkan belut yang dah dgoreng tadi, siap.
Sumber: Wan Nurasiah dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
Apa Menu Lain Yang Popular?
Belut mempunyai banyak khasiat dalam kesihatan. Walaupun begitu ramai yang tidak gemar makan mungkin kerana tidak tahu untuk menyiang. Untuk yang ingin mencuba menu lain selain belut, ini 5 cadangan menu yang menggunakan ikan air tawar sebagai bahan utama:
1. Keli Masak Tempoyak
Ikan keli dimasak dengan tempoyak (durian yang difermentasi), cili padi, bawang dan serai. Hidangan ini popular di negeri-negeri pantai timur Malaysia.
2. Haruan Masak Lemak Cili Padi
Ikan haruan dimasak dalam kuah santan yang dicampur dengan cili padi, kunyit dan bahan-bahan rempah tradisional.
3. Puyu Goreng Berlada
Ikan puyu yang digoreng rangup dan dihidangkan dengan sos cili yang pedas. Ia biasanya dimakan sebagai lauk atau snek.
4. Sepat Masak Asam Pedas
Ikan sepat dimasak dalam kuah asam pedas yang menggunakan asam jawa, cili dan belacan sebagai perasa utama.
5. Baung Masak Tempoyak
Ikan baung yang dimasak dengan tempoyak, serai, lengkuas dan cili. Hidangan ini terkenal di kawasan Pahang dan Perak.