4 Resepi Belgium Cookies

Rating

Belgium cookies ialah sejenis biskut raya yang popular di Malaysia dengan gabungan rasa coklat, biskut yang rapuh dan isi jem di tengah, serta hiasan topping coklat yang menarik. Meskipun namanya merujuk kepada Belgium, ia bukan berasal dari Belgium secara rasmi, sebaliknya dipercayai diinspirasikan daripada coklat Belgium yang kaya dan premium. Ini menjadikan nama “Belgium cookies” lebih kepada simbol kemewahan dan rasa eksklusif.

Biskut ini diperbuat daripada adunan mentega, gula, tepung dan sedikit esen vanila, dibentuk nipis dan diletakkan jem strawberry, raspberry atau nenas di tengah, sebelum ditindih dengan satu lagi kepingan biskut. Selepas dibakar, ia akan dicelup atau disalut dengan coklat masakan, dan dihias dengan manik gula, sprinkle berwarna atau corak garisan putih untuk penampilan yang elegan dan menarik. Rasanya lembut, manis, sedikit masam dari jem, dan kaya rasa coklat.

1. Resepi Belgium Cookies

Bahan-bahan

  • 250g mentega
  • 70g gula kastor
  • 160g gula perang
  • 2 biji telur gred A/B
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 550g tepung gandum
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 500g cip coklat
  • 1 cawan badam hiris (dibakar dahulu)

Cara buat Belgium Cookies

  1. Satukan mentega, gula kastor dan gula perang. Kacau hanya menggunakan spatula.
  2. Masukkan esen vanila dan telur. Kacau sebati.
  3. Masukkan tepung gandum dan soda bikarbonat. Kemudian cip coklat dan badam hiris.
  4. Gaulkan guna tangan sahaja dan bentukkan.
  5. Susun jarak-jarak di dalam loyang.
  6. Bakar pada suhu 170°c selama 25-30 minit api atas bawah.

Sumber: Zaimah Zakaria dari Masak Apa Hari Ni

 

2. Resepi Belgium Callebaut Cookies

Bahan-bahan

  • 250g tartura butter
  • 250g gula perang
  • 1 biji telur
  • 1 biji kuning telur
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 400g biskut tepung
  • 1 sudu kecil baking soda
  • 400g callebaut chip

Cara buat Belgium Callebaut Cookies

  1. Pukul sebati butter dan gula perang. Masukkan telur dan esen vanila. Kacau sebati.
  2. Ayak tepung biskut dan soda bikarbonat. Masukkan ke dalam adunan tadi. Gaul hanya menggunakan tangan.
  3. Masukkan callabout chip dan gaul lagi.
  4. Rehatkan doh selama setengah jam.
  5. Bentukkan doh menjadi cookies dan susun jarak di dalam loyang.
  6. Bakar pada suhu 140°c selama 30 minit bergantung pada oven masing-masing.

Sumber: Asma Wati dari Masak Apa Hari Ni

 

3. Resepi Belgium Cookies Simple

Bahan-bahan

  • 220g tepung gandum
  • 125g mentega
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1 biji telur
  • 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
  • 50g gula pasir
  • 100g gula perang
  • 150g cip coklat

Cara buat Belgium Cookies

  1. Masukkan semua bahan dan gaul hingga sebati.
  2. Susun bentuk biskut ke dalam loyang jarak-jarak.
  3. Bakar pada suhu 150°c selama 20-25 minit.

Sumber: Siti Hajar Norzarahtul dari Masak Apa Hari Ni

 

4. Resepi Belgium Cookies Glutenfree

Bahan-bahan

  • 1 cawan pure butter
  • 1/2 cawan gula merah asli
  • 1/4 cawan gula tebu asli
  • 1 biji telur
  • 1/2 sudu kecil garam himalayan pink
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • 1 sudu besar tepung ubi kayu
  • 1 cawan tepung beras
  • 1 sudu besar serbuk koko
  • 3/4 sudu kecil pure baking soda
  • 1/2 cawan cip coklat
  • 1/2 sudu kecil vanilla extract non-alcohol

Cara buat Belgium Cookies

  1. Kacau sebati butter, gula merah, vanilla extract dan telur. Kacau hanya menggunakan senduk.
  2. Masukkan tepung, serbuk koko, garam dan baking soda berselang seli dalam adunan tadi.
  3. Kacau lagi dan masukkan cip coklat. Adunan memang akan agak lembik.
  4. Bentukkan biskut menggunakan sudu dan susun di dalam loyang.
  5. Bakar pada suhu 175°c selama 20-25 minit mengikut oven masing-masing.

Sumber: Rosmanita Fsi

Leave a Comment