Belangkas ialah sejenis haiwan laut bercangkerang keras yang berbentuk seperti ladam kuda dan termasuk dalam kumpulan arthropod laut. Ia sering ditemui di kawasan berlumpur, pesisir pantai dan muara sungai, terutamanya di negeri-negeri pantai barat Semenanjung Malaysia seperti Perak, Kedah dan Selangor. Nama saintifik belangkas ialah Tachypleus gigas atau Carcinoscorpius rotundicauda, dan ia dikenali juga sebagai horseshoe crab dalam Bahasa Inggeris.
Telur belangkas merupakan bahagian yang dimakan dan dianggap sebagai makanan eksotik di Malaysia. Ia biasanya dimasak masak lemak cili api, panggang, atau dijadikan kerabu telur belangkas. Walau bagaimanapun, tidak semua belangkas selamat dimakan kerana hanya belangkas betina yang bertelur dan tidak beracun boleh dimakan. Belangkas jantan dan sesetengah spesies lain boleh menyebabkan keracunan serius jika tersilap makan.
Resipi Belangkas
1. Resepi Belangkas Mahkota Pedas Berapi
Bahan-bahan
- 2 Ekor belangkas (yang sudah dipotong dan bersihkan)
- 2 Biji bawang besar *
- 5 ulas bawang putih *
- 1 inci halia *
- 35 tangkai lada kering *
- Belacan (agak besar duit 50 sen) *
- Lada hitam (tumbuk kasar)
- Daun limau purut
- Serai (ketuk)
- Air asam jawa
- Garam
- Gula
- Serbuk perasa (Saya pakai maggi cukup rasa)
- Air
- Minyak untuk tumis
Cara Buat Belangkas Mahkota Pedas Berapi
- Kisar semua bahan-bahan bertanda ( * ). Panaskan minyak kemudian tumis semua bahan kisar hingga naik bau.
- Masukkan gula, garam & serbuk perasa sesedap rasa.
- Masukkan serai, lada hitam & daun limau.
- Biarkan seketika. Kemudian letak air asam jawa dan kacau rata. Sekiranya hendak berkuah boleh la tambah air ikut kesesuaian.
- Bila rasa dah sedang barulah masukkan belangkas.
- Kacau rata dan biarkan sehingga masak.
- Tutup api dan sedia dihidang.
Sumber: Leo Zachery Ibrahim dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
2. Resepi Gulai Belangkas
Bahan-bahan
- 1 pkt kecil serbuk kari ikan babas
- 1 tangkai daun kari
- 3 ulas bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 1 hiris halia sebesar ibu jari di mayang
- 2pcs asam keping
- 1 cawan santan pekat
- 1 bijik kentang saiz xl
- 4 tangkai cili api pedas
- Air 500ml
- Belangkas 1 ekor saiz L
- Garam secukup rasa
- Gula 1sk
Cara Buat Gulai Belangkas
- Tumis bawang dan halia (dimayang dulu) dah garing tumis daun kari sampai naik bau.
- Masukkan serbuk kari yang dah di bancuh air agak tak cair, tumis sampai naik bau masuk sikit air agak tak bagi kering rempah.
- Masukkan kentang untuk lembutkan, dah lembut boleh la masuk kn air 500ml masak agak satu inci dari dalam periuk tu sampai semua sebati.
- Masukkan cili api tadi, asam keping dan masukkan belangkas (yang dah di rebus terlebih dahulu) masukkan santan sampai pecah minyak dah boleh letakkan perasa 5minit dah boleh tutup.
Sumber: Sofea Zaraa dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
3. Resepi Belangkas Bakar Original
Bahan-bahan
- Belangkas
- Bara api
- Sabut kelapa
Cara Buat Belangkas Bakar Original
- Cuci belangkas sehingga bersih.
- Sediakan bara api sekiranya menggunakan bara api sabut kelapa lagi bagus untuk menaikkan aroma.
- Letakkan belangkas diatas bara.
- Kulit belangkas akan berubah warna kekuningan.
- Kawal bara api dan alih kan belangkas sesekali jangan terlalu kerap alih, alih sekadar kulit belangkas rentung.
- Kopek kulit belangkas dari bahagian bawah untuk keselamatan buang keseluruhan kaki belangkas kerana disitu ada racun yang boleh memabuk kan.
Sumber: Muhammad Haris dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
4. Resepi Kerabu Telur Belangkas Ala Thai
Bahan-bahan
1.Belangkas bakar
Pastikan dah siap bakar potong kulit dia, keluarkan uncang najis aka uncang racun dia, baru keluarkan semua isi dan telur.
Bahan kerabu
- Mangga muda (sagat halus, kalau dapat mangga masam lagi sedap)
- Cili api merah
- Cili api hijau
- Bawang besar
- Tomato
- Kacang panjang
(hiris halus) - Gula
- Garam
- Sos ikan
- Limau nipis
Cara buat Kerabu Telur Belangkas Ala Thai
- Dah siap semua masukkan dalam bekas telur dan isi belangkas tadi.
- Perah limau nipis.
- Perasakan dan siap.
Sumber: Rozila Ibrahim dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)