Bakwan adalah sejenis gorengan yang diperbuat daripada sayur-sayuran yang dikisar halus dan dicampur dengan tepung gandum. Bahan-bahan utama termasuk tepung gandum, lobak, kubis, kacang panjang, daun bawang, bawang merah, bawang putih, telur, garam dan serbuk lada hitam.
Cara penyediaan dimulakan dengan mencampur semua bahan kering, kemudian masukkan sayur-sayuran yang telah dikisar dan telur. Gaul rata sehingga menjadi adunan yang sekata. Kemudian, ambil satu sudu adunan dan goreng dalam minyak panas sehingga keemasan pada kedua-dua belah.
1. Resepi Bakwan Rangup Bersama Pencicah
Bahan-bahan
- 2 cawan tepung gandum*
- 1 sudu tepung beras*
- 4 sudu tepung bestari pedas* (optional)
- 1/2 cawan udang geragau kering*
- 1 biji telur* (optional)
- Sedikit garam*
- Sedikit serbuk kunyit*
- 1 1/2 cawan lobak (disagat)
- 1 1/2 cawan tauge
- 1 1/2 cawan kobis (dihiris)
- 5 tangkai daun kucai
- 1 labu bawang besar (hiris kasar)
Cara buat bakwan
- Bancuh bahan bertanda * dengan air sejuk. Bancuhan jangan pekat dan jangan cair.
- Masukkan bahan-bahan lain dan gaul rata.
- Panaskan minyak dan goreng sehingga rangup.
Bahan-bahan sos pencicah
- 2 biji lada merah*
- 1 ulas bawang putih*
- 1/2 sudu gula pasir*
- 4 sudu sos cili
- 4 sudu air panas
Cara buat sos pencicah
- Tumbuk bahan bertanda* sehingga lumat.
- Campurkan dengan sos cili dan air panas.
Sumber: Siti Khajar dari Masak Apa Hari Ni
2. Resepi Bakwan Kangkung
Bahan-bahan
- 1/2 kg tepung gandum
- 5 sudu tepung beras
- 2 labu bawang merah besar
- 3 ulas bawang putih
- 1/2 sudu serbuk lada putih
- 1 genggam ikan bilis/ udang kering
- 1 mangkuk tauge
- 1 mangkuk kobis
- 1 mangkuk kangkung
- Daun bawang/ daun sup
Cara buat bakwan
- Hiris halus sayur.
- Tumbuk bawang merah, bawang putih, serbuk lada putih dan ikan bilis/ udang kering.
- Campurkan semua bahan dan masukkan air agak-agak jangan cair dan pekat.
- Goreng nipis, lebarkan dan masak sehingga kuning.
Sumber: Bunda Nadiah dari Masak Apa Hari Ni
3. Resepi Bakwan Indonesia
Bahan-bahan
- Bawang merah*
- Bawang putih*
- Lada putih* (sangai)
- Biji ketumbar* (sangai)
- Cukup rasa
- Tepung gandum
- Lobak
- Kobis
- Daun bawang
- Tauge
Cara buat bakwan
- Tumbuk bahan bertanda *.
- Masukkan ke dalam tepung gandum. Campurkan telur, cukup rasa dan sayur. Tambahkan air bagi cair sedikit.
- Masukkan sayur dan goreng sehingga rangup.
Sumber: Fika Hamzah dari Masak Apa Hari Ni
4. Resepi Bakwan Sedap
Bahan-bahan
- Bawang merah
- Bawang putih
- Lada halus
- Udang kering / ikan bilis
- Kiub ikan bilis
- Kobis
- Lobak
- Udang
Cara buat bakwan
- Tumbuk atau kisar bawang merah, bawang putih, lada halus dan udang kering / ikan bilis.
- Hiris halus sayur kobis dan lobak.
- Gaulkan kesemua bahan bersama tepung dan air sejuk.
- Tambahkan gula dan garam.
- Goreng bakwan sehingga garing.
Sumber: Ain Alieya dari Masak Apa Hari Ni
Apa Alternatif Bagi Bakwan?
Selain Bakwan, ada lagi 5 kuih gorengan berasaskan sayur yang boleh dicuba. Antara kuih tersebut adalah:
1. Spring Roll
Spring roll adalah sejenis makanan yang dibuat daripada kulit pastri nipis yang diisi dengan sayur-sayuran dan digoreng. Bahan-bahan utama termasuk kulit spring roll, lobak, kubis, taugeh, bawang putih, dan garam.
2. Samosa
Samosa adalah sejenis pastri segitiga yang diisi dengan kentang, kacang peas, dan rempah ratus. Bahan utama termasuk tepung gandum, kentang, kacang peas, bawang, halia, serbuk kari, dan garam.
3. Nugget Sayur
Nugget sayur adalah sejenis gorengan yang diperbuat daripada campuran sayur-sayuran yang dikisar halus dan dicampur dengan tepung roti. Bahan utama termasuk kentang, lobak, jagung, wortel, tepung gandum, tepung roti, dan telur.
4. Tempura
Tempura adalah hidangan Jepun yang terdiri daripada sayur-sayuran yang dicelup dalam adunan tepung dan digoreng. Bahan utama termasuk tepung gandum, telur, air sejuk, dan pelbagai jenis sayur-sayuran.
5. Gyoza
Gyoza adalah sejenis dumpling yang diisi dengan sayur-sayuran dan dimasak dengan cara menggoreng dan mengukus. Bahan utama termasuk kulit dumpling, kubis, daun kucai, bawang putih, halia, dan minyak bijan.