Badak berendam merupakan sejenis kuih tradisional Melayu yang terdiri daripada tepung yang dibentuk seperti bebola mempunyai inti kelapa yang manis dan dimasak dalam kuah yang berlemak. Ia biasanya diperbuat daripada tepung beras atau tepung gandum yang dicampurkan dengan sedikit garam dan air, kemudian dibentuk menjadi bebola kecil dan diisi inti kelapa.
Untuk menyediakan badak berendam, campurkan tepung dengan air sehingga menjadi doh yang lembut. Bentukkan doh tersebut menjadi bebola kecil, ratakan dan tambah inti kelapa yang manis, bulatkan semula seperti bentuk bebola kecil, kemudian masak dalam air mendidih. Sediakan kuah lemak yang diperbuat daripada santan, air, dan sedikit daun pandan untuk memberi aroma.
1. Resepi Badak Berendam Inti Kelapa
Bahan-bahan Inti Kelapa
- 1 biji kelapa
- Gula merah
- Gula pasir
- 1 cawan air
- Daun pandan
- Sedikit garam
Cara buat inti kelapa
- Masak semua bahan di atas dan masukkan sedikit tepung gandum untuk bagi melekat.
- Bulatkan siap-siap inti kelapa.
Bahan-bahan tepung
- 1 mangkuk tepung pulut
- 1/4 mangkuk tepung ubi
- Pewarna dan perasa pandan
- Air secukupnya
Cara buat bancuhan tepung
- Bancuh semua bahan di atas dan biarkan sekejap.
- Buatkan bentuk bulat dan masukan inti kelapa ke dalamnya.
- Masak air hingga mendidih, dan masukkan kuih ke dalam air mendidih tadi.
- Masak sehingga kuih timbul dan letakkan ke dalam kuah putih.
Bahan-bahan kuih putih
- 1/2 kotak santan kelapa
- 1 cawan air
- Daun pandan
- Garam secukup rasa
- 2 sudu bancuhan tepung jagung (untuk pekatkan kuah)
Sumber: Nurulaini Ismail dari Masak Apa Hari Ni
2. Resepi Badak Berendam Labu
Bahan-bahan doh
- 1 1/2 cawan labu (direbus & dilecek)
- 2 cawan tepung pulut
Cara buat doh
- Campurkan bahan-bahan di atas.
- Uli sehingga bahan menjadi doh. Jika terlalu lembik boleh tambahkan tepung.
Bahan-bahan inti kelapa
- Gula merah
- Gula putih
- Garam
- Air
- 1 sudu tepung jagung
- Daun pandan
Cara buat inti kelapa
- Masak semua bahan di atas sehingga kering.
- Sejukkan dan bulat-bulatkan.
Bahan-bahan kuah
- 3 cawan santan
- 2-3 sb tepung gandum
- Gula putih
- Secubit garam
- Daun pandan
Sumber: Mazaliza Mahayudin dari Masak Apa Hari Ni
3. Resepi Badak Berendam
Bahan-bahan doh
- 2 1/2 cawan tepung pulut
- 1 1/2 cawan air daun pandan
- Sedikit pewarna hijau
- 1/2 sudu kecil garam halus (kisar bersama daun pandan)
- Inti kelapa secukupnya
Bahan-bahan kuah
- 2 cawan santan (1 kotak santan, 1 kotak air biasa)
- 2 sudu besar tepung beras
- 1/2 sudu kecil garam halus
- 2 1/2 sudu besar gula
- 2 helai daun pandan
Cara buat Badak Berendam
- Masukkan tepung pulut ke dalam bekas.
- Tambahkan air daun pandan sedikit demi sedikit, jangan tuang sekaligus untuk mengelakkan doh lembik.
- Uli sehingga tepung tidak melekat di tangan.
- Bentukkan doh menjadi bulat.
- Leperkan doh dan masukkan inti. Ulang sehingga doh habis.
- Didihkan air, masukkan doh yang sudah siap digentel. Tunggu sehingga doh timbul, angkat dan masukkan ke dalam air sejuk.
- Untuk kuah, campurkan kesemua bahan dan kacau sehingga sebati.
- Hidupkan api paling perlahan, masakkan kuah dan kacau sentiasa sehingga pekat.
Sumber: Wirawati Negara dari Masak Apa Hari Ni
4. Resepi Badak Berendam
Bahan-bahan tepung
- 2 1/2 cawan tepung pulut
- 1 cawan air pandan (kisar daun pandan 5 helai)
- 1/2 sudu kecil garam
- Pewarna hijau
Cara buat Badak Berendam
- Campur semua bahan dan uli menjadi doh.
- Ambil sedikit doh, tekan sehingga leper dan masukkan inti. Bulatkan.
- Rebuskan doh sehingga timbul baru angkat.
Bahan-bahan inti
- 1/2 biji kelapa parut
- 2 sudu gula pasir
- 5 sudu gula merah
- 1/2 sudu kecil garam
- Daun pandan simpul
- 1/4 cawan air
- 1/2 sudu besar tepung gandum
Cara buat inti Badak Berendam
- Campur semua bahan di atas kecuali tepung gandum, masak dengan api sederhana dan kacau hingga kering.
- Masukkan tepung gandum dan kacau sekata, tutup api.
- Sejukkan dan bulatkan inti untuk masukkan ke dalam tepung.
Bahan-bahan kuah santan
- 3 cawan santan
- 3 sudu besar tepung beras (bancuh guna air biasa)
- 1 sudu kecil garam
- Daun pandan simpul
Cara buat kuah santan
- Campurkan semua bahan dan masak guna api sederhana. Kacau sentiasa sehingga pekat, tutupkan api.
- Tuangkan bancuhan santan ke atas doh yang sudah dimasak.
Sumber: Nora Zi dari Masak Apa Hari Ni
Apa Lagi Menu Kuih Yang Seumpama Badak Berendam
Jika anda dah selalu cuba resepi badak berendam, anda boleh juga cuba membuat kuih lain yang seakan-akan badak berendam. Persamaannya adalah pada penggunaan tepung pulut yang menghasilkan kuih dengan tekstur yang agak kenyal. Antara kuih yang dimaksudkan adalah:
1. Onde-Onde
Kuih kenyal yang diperbuat daripada tepung pandan, diisi dengan gula merah, dan dibalut dengan kelapa parut. Apabila dihidangkan, kuih ini akan meleleh di mulut dengan isi gula merah yang manis.
2. Kuih Koci
Kuih tradisional yang diperbuat daripada tepung beras atau tepung pulut, diisi dengan kelapa parut yang dicampur gula. Ia kemudian dikukus atau direbus sehingga masak.
3. Kuih Lompang
Kuih yang dibuat daripada tepung beras dan tepung pulut, mempunyai bentuk seperti mangkuk kecil. Ia biasanya disajikan dengan isi seperti kelapa parut yang dicampur gula.