Ayam Masak Padang merupakan hidangan klasik dari Padang yang terkenal dengan rasa pedas dan berbumbu. Masakan ini menggunakan bahan-bahan seperti ayam, santan, cili merah, bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas, daun kunyit, daun kari, serai dan beberapa rempah ratus.
Cara memasaknya dimulakan dengan menumis bahan-bahan kisar sehingga wangi, kemudian masukkan ayam dan kacau rata. Tambahkan santan dan biarkan mendidih, masukkan rempah ratus dan daun-daun aromatik. Masak dengan api sederhana sehingga kuah pekat dan ayam masak sepenuhnya.
1. Resepi Ayam Masak Padang
Bahan-bahan
- 1 ekor ayam di potong 8 /10
- Bwg merah 5 biji
- Bwg putih 5 ulas
- Sedikit halia
- 2 btg serai
- Kunyit basah sedikit
- Kacang Gajus
- Kerisik peket kecik / 4 sudu besar
- Cili padi Merah 7
- Cili padi hijau 7
- Cili besar Merah n hijau 6
- Daun kunyit 2 helai dihiris halus
- Minyak untuk menumis
- Garam, gula, serbuk perasa
Cara buat Ayam Masak Padang
- Panaskan minyak ke dalam kuali.
- Bawang merah, bawang putih, halia, serai, kacang gajus, cili padi merah dan hijau, cili besar merah dan hijau, kunyit basah kesemuanya diblender halus. Tumis betul garing dengan api perlahan.
- Dah garing rempahnya boleh masukan ayam.
- Gaul sebati hingga rempahnya meresap ke semua ayam.
- Dah agak separuh masak, masukan kerisik.
- Gaul lagi, lalu masukkan garam atau gula, serbuk perasa ikut suka.
- Perasakan cukup rasanya, boleh lah di tabur daun kunyit yang dihiris halus.
- Boleh lah tutup api.
Sumber: Rosnah Abu Bakar dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
2. Resepi Ayam Rendang Padang (Tanpa Kerisik)
Bahan-bahan
- Ayam
- Bawang putih, bawang merah, halia, kunyit hidup, serai*
- Cili boh
- Santan
- Asam keping
Cara buat Ayam Rendang Padang (Tanpa Kerisik)
- Ayam Goreng setengah masak (letak kunyit / garam sikit )
- Tumiskan bahan bertanda *
- Dah naik bau masukkan cili boh.
- Selepas itu agak cili dah masak menggelegak masukkan santan sikit.
- Kacau dan masukkan asam keping dan serbuk kunyit sikit supaya nak bagi warna kuah menyerlah.
- Jangan lupa garam, gula & serbuk perasa kalau suka.
- Potong daun kunyit.
Sumber: Chinta Ashikin dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
3. Resepi Gulai Ayam Padang
Bahan-bahan
Bahan A
- Bawang Putih*
- Bawang Merah*
- Halia*
- Kunyit hidup*
- Cili Merah*
- Cili Padi*
Bahan B
- Serai dan lengkuas diketuk daun limau dan daun kunyit (hiris besar)
Cara buat Gulai Ayam Padang
- Semua bahan bertanda * dikisar.
- Serai dan lengkuas diketuk daun limau dan daun kunyit (hiris besar).
- Panaskan minyak tumis bahan yang dikisar sehingga pecah minyak.
- Kemudian masukkan ayam biarkan seketika sehingga ayam mula mengecut boleh tambah air sedikit biar dalam10-15minit.
- Masukkan bahan B dan masuk santan gula garam dan perasa jika suka.
Sumber: Naddy’s Kitchen dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
4. Resepi Ayam Sambal Padang
Bahan-bahan
- Cili hijau 10 tangkai
- Bawang besar sebiji (atau 5 bwg merah lagi manis kan)
- Bawang putih 3-4ulas
- Tomato sebiji besar
- Suka pedas boleh tambah cili padi secukupnya
- Minyak sikit
- Garam gula secukupnya
- Serai sebatang
Cara buat Ayam Sambal Padang
- Goreng ayam dulu.
- Sementara itu potong cili bawang dan tomato, kemudian kukus 5-7minit.
- Apabila dah kukus angkat dan tumbuk tak payah lumat sangat dan ketepikan.
- Ayam tadi jamgan biar hangus dah masak angkat.
- Tumis bahan yang ditumbuk bersama serai jika nak sehingga cantik letak gula garam biar garing sikit kacau masukkan ayam gaul rata dan siap.
Sumber: Norfaizah Binti Ahmad dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
Apa Menu Lain Yang Boleh Dicuba?
Selain Ayam Masak Padang, terdapat 5 lagi menu menarik yang boleh dicuba. Menu tersebut adalah:
1. Rendang Daging
Rendang daging adalah hidangan yang dimasak dengan santan dan campuran rempah ratus yang kompleks. Proses memasaknya mengambil masa yang lama untuk mendapatkan kuah yang pekat dan daging yang empuk.
2. Kari Kambing
Kari kambing adalah masakan yang menggunakan rempah kari yang khas, santan dan bahan-bahan seperti kentang dan tomato. Hidangan ini popular di seluruh Malaysia dan mempunyai rasa yang kaya.
3. Gulai Ikan
Gulai ikan adalah masakan berkuah yang menggunakan ikan segar, santan dan rempah ratus. Masakan ini biasanya menggunakan ikan seperti tenggiri atau kembung.
4. Masak Lemak Udang
Masak lemak udang adalah hidangan yang menggunakan udang segar yang dimasak dalam santan dan bumbu kuning. Masakan ini mempunyai rasa yang lemak manis dan sedap.
5. Kari Ayam
Kari Ayam adalah hidangan ayam yang dimasak dengan rempah kari, santan dan kentang. Masakan ini sangat popular di Malaysia dan mempunyai rasa yang berbeza dengan kari dari negara lain.