Ayam masak merah kenduri ialah hidangan tradisional Melayu yang menggunakan ayam yang dimasak dengan sos tomato, bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas dan cili kering. Bahan-bahan lain termasuk serai, daun kunyit, garam, gula, dan minyak masak. Hidangan ini popular di majlis kenduri dan keramaian kerana rasanya yang manis dan masam.
Untuk memasaknya, ayam perlu digoreng separuh masak terlebih dahulu. Kemudian, tumis bahan-bahan kisar sehingga wangi dan masukkan sos tomato. Masukkan ayam dan kacau rata, tambah air secukupnya. Setelah mendidih, masukkan garam dan gula mengikut citarasa. Masak sehingga kuah pekat dan ayam empuk.
Resepi Ayam Masak Merah Kenduri Kahwin
Resepi ini dikongsikan oleh Raja Amanina melalui Facebook Group Masak Apa Hari Ni. Yang menariknya, masakan ini disekalikan dengan resepi nasi hujan panas berserta acar timun.
Dah, dah. Jangan sampai meleleh air liur.
Mari kita ikuti perkongsian resepi ini.
Bahan-bahan
- 10-12 ketul ayam (kunyit, garamkan dan goreng separuh masak)
- 2 biji bawang besar dikisar
- 5 ulas bawang merah dikisar
- 3 ulas bawang putih dikisar
- 1 inci halia
- 1 biji bawang besar dihiris
- 2 genggam cili kering rebus&kisar hingga halus
- 3 batang serai diketuk
- 2 helai daun limau purut
- 3 biji tomato
- 3 sudu makan sos cili
- 4 sekawan (kayu manis, cengkih, bunga lawang & pelaga)
- Asam keping
- Gula garam secukup rasa
Cara-cara masak ayam masak merah
- Tumis bawang bersama serai, 4sekawan hingga wangi& masukkan cili kisar masak hingga pecah minyak
- Masukkan tomato, sos cili&daun limau purut
- Tambahkan sedikit air,asam keping dan masukkan ayam
- Masak hingga pecah minyak tambahkan bawang hiris dan perasakan gula garam
- Siap
Resepi Nasi Hujan Panas Kenduri
Seperti yang dimaklumkan awal-awal tadi, tidak lengkap resepi ayam masak merah ini tanpa nasi hujan panas.
Ikuti perkongsian untuk membuat nasi cantik berwarna-warni seperti di bawah ini:
Bahan-bahan
- Beras – cuci dan toskan
- Air (ikut sukatan beras)
- 1 biji bawang besar dikisar
- 3 ulas bawang putih dikisar
- 1 inci halia dikisar
- 3 sudu makan butter@marjerin
- 1 cawan susu cair
- 4 sekawan(kayu manis, cengkih, lawang, pelaga)
- Daun pandan
- 1 batang serai diketuk
- Secubit garam
- Pewarna hijau kuning & merah
Cara-cara masak nasi hujan panas
- Panaskan periuk cairkan marjerin dan tumis bahan kisar, 4 sekawan, daun pandan dan serai hingga naik bau
- Masukkan susu cair dan beras
- Tambahkan air & garam
- Tunggu hingga mendidih dan nasi mula kering
- Titikkan pewarna di tempat berasingan
- Tutup periuk
- Biarkan seketika dan gemburkan nasi pakai garfu
- Siap
Resepi Acar Timun
Bahan-bahan
- 2 biji timun
- sedikit kubis dihiris
- carrot hiris
- cili padi dihiris
- bawang besar 2biji dihiris
- sedikit pewarna kuning (optional sahaja)
- cuka 1senduk kecil
- gula
- garam
- sedikit air
Cara-cara buat acar timun
- Campurkan semua bahan
- Gaul sebati
- Perasakan dengan gula garam secukup rasa
- Siap
Apa Lagi Lauk Kenduri Yang Popular?
Ayam masak merah ini, selain sesuai digandingkan dengan nasi hujan panas, ia juga sesuai dimakan dengan nasi tomato. Ikut tekak dan selera masing-masing. Jika ingin bertukar selera, anda boleh cuba pula 5 menu cadangan ini:
1. Rendang Ayam
Rendang ayam adalah masakan yang menggunakan rempah-rempah seperti serai, kunyit, lengkuas, dan santan kelapa. Hidangan ini mempunyai rasa pedas dan lemak yang seimbang, serta merupakan hidangan ikonik dalam masakan Melayu.
2. Kari Ayam
Kari ayam adalah hidangan yang dimasak dengan rempah kari, santan kelapa, kentang dan bawang. Masakan ini mempunyai kuah yang pekat dan rasa yang kaya dengan rempah ratus.
3. Ayam Masak Kurma
Ayam masak kurma adalah hidangan yang menggunakan rempah kurma, bawang, halia dan santan. Masakan ini mempunyai rasa yang lebih manis berbanding kari biasa dan sering dihidangkan di majlis keramaian.
4. Ayam Masak Butter
Ayam masak butter adalah hidangan ayam yang dimasak dengan mentega, krim, bawang dan rempah ratus. Hidangan ini mempunyai rasa yang creamy dan popular di restoran mahupun majlis kenduri.
5. Ayam Masak Rose
Ayam masak rose adalah hidangan yang menggunakan campuran sos tomato dan krim, dengan tambahan rempah ratus tempatan. Masakan ini merupakan gabungan masakan barat dan timur yang kini popular di majlis kenduri.