Ayam Goreng McD ialah ayam goreng rangup yang popular di restoran makanan segera McDonald’s. Hidangan ini menggunakan bahagian-bahagian ayam segar yang dilumur dengan campuran tepung dan perasa rahsia, termasuk lada hitam, serbuk bawang putih, serbuk paprika, dan garam.

Untuk memasaknya, bahagian ayam dicelup dalam campuran susu dan telur, kemudian disalut dengan campuran tepung berperisa. Ayam kemudiannya digoreng dalam minyak pada suhu 350°F (175°C) sehingga keemasan dan masak sepenuhnya.

1. Resepi Ayam Goreng Tepung

Bahan-bahan

  • Ayam
  • Garam
  • Serbuk Kunyit
  • Serbuk cili

    * Gaulkan ayam dengan semua bahan di atas. Ketepikan.

Bahan Tepung

  • 4 sudu besar tepung gandum (bergantung jumlah ayam)
  • Secubit soda bikarbonat (jangan banyak nanti rasa pahit)
  • Garam secukup rasa

    *Campur semua bahan dan gaul sebati.

Cara buat Ayam Goreng Tepung

  1. Pecahkan telur dan kacau.
  2. Celup ayam dalam telur.
  3. Lumurkan ayam pada tepung. Ramas-ramaskan ayam untuk bagi salutan tepung cantik.
  4. Goreng secara deep fry. Api sederhana sahaja.
  5. Mudah dan jimat. Selamat mencuba!

Sumber: Ellisa Aziz dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)

 

2. Resepi Ayam Goreng Ala MCD

Bahan-bahan

  • Tepung Bestari (orignal)
  • Tepung Beras
  • Tepung Gandum
  • Serbuk Cili.

    sukatan yg diberi hanya anggaran
  • Tepung bestari 1 1/2cawan
  • Tepung beras 3/4cawan
  • Tepung gandum 1/2cawan
  • Serbuk cili 2sudu besar

Cara buat Ayam Goreng Ala MCD

  1. Satukan menjadi serbuk kering.
  2. Salut ayam dengan serbuk kering.
  3. Jika risau tepung berterabur, goncang ayam+serbuk kering menggunakan bekas bertutup.

Sumber: Yati Nurhayati dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Ayam Goreng MCD

Bahan-bahan

  • Tepung gandum
  • Tepung beras
  • Tepung bestari spicy
  • Rempah cili

Cara buat Ayam Goreng MCD

  1. Gaul semua tepung campur air & perap ayam sekejap.
  2. Adunan tepung kedua campur semua tepung tapi jangan masukkan air.
  3. Ayam yang dah perap tadi gaul dengan tepung kering & boleh goreng dah.

Sumber: Zureen Amin Nurul Amin dari Masak Apa Hari Ni (MAHN).

 

4. Resepi Ayam MCD Lebih Krunchy

Bahan-bahan

  • 1 ekor ayam di cuci beraih dan toskan
  • 2 cawan tepung bestari spicy
  • 1 cawan air
  • Sebatikan masukkan dalam ayam perap 1 jam
  • Tepung salutan
  • 2 cawan tepung bestari
  • ½ tpg beras bagi krunchy gaul sebati

Cara buat Ayam MCD Lebih Krunchy

  1. Goreng dalam periuk dengan minyak yang banyak untuk tenggelamkan ayam baru cantik kejadiannya.
  2. Pastikan masa masukkn ayam. minyak dah panas  dengan api sederhana.

Sumber: Jalilah JJ Homemade dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Apa Lagi Makanan Bergoreng Yang Enak?

Mudahkan nak buat? Bila datang rasa craving, terus je buat, puas hati nak makan bila buat sendiri kan? Selain ayam, terdapat juga lauk gorengan lain yang enak. 5 diantaranya adalah:

1. Ikan Goreng Tepung

Ikan yang disalut dengan tepung yang dibumbui dan digoreng sehingga garing. Bahan utama ialah ikan segar, tepung gandum, garam, dan rempah pilihan.

2. Sotong Goreng

Sotong yang digoreng dengan tepung atau tanpa tepung. Bahan-bahannya termasuk sotong segar, garam, serbuk lada hitam, dan minyak masak.

3. Udang Goreng

Udang yang digoreng ringkas dengan perencah minimum. Bahan-bahan yang diperlukan ialah udang segar, garam, dan minyak masak.

4. Fish Fingers

Kepingan ikan yang disalut dengan serbuk roti dan digoreng. Bahan-bahannya termasuk ikan dori, tepung gandum, serbuk roti, dan telur.

5. Chicken Chop

Kepingan dada ayam yang ditumbuk nipis, disalut tepung roti dan digoreng. Bahan-bahan yang diperlukan ialah dada ayam, tepung gandum, serbuk roti, garam dan lada hitam.

Rate this post

Seorang penulis bebas yang suka berkongsi bercerita terutamanya resepi masakan serta berkongsi resepi, tips memasak, dan trend makanan terkini.

2 Comments

  1. Memang sedap terbaik dah jadi favourite 😁🤲🤝 on

    Dah cuba sekali rasa yg sedap macam berhantu pun ada resepi. Pandang ayam ingat resepi ni 😁🤲🤝

Leave A Reply