Ayam goreng bawang putih adalah hidangan yang terkenal dengan rasa bawang putihnya yang kuat dan menyelerakan. Bahan-bahan yang diperlukan ialah kepak ayam, uli bawang putih, serbuk lada hitam, garam, minyak masak dan tepung jagung.
Cara memasaknya mudah – pertama, perap ayam dengan bawang putih yang telah diketuk halus, garam dan lada hitam selama 2 jam. Kemudian, salut ayam dengan tepung jagung dan goreng bersama beberapa ulas bawang putih yang belum dikupas kulit dalam minyak panas sehingga keemasan dan masak. Hidangkan panas-panas.
1. Resepi Ayam Goreng Bawang Putih (Air Fryer)
Bahan-bahan
- Ayam
- Bawang putih (tumbuk lumat)
- Sedikit halia (tumbuk lumat)
- Sedikit kunyit hidup (tumbuk lumat)
- Sedikit kunyit serbuk
- Garam
Cara buat Ayam Goreng Bawang Putih (Air Fryer)
- Basuh bersih ayam.
Lumurkan ayam dengan ;
– bawang putih (tumbuk lumat)
– sedikit halia (tumbuk lumat)
– sedikit kunyit hidup (tumbuk lumat)
– sedikit kunyit serbuk
– garam - Gaul sebati.
- Masukkan dalam bakul air fryer
– suhu 180 darjah
– masa 15 minit
*Saya guna AirFryer Philips Tak perlu balik-balikkan ayam pun. Tetap masak sekata. Sebab ada twin turbo. - Siap.
Sumber: Tsu Feh SufiahTsu Feh Sufiah dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)Masak Apa Hari Ni (MAHN)
2. Resepi Ayam Goreng Viral
Bahan-bahan
Bahan kisar
- Telur – sebuti
- Bawang merah besar – sebiji*
- Bawang putih – 3 ulas*
- Halia – 1 inci*
Curah atas ayam dan campurkan dengan :
- Sos tiram – 2 sudu
- Kiub pati ayam (cairkan : ikut anggaran ayam banyak mana)
- Serbuk perasa dan gula
- Tepung ubi – 2-3 sudu
Cara buat Ayam Goreng Viral
- Gaul dengan ayam dan perap seketika.
- Lagi lama lagi baik. Goreng macam biasa.
- Masa alihkan ayam tu, tabur beberapa ulas bawang putih yang tidak dibuang kulit setelah dicuci.
Sumber: Novelis Affieyza Isahak dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
3. Resepi Ayam Goreng Bawang Putih
Bahan-bahan
- Telur 1 biji
- Bawang merah besar 1 biji
- Bawang putih 3 ulas
- Halia 1 inci
- Garam
- Ajinomoto
- Tepung ubi 3 sudu
Cara buat Ayam Goreng Bawang Putih
- Kisar bawang merah, bawang putih, halia dan telur.
- Letak air sikit dan tuang dekat ayam kemudian campur garam, ajinomoto dan tepung ubi.
- Gaul sebati dengan ayam boleh perap sekejap terus goreng.
Sumber: Maznah Mumin dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
4. Resepi Ayam Goreng Bawang Putih (Rangup)
Bahan-bahan
Bahan perapan
- Bawang merah
- Bawang putih
- ketumbar
- Lada sulah
- Garam
Cara buat Ayam Goreng Bawang Putih (Rangup)
- Kisar semua dan perap ayam + tepung ubi kayu
- Beberapa ulas bawang putih yg diketuk dimasukkan ketika menggoreng ayam.
Sumber: Norhayati BasriNorhayati Basri dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)
Apa Lagi Menu Ayam Yang Popular?
Antara menu paling mudah bagi ayam adalah ayam goreng. Selain mudah dimasak, ia juga sedap dimakan. Namun jika mahukan kelainan, ayam sedap juga jika digoreng secara berperisa dan dimasak menu lain selain goreng. Ini antara 5 menu ayam yang popular:
1. Korean Fried Chicken
Korean Fried Chicken atau ayam goreng Korea adalah hidangan ayam goreng yang disalut dengan sos manis pedas khas Korea. Ayam digoreng dua kali untuk mendapatkan kulit yang rangup, dan dihiasi dengan bijan.
2. Ayam Masak Paprik
Ayam paprik adalah hidangan yang menggabungkan rasa pedas cili padi dengan kemanisan sos tiram. Ayam digoreng dahulu sebelum dimasak dengan sos paprik yang dibuat daripada campuran cili, bawang dan rempah ratus.
3. Ayam Masak Butter
Ayam masak butter adalah hidangan yang popular dengan rasa mentega yang kaya dan manis. Ayam digoreng rangup dan kemudian disalut dengan sos butter yang dicampur dengan daun kari.
4. Ayam Goreng Berempah
Ayam goreng berempah adalah hidangan klasik yang menggunakan pelbagai rempah ratus tempatan. Ayam diperap dengan campuran rempah seperti ketumbar, jintan, kunyit dan lengkuas sebelum digoreng.
5. Ayam Percik
Ayam percik adalah hidangan tradisional yang menggunakan santan dan rempah ratus. Ayam diperap dengan rempah percik yang dibuat daripada campuran serai, kunyit, halia dan santan, kemudian dipanggang atau dibakar sehingga masak.