Sayur asparagus ini bila di masak dengan teknik yang salah boleh hilang kerangupanya. Sayur ini juga kaya dengan kalsium dan khasiat kesihatan. Kalau anda tak tahu nak masak apa dengan sayur ini, kami himpunkan koleksi resepi asparagus ini.

Jom kita try!

1. Resepi Daging & Asparagus Masak Oyster

Bahan-bahan

  • Asparagus
  • Bawang putih
  • Halia
  • Daging
  • Oyster
  • Garam
  • Cendawan
  • Bawang Holland
  • Tomato

Cara buat Daging & Asparagus Masak Oyster

  1. Tumis bawang putih & halia yang ditumbuk/chop/blend.
  2. Masukkan daging & goreng hingga empuk.
  3. Bila nak kering, masukkan air sedikit.
  4. Masukkan oyster & sedikit garam, goreng seketika.
  5. Masukkan asparagus cendawan.
  6. Goreng seketika dengan api kuat.
  7. Masukkan bawang holland & tomato.
  8. Siap untuk dihidangkan.

Sumber: Nia Hussin dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2. Resepi Asparagus Tumis Pedas

Bahan-bahan

  • Bwg kecil merah
  • Bwg putih
  • Cili padi
  • Ikan bilis

Cara buat Asparagus Tumis Pedas

  1. Tumbuk semua bahan ke atas. Tumis dalam kuali.
  2. Masukkan asparagus masukkan air sikit.
  3. Masukkan garam.
  4. Tunggu sampai asparagus lembut. Siap.

Sumber: Norita Mohd Badaruddin dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Tumis Asparagus

Bahan-bahan

  • Bawang besar 1 biji,
  • Bawang kecik 2-3 biji,
  • Cili merah,
  • Cili padi

Cara buat Tumis Asparagus

  1. Blend semua tak payah lumat, tumis semua bahan ni.
  2. Dah pecah minyak masukkan garam sikit dan belacan, masukkan pucuk boleh tambah ikan bilis goreng juga kalau nak.
  3. Tumbuk ikan bilis dan masukkan.

Sumber: Zila Nur Aril dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

4. Resepi Salmon Steak With Asparagus and Mushroom

Bahan-bahan

Bahan salmon steak

  • Seulas bawang putih
  • Sepotong salmon
  • Sedikit lada hitam
  • Sedikit garam

Bahan sayur sampingan

  • 3 ulas bawang putih
  • Sepaket asparagus dipotong
  • Cendawan pilihan
  • Garam dan gula untuk perasa

Cara buat Salmon Steak With Asparagus and Mushroom

  1.  Lumurkan salmon dengan lada hitam dan garam.
  2. Masukkan sedikit minyak zaitun (pilihan sihat) atau butter (pilihan no. 2)ke dalam pan. Buka api kecil je. Masukkan bawang putih. Biar sehingga naik bau.
  3. Gorengkan ikan salmon. Balik-balikkan ikan setiap 2 minit untuk elakkan ikan terlalu kering sehingga masak.
  4. Angkat salmon dan ketepikan.
  5. Dalam pan yang sama, tambah sedikit lagi minyak atau butter.
  6. Masukkan bawang putih sehingga naik bau. Masukkan asparagus. Kacau.
  7. Bila asparagus separuh masak, masukkan cendawan. Kacau sebati sehingga masak. Perasakan dengan garam dan gula.
  8. Sedia dihidang.

Sumber: Azzakhirah Md Rashid dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Akhir kata

Sayur ini boleh dimasak sama ada dengan cara western atau melayu. Mana-mana pun boleh ikut citarasa anda.

Jom lihat resepi dalca sayur sedap di makan bersama roti putih.

Selamat mencuba!

Seorang penulis bebas yang suka berkongsi bercerita terutamanya resepi masakan serta berkongsi resepi, tips memasak, dan trend makanan terkini.

Leave A Reply