Banyak rupanya kan kuih apam ini, pelbagai jenis apam yang ada. Kali ini kami ingin kongsikan resepi apam mekar untuk anda dan sesuai dijadikan menu minum petang atau sarapan pagi.

Jom kita try!

1. Resepi Apam Mekar Tembikai

Bahan-bahan

  • 200g tepung gandum* diayak+1sdk baking powder
  • 180g gula pasir *
  • Sebiji telur Ayam
  • Esen vanila 1sdk *
  • Sedikit garam*
  • 150ml susu cair*
  • 1 sdk Ovellet

Cara buat Apam Mekar Tembikai

  1. Satukan semua bahan dan mix sampai kental dan putih.
  2. Bila dah kental boleh stop mix dan kaup balik pakai whisk supaya tiada ketulan tepung.
  3. Selepas itu boleh lah asingkn ke beberapa bahagian untuk tambah warna.
  4. Boleh lah kukus.
  5. Kukus dalam 15mnt kalau pakai cup.
  6. Jangan lupa balut tudung periuk dgn kain supaya air tak menitik pada apam.
  7. Kukus api kuat.

Sumber: Pn Habsah Ngah dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

2. Resepi Apam Mekar Gebu Gebas

Bahan-bahan

  • 450 g self raising fluor*
  • 2 sdk sebuk penaik baking powder * (*ayak)
  • 2 biji telur
  • 350 g gula kastor
  • 400 g air sejuk dari peti ais
  • 15 g sp atau ovalet
  • 1/2 sdk esen vanila
  • 2 sdk jus limau nipis
  • Pewarna ikut suka

Cara buat Apam Mekar Gebu Gebas

  1. Satukan semua bahan kecuali jus limau nipis.
  2. Pukul dengan menggunakan kelajuan rendah selama 1 minit.
  3. Kemudian menggunakan kelajuan tinggi selama 10 minit.
  4. Tukar kelajuan yang rendah masukkan jus limau pukul selama 3minit siap.
  5. Bahagi untuk letak pewarna (ikut suka, jangan letak banyak sangat ye).
  6. Masuk adunan dalam acuan hingga penuh.
  7. Kukus selama 10 minit dengan api kecil.
  8. Pastikan air betul mendidih sebelum dikukus.

Tips

  • Jangan letak rapat sangat acuan dalam pengukus
  • Balut penutup pengukus dengan kain supaya air tidak menitis atas apam
  • Sebelum letak lapisan pengukus, besarkan api air mesti mendidih
  • Apabila letak lapisan pengukus tutup dengan penutup baru kecil kan api kukus selama 10 minit

Sumber: Sofia Abraham dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

3. Resepi Apam Mekar Tanpa Soda

Bahan-bahan

  • 4biji telur gred A
  • 500gram tepung gandum
  • 400gram fresh milk sejuk
  • 360gram gula pasir
  • 1sudu besar ovalette
  • Sedikit esen vanilla

Cara buat Apam Mekar Tanpa Soda

  1. Campur semua bahan diatas dan pukul hingga betul kembang gebus, 5minit awal guna lower speed, selepas itu guna high speed sampai adunan betul kembang. Lebih kurang 15min.
  2. Bahagikan kepada beberapa bahagian & letak pewarna yang disukai. Letak sedikit sahaja pewarna.
  3. Isikan adunan sehingga penuh dalam cup untuk mendapatkan effect mekar yang cantik.
  4. Panaskan air kukusan dengan api yg besar. Biar smpi betul mendidih. Penutup dibalut dengan kain untuk mengelakkan air menitik ke atas adunan. Diingatkan guna api yang besar & kuat untuk dapatkan mekar yang sebegitu.
  5. Masa memasak kena set hanya kukus selama 4minit sahaja. Lebih dari itu memang terus kuncup.
  6. Susun acuan secara berjarak untuk effect mekar juga. Biar wap air naik molek ke atas.

Nota penting

  • Pukul adunan kena betul kembang
  • Timing mengukus kena jaga betul utk apam yang sentiasa mekar.

Sumber: Ain Kamis dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

4. Resepi Apam Mekar Mudah

Bahan-bahan

  • 500 grm tepung beras
  • 1 caw tapai nasi
  • 1 caw gula
  • 600 grm air
  • Eno biru 2 peket

Cara buat Apam Mekar Mudah

  1. Tapai, gula dan air blend sampai hancur.
  2. Kemudian tuang dalam bekas masukkan tepung beras kacau sebati dan peram selama 8jam.
  3. Bila nak kukus campurkan eno guna api besar kukus selama 10 minit dan siap.

Sumber: Rosnani Nani dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

Akhir kata

Apam mekar ini memang kena buat dengan teliti untuk dapatkan bentuk yang mekar. Tapi hasilnya cukup memuaskan hati.

Jom semak juga pelbagai resepi kuih yang ada.

Selamat mencuba!

Seorang penulis bebas yang suka berkongsi bercerita terutamanya resepi masakan serta berkongsi resepi, tips memasak, dan trend makanan terkini.

Leave A Reply