Apam kampung merupakan sejenis kuih tradisional Melayu yang menggunakan gula merah dan kaedah penapaian. Ia dibuat daripada tepung beras yang difermentasi dan mempunyai tekstur yang ringan serta gebu.
Bahan-bahan utama termasuk tepung beras, air, gula merah, ragi, dan sedikit garam. Proses penyediaan melibatkan pencampuran bahan-bahan, penggunaaan ragi untuk fermentasi, dan pengukusan sehingga apam menjadi gebu dan lembut.
1. Resepi Apam Kampung Gula Merah
Bahan-bahan
- 3 cawan tepung gandum
- 1/2 cawan gula merah / gula melaka
- 1/2 cawan gula pasir
- 1 1/2 cawan air (untuk buat air gula)
- 1/2 cawan air suam (untuk larutkan yis)
- 1/2 paket yis kering
- 1 sudu kecil gula (untuk yis)
- Beberapa helai daun pandan (disimpul)
- Kelapa parut + garam
Cara buat Apam Kampung Gula Merah
- Buat air gula (gula merah + gula pasir + air + daun pandan). Masak sampai kesemua gula larut. Tapis & sejukkan.
- Larutkan yis dalam 1/2 cawan air suam. Tambah 1camca kecil gula juga tutup & tunggu sampai yis berbuih (maksudnya yis dalam keadaan baik).
- Masukkan tepung gandum dalam 1 bekas besar. Campurkan air gula & yis tadi. Kacau menggunakan hand whisker supaya tepung tak berketul tak perlu blender.
- Perap 1- 3 jam.
- Panaskan kukusan. Tunggu air betul mendidih.
- Oles loyang dengan sedikit minyak. Tuang adunan dalam loyang, tunggu adunan naik balik & kemudian kukus 25-30minit dengan api besar.
- Kelapa parut dicampur dengan sedikit garam., kukuskan sekejap supaya kelapa tak cepat basi & garam boleh rata.
- Kuih dah masak boleh potong. Gaul dengan kelapa tadi.
NOTA TAMBAHAN
- Terlebih gula merah akan buatkan kuih jadi PAHIT
- Bergantung kepada jenis gula yang anda gunakan. Jika gula merah jenis timbang tu digunakan, dinasihatkan untuk kurangkan sedikit jumlah penggunaannya, & dilebihkan pula jumlah penggunaan gula pasir
- Contohnya, 1/4 cawan gula merah, dan 3/4 cawan lagi gula pasir (amaun akhir gula adalah 1 cawan)
Sumber: Marlia Lia dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
2. Resepi Apam Kampung
Bahan-bahan
- 3 cawan tepung gandum
- 2 cawan air suam
- 1 cawan gula
- 1 peket yis
- Secubit garam
Cara buat Apam Kampung
- Campurkan semua dalam satu bekas, kacau sebati.
- Perap adunan 1 jam dalam keadaan bertutup.
- Sapu acuan /loyang dengan minyak.
- Tuang adunan kedalam loyang. Tak perlu kacau.
- Didihkan air kukusan terlebih dahulu. Kukus 30 min atau sehingga adunan masak.
- Kelapa gaul dgn garam dan kukus sebentar elak basi.
Sumber: Habibah Husin dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
3. Resepi Apam Kampung Mudah
Bahan-bahan
- 1cup gula merah
- 2cup air panas
- 3cup tepung gandum
- 11 gram serbuk yis
Cara buat Apam Kampung Mudah
- Mix 2 bahan ni (bagi gula cair).
- Bila air gula tadi dah suam kuku masukkan 3cup tepung gandum (ayak kedalam air gula tadi).
- Bila adunan dah rata dan tiada berketul..masukkan 11gram serbuk yis.
- Mix semua sampai rata biarkan dalam 1jam.
- Loyang sapu minyak..kukus 30minit dan siap.
Sumber: Nona Sakura dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
4. Resepi Apam Kampung
Bahan-bahan
- 3 cwn tepung gndum
- 1 cwn gula merah
- 1/2 cwn gula pasir
- 1 paket mauripan
- 2 cwn air suam
Cara buat Apam Kampung
- Campur semua bahan dan gaul sebati.
- Kemudian perap selama 1 jam dan kukus 30 minit.
Apa Lagi Menu Kuih Kampung Yang Digemari Ramai?
Selain Apam Kampung, banyak lagi kuih yang menjadi pilihan dikala minum petang. Ini 5 jenis kuih kampung yang tidak asing di Malaysia.
1. Kuih Bakar
Kuih bakar adalah sejenis kuih tradisional yang dibuat daripada tepung, telur, dan santan. Ia biasanya dimasak dalam acuan khas berbentuk bunga dan mempunyai warna kekuningan yang menarik.
2. Putu Bambu
Putu bambu merupakan kuih yang diperbuat daripada tepung beras yang diukus dalam acuan buluh kecil. Ia biasa disediakan dengan gula merah dan kelapa parut sebagai bahan tambahan.
3. Kuih Cara
Kuih cara adalah kuih tradisional yang mempunyai bentuk bulat kecil dan dibuat daripada tepung beras dan santan. Ia dimasak dalam acuan khas dan biasanya dihidangkan dengan pelbagai perisa.
4. Kuih Kosui
Kuih kosui merupakan sejenis kuih tradisional yang diperbuat daripada tepung beras, gula, dan air. Ia mempunyai rasa manis dan kebiasaannya dihidang dengan kelapa parut.
5. Kuih Lompang
Kuih lompang adalah kuih tradisional yang diperbuat daripada tepung beras dan santan. Ia mempunyai bentuk seperti cawan kecil dan biasa dihidangkan dengan pelbagai perisa atau tambahan.