Apam coklat berbentuk bulat kecil, lembut dan sangat gebu. Biasanya apam coklat ini dibuat daripada tepung gandum, gula, susu pekat, serbuk koko dan telur. Apam coklat ini boleh dimasak dengan kaedah membakar atau mengukus. Jika ingin dapatkan tesktur lembut, kaedah kukus sangat disarankan.
Bahan coklat pula adalah daripada bahan yang diperoleh daripada serbuk koko atau coklat cair, memberikan rasa manis dan sedikit pahit. Dengan saiz yang kecil, apam coklat mudah dinikmati semasa majlis keraian. Jika ingin memberikan sedikit kelainan, anda boleh juga boleh menghias apam coklat dengan topping yang menarik antaranya parutan keju, coklat rice dan coklat ganache.
Resipi Apam Coklat
1. Resepi Apam Coklat
Bahan-bahan Apam Coklat
- 2biji telur
- 1cawan gula halus
- 1cawan susu pekat
- 1cawan air suam
- 1cawan minyak masak
- Esen vanila
Bahan ayak
- 3/4 cawan serbuk koko
- 2cawan tpg gandum
- 1 sdk Baking powder
- 1sdk bikarbonat
Cara nak buat Apam Coklat
- Mixerkan semua dalam 4-5 minit.
- Sapukan minyak pada bekas lompang dan letakkan adunan dalam bekas .
- Panaskan periuk kukus, kukus dalam 15 minit.
Sumber: Diana Aswad dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
2. Resepi Apam Coklat Tanpa Mixer
Bahan-bahan Apam Coklat Tanpa Mixer
- 1 cwn serbuk koko(setengah pn boleh)
- 1 cwn gula pasir
- 1 cwn minyak masak
- 1 sudu kecil garam(guna sudu kfc)
- 1 cwn ssu cair/ssu segar/ssu kotak
Bahan ayak
- 1 1/4 cwn tpg gandum
- 1 sudu kecil soda bikarbonat
- 1 sudu kecil baking powder
Cara nak buat Apam Coklat Tanpa Mixer
- Masak bahan di atas guna api kecil sampai sebati dah sebati tutup api.
- Setengah cawan susu pekat.
- Masukkan dalam adunan di atas dan kacau sebati.
- Telur dikacau di dalam bekas lain dan di masukkan dalam adunan diatas. Kacau sebati dan masukkan esen vanila.
- Masukkan bahan ayak ke dalam adunan tadi dan kacau sebati.
- Tapiskan adunan supaya adunan cantik dan tak berketul.
- Masukkan di dalam bekas lompang, kukus 12-14minit.
Sumber: Nur Shima dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
Selain Apam Coklat, Apa Lagi Resepi Apam yang Sedap dan Mudah
Selain apam coklat, ada pelbagai lagi jenis resepi apam yang menarik dan sedap anda boleh cuba. Sama juga dengan apam coklat, keadah membuat apam ini adalah dengan cara mengukus untuk mendapatkan tekstur gebu dan lembut. Berikut adalah beberapa resepi apam untuk anda.
1. Apam Nasi
Apam nasi mempunyai rasa lembut, manis, dan sedikit kenyal. Bahan asas untuk membuat apam nasi adalah tepung beras, gula, air, yis, dan pewarna (optional). Kukus hingga naik gebu. Biasanya dimakan bersama kelapa parut yang digaul bersama sedikit garam.
2. Apam Pisang
Mempunyai aroma pisang yang wangi, lembut, dan sangat manis. Pisang akan dilenyek, masukkan tepung gandum, gula, susu, dan telur. Kukus dalam loyang atau acuan kecil. Mudah disediakan dan sesuai untuk sarapan atau minum petang.
3. Apam Mekar
Berbentuk seperti bunga yang mekar dengan warna menarik, gebu, dan manis. Bahan yang diperlukan adalah tepung gandum, gula, telur, air soda, dan pewarna makanan. Kukus dalam acuan hingga kembang berbentuk mekar.
4. Apam Gula Hangus
Tekstur apam gula hangus ini berlubang seperti sarang lebah, manis dengan rasa karamel. Bahan pula adalah gula (untuk dijadikan karamel), tepung, telur, air panas, dan susu pekat. Kukus sehingga masak