Aiskrim Malaysia merupakan hidangan pencuci mulut sejuk yang lazat dan popular dalam kalangan masyarakat tempatan. Ia mempunyai ciri-ciri tersendiri yang membezakannya daripada aiskrim biasa, dengan menggunakan campuran perisa tempatan seperti durian, pandan, dan kelapa.

Untuk membuat aiskrim Malaysia, bahan utama termasuk susu pekat, santan, gula, dan perisa tempatan. Proses penyediaannya melibatkan pencampuran bahan-bahan ke dalam jug dan kemudiannya dituang ke dalam plastik khas berbentuk silinder sebelum disejuk bekukan.

1. Resepi Aiskrim Malaysia Jagung

Bahan-bahan

  • Kordial jagung 1 botol
  • Jagung tin 1
  • Susu pekat 1
  • Gula
  • Sirap 2-3 titik
  • Tepung jagung stgh sudu.
  • Air

Cara buat Aiskrim Malaysia Jagung

  1. Didihkan air dan  masuk semua bahan.
  2. Kacau bila dah suam ikat simpan sejuk beku dan boleh dimakan.

Sumber: Fdlh Ila dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2. Resepi Aiskrim Malaysia Base Susu

Bahan-bahan

  • 1 tin Susu cair
  • 1tin Susu pekat
  • 4 tin air kosong (sukat guna tin susu)
  • 1 sk garam
  • 2 Sudu membukit tpg jagung@ tpg ubi (bancuh larut)
  • 1 Sudu vanilla
  •  Berly’s coins (salutan pada base aiskrim)

Cara buat Aiskrim Malaysia Base Susu

  1. Campurkan semua bahan kecuali tepung jagung.
  2. Masak hingga mengelegak, pastikan sentiasa kacau.
  3. Masukkan bancuhan tepungg jagung dan sentiasa kacau lagi supaya tidak hanggit di bawah.
  4. Sudah mengelegak tutup api dan pastikan betul sejuk baru masuk dalam plastik aiskrim.
  5. Tutup api baru masukkan esen vanilla.
  6. Setelah sejuk mixer kan supaya adunan lebih halus.
  7. Resepi 1 adunan ini dapat dalam 21-25pcs.
  8. Sukatan air jangan terlebih sebab itu boleh jadi punca aiskrim berkaca dan kurang gebu.
  9. Base susu boleh jugak letak perisa lain seperti Milo, capucino, teh, solero, strawberry dan pelbagai lagi.

Sumber: Ainaa Hafizah dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Aiskrim Bluemint Dynamite

Bahan-bahan

Resepi susu

  • 1tin susu cair*
  • 1tin susu pekat manis*
  • 4tin air*
  • 1/2sd kecil garam*
  • 5sd bsr tepung ubi rata

    (Di bancuh dengan air dahulu)
  • Pewarna makanan (biru)
  • Gula dynamite secukupnya

Cara buat Aiskrim Bluemint Dynamite

  1. Masukkan bahan yang bertanda * ke dalam periuk kacau bagi sebati.
  2. Kemudian didihkan atas api sederhana hingga mendidih.
  3. Sentiasa kacau supaya tidak berkerak.
  4. Dah mendidih, masukkan air tepung ubi dan pewarna biru ke dalam susu tadi.
  5. Kacau bagi sebati dan mendidih.
  6. Tutup api sejukkan dan tapis ke dalam jug.
  7. Masukkan 2biji gula dynamite yang telah di ketuk hancur, ke dalam plastik aiskrim.
  8. Tuang susu biru ke dalam plastik, simpul bagi kemas siap.

Sumber: Che Marlyah Ina Saad dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

4. Resepi Aiskrim Malaysia Mint

Bahan-bahan

  • 3 tin susu cair
  • 2 tin susu pekat
  • 12 tin air masak
  • 3 sudu bsr tepung jagung (bancuh dgn sedikit air)
  • 5,6 sudu gula
  • Secubit garam

Cara buat Aiskrim Bluemint Dynamite

  • Untuk mint guna emulco beli di kedai bakery. Letak choc rice dulu dalam plastik aiskrim dan  masukkan bancuhan aiskrim tadi.
  • Untuk cheese, ikut resepi atas guna 500 g cheese. Masukkan cheese masa tengah masak aiskrim.
  • Cheese memang tak larut sangat, lepas masak aiskrim dah sejuk blend.
  • Masukkan blueberry yang beli di kedai bakery and ratakan, dan masukkan aiskrim cheese tadi.

Sumber: Norhidayu Abdul Majid dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Apa Lagi Pencuci Mulut Sejuk Yang Popular?

Atas sebab cuaca Malaysia yang agak panas hingga terasa ke tekak, pencuci mulut yang dingin dan nyaman sering menjadi pilihan ramai. Ini 5 diantara pencuci mulutyang dapat menyejukkan tekak dikala panas terik.

1. Ais Kacang

Hidangan ais kacang merupakan pencuci mulut sejuk yang mengandungi pelbagai bahan seperti kacang merah, jagung, agar-agar, dan sirap. Ia dihidangkan dengan taburan kacang tanah dan dicairkan dengan susu sejat atau air sirap.

2. Cendol

Cendol adalah sejenis minuman pencuci mulut sejuk yang diperbuat daripada tepung beras hijau yang dibentuk seperti cendawan kecil. Ia disajikan bersama air gula merah, santan, dan dibantungi dengan kacang merah.

3. ABC Special

ABC Special merupakan variasi lanjutan daripada ais kacang yang mengandungi lebih banyak bahan tambahan. Ia mengandungi cam campuran buah-buahan, agar-agar, dan tambahan seperti jagung dan kacang.

4. ABC Jelly

Hidangan ABC Jelly mempunyai rupa yang serupa dengan ABC Special, tetapi mempunyai lebih banyak unsur agar-agar dan jeli dalam campurannya. Ia menawarkan tekstur yang lebih lembut dan sejuk.

5. Ais Krim Potong

Ais krim potong merupakan ais krim tradisional yang dibuat dalam acuan segi empat dan dipotong mengikut saiz tertentu. Ia biasanya menggunakan perisa tempatan seperti pandan, durian, atau coklat.

Seorang penulis bebas yang suka berkongsi bercerita terutamanya resepi masakan serta berkongsi resepi, tips memasak, dan trend makanan terkini.

1 Comment

Leave A Reply