Air Asam Boi adalah minuman tradisional yang popular di Malaysia, dibuat daripada buah asam boi yang direndam. Minuman ini mempunyai rasa masam-masam manis yang menyegarkan dan sering dihidangkan sejuk.
Bahan-bahan yang diperlukan ialah buah asam boi, gula, air dan ais. Cara membuatnya mudah – rendam buah asam boi dalam air panas selama 15-20 minit, tapis airnya, tambah gula mengikut citarasa, kacau sehingga gula cair, sejukkan dan hidang dengan ais.
1. Resepi Air Asam Boi
Bahan-bahan
- 5 biji limau kasturi
- 5 biji asam boi
- 3 sudu gula (kalau nak manis lebih tambahkan gula)
- 1 1/2 cawan air
- Ais
Cara buat Air Asam Boi
- Potong 2 setiap limau kasturi (buang biji).
- Kemudian blend limau kasturi bersama gula.
- Jangan lama sangat takut kulit limau hancur nanti air jadi pahit.
- Tuang air ke dalam gelas dengan penapis.
- Kemudian letakan ais.
- Masukan 5 biji asam boi.
- Ambil sebiji limau potong 2 dan letak ke dalam gelas.
Sumber: Nazri Harun dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
2. Resepi Air Limau Kasturi Asam Boi
Bahan-bahan
- 10 biji limau kasturi
- 2 sudu gula
- 4 biji asam boi putih
- 1 1/2 cawan air
- Ais secukupnya
Cara buat Air Limau Kasturi Asam Boi
- Blend 6 biji limau kasturi yang siap dibuang biji bersama gula dan air. Blend sekejap sahaja untuk elakkan rasa pahit.
- Tapis hampas, masukkan air yang siap blend ke dalam jug berisi ais.
- Masukkan asam boi putih dan limau kasturi dibelah 2 sebagai hiasan.
- Siap dan sedia diminum.
Sumber: Nadia Ismail dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
3. Resepi Air Balang Lemon Pudina Laici Asam Boi
Bahan-bahan
- Daun pudina
- Lemon 4biji
- Sunquick 100g
- Serbuk Asam Knor 100g
- Air Gula 1liter
Cara buat Air Balang Lemon Pudina Laici Asam Boi
- Kisar 3Biji lemon dengan 2liter air, ambil air sahaja hampas buang masuk dalm bekas air.
- Masukkan 1liter air gula.
- Sunquick dan serbuk asam knor masukkan sekali 1liter air panas.
- Kacau dan masmukan dalam bekas air lemon tadi.
- Masukkan air batu ,pati air lemon, masuk air masak agak-agak, 1biji hiris lemon, daun pudina. Kacau dan siap untuk minum.
Nota
- Kalau nak buat banyak gandakan sahaja
- Kalau nak buat banyak pastikan perlu tapis banyak 2@3 kali
- Boleh simpan dalam freezer pati air lemon ni.
- Boleh pelbagai kan jenis buahan tin @ fresh ikut citarasa sendiri.
Sumber: Nur Hanisah Kamaluddin dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
4. Resepi Aiskrim Soda Lemon Asam Boi
Bahan-bahan
- Air Soda F&N
- Lemon
- Asam boi putih
- Serai
- Daun pudina
Cara buat Air Aiskrim Soda Lemon Asam Boi
- Campurkan semua letak ais batu.
- Siap. Sedap dan menyegarkan.
Sumber: Hazirah Ayub dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
Apa Lagi Minuman Yang Popular?
Jika anda kurang gemar air yang masam-masam manis seperti Air Asam Boi, anda boleh cuba 5 lagi cadangan air yang diberikan ini.
1. Air Longan
Air Longan adalah minuman yang dibuat daripada buah longan segar atau longan dalam tin. Minuman ini mempunyai rasa manis semulajadi dan aroma yang harum, sering ditambah dengan sedikit gula untuk menambah kemanisan.
2. Air Jagung
Air Jagung adalah minuman berkrim yang diperbuat daripada jagung manis yang diproses bersama susu dan gula. Minuman ini popular di gerai-gerai minuman dan kedai mamak di seluruh Malaysia.
3. Air Soya
Air Soya adalah minuman yang diperbuat daripada kacang soya yang telah diproses. Minuman ini boleh dihidangkan panas atau sejuk, dan sering ditambah dengan gula untuk memberi rasa manis.
4. Air Sirap Bandung
Air Sirap Bandung adalah minuman yang menggabungkan sirap ros dengan susu cair. Minuman ini terkenal dengan warna merah jambu yang menarik dan rasanya yang manis.
5. Air Mata Kucing
Air Mata Kucing adalah minuman yang diperbuat daripada buah mata kucing yang direndam bersama gula batu. Minuman ini terkenal dengan rasa manisnya yang unik dan dipercayai mempunyai khasiat untuk kesihatan.