Air asam adalah sejenis sos cair yang lazimnya digunakan sebagai pencicah untuk makanan seperti ikan bakar dan pelbagai makanan yang digoreng. Ia merupakan campuran asam jawa yang dilarutkan dengan air panas, kemudian ditambah dengan gula melaka, garam, dan cili api mengikut citarasa.

Bahan-bahan yang diperlukan ialah asam jawa, air panas, gula melaka, garam, dan cili kisar. Cara membuatnya adalah dengan melarutkan asam jawa dalam air panas, tapis untuk membuang biji dan serabut, kemudian masukkan gula melaka dan garam. Akhir sekali, tambah cili kisar mengikut kepedasan yang diingini dan kacau sehingga sebati.

1. Resepi Air Asam Ikan Rebus @ Kukus

Bahan-bahan

  • Ikan kukus
  • Bawang holland
  • Tomato
  • Cili api
  • Air limau nipis
  • Asam jawa
  • Gula
  • Garam
  • Belacan (optional)

Cara buat air asam ikan rebus

  1. Ikan kukus dalam 10 minit.
  2. Bawang holland separuh di ptong dadu, tomato sebiji di potong dadu ,cili api setakat mana mahu, dan air limau nipis.
  3. Asam jawa + air suam + gula 1 sudu setengah + garam 1 sudu kecil + belacan(optional) + secukup rasa 1 sudu kecil, kacau agak-agak tidak cair dan tidak terlalu pekat.
  4. Kemudian msukkan bahan hiris dan tuang air asam, penyek-penyekkan.
  5. Biarkan selama 10-20minit baru sedap untuk di makan bila rasanya dah sebati.

Sumber: Yatie Yuyue dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2. Resepi Air Asam Sedap

Bahan-bahan

Bahan A : dihiris/dipotong

  • 1/2 biji bawang besar
  • 1 biji tomato
  • 10 biji cili api
  • 1 biji cabai besar merah
  • 1 biji cabai besar merah

Bahan B : dikisar

  • 1/2 biji bawang besar
  • 1 biji tomato
  • 7 biji cili api
  • 1 1/2 inci belacan
  • 3 sudu makan gula
  • 1 sudu kecil garam halus
  • 3 sudu besar -perahan limau kasturi
  • 1/2 cawan air
  • Sedikit perasa ajinomoto

Bahan lain

  • 2 sudu besar kerisik

Cara buat air asam sedap

  1. Bahan yang dihiris letak di dalam bekas atau mangkuk yang sesuai.
  2. Kisar hancur bahan B, terus tuang ke dalam bahan A yang dihiris tadi.
  3. Tambah kerisik gaul hingga sekata, rasa dahulu jika ada yang kurang tambah sesedap dan secukup rasa ikut selera anda.
  4. Dihidang bersama dengan ikan bakar.

 

Sumber: Julia ALeen Aireish dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)

 

3. Resepi Air Asam Kerisik

Bahan-bahan

  • Bawang besar
  • Tomato
  • Cili padi
  • Limau kasturi

Bahan lain

  • Kerisik
  • Belacan bakar secubit
  • Garam sikit
  • Gula sikit
  • Asam jawa segenggam + air masak

Cara buat air asam sedap

  1.  Masukkan air asam jawa, kerisik, garam, gula dan gaul sebati.
  2.  Masukkan bahan hiris dan siap.

Sumber: Burger Meleleh BP dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)

 

Apa Lagi Pencicah Yang Popular Dan Digemari Ramai?

Air asam selalunya banyak dihidang di negeri-negeri bahagian utara. Namun begitu, ia dikenali ramai di seluruh Malaysia. Selain air asam, ada 5 lagi sos pencicah yang tidak kurang popular di Malaysia:

1. Kuah Kacang

Sos kacang merupakan pencicap yang diperbuat daripada kacang tanah yang dikisar halus dan dimasak dengan rempah ratus. Bahan utamanya termasuk kacang tanah panggang yang dikisar, bawang merah, bawang putih, halia, gula melaka, dan garam.

2. Sambal Kicap

Sambal kicap adalah campuran kicap manis dengan cili potong halus, bawang merah cincang dan perahan limau kasturi. Ia sangat mudah disediakan dan memberikan rasa pedas manis yang sedap.

3. Sambal Belacan

Sambal belacan adalah pencicap yang diperbuat daripada cili merah, belacan bakar, bawang merah, dan perahan limau nipis. Ia merupakan pencicap tradisional yang popular di seluruh Malaysia.

4. Kuah Rojak

Kuah rojak adalah sos yang diperbuat daripada belacan bakar, gula melaka, cili, dan kacang tanah panggang yang dikisar. Ia biasanya dijadikan pencicap untuk rojak buah atau rojak sayur.

5. Sos Cili

Sos cili adalah pencicap yang diperbuat daripada cili merah yang dikisar dengan bawang putih, cuka, gula, dan garam. Ia merupakan pencicap yang sangat versatil dan sesuai dengan pelbagai jenis makanan.

Seorang penulis bebas yang suka berkongsi bercerita terutamanya resepi masakan serta berkongsi resepi, tips memasak, dan trend makanan terkini.

Leave A Reply