Agar-agar sirap memang legend, selalunya kalau ada keraian atau perayaan, agar-agar sirap merupakan pencuci mulut yang wajib ada. Bahan yang mudah nak dapat membuatkann ramai yang gemar nak buat. Jom kami nak kongsikan resepi agar-agar sirap yang legend ini dengan anda.

Jom kita try!

1. Resepi Agar-Agar Sirap Laici

Bahan-bahan

  • 1 paket serbuk agar-agar
  • 4 cawan air
  • 1 cawan gula
  • 1 tin laici
  • 1 cawan air tin laici – jika tak cukup tambahkan air
  • 1 sb biji selasih – rendam air panas
  • Secubit garam
  • Sedikit sirap ros

Cara buat Agar-Agar Sirap Laici

  1. Masak agar-agar dengan air hingga larut.
  2. Masukkan gula dan kacau hingga ia larut.
  3. Tambahkan air laici dan sedikit garam. Kacau dan masak hingga mendidih. Tutup api.
  4.  Basahkan acuan, susun laici pada setiap lekuk acuan dan tuang agar-agar hingga paras laici.
  5. Tabur biji selasih yang telah direndam tadi pada ruang bahagian laici yang kosong. Masukkan ke dalam peti ais, biarkan ia sederhana beku.
  6. Lebihan agar-agar diwarnakan dengan sedikit sirap ros. Masukkan lebihan biji selasih dan kacau rata.
  7. Setelah agar-agar sederhana beku, cucuk dengan sedikit garfu (untuk bagi ia melekat antara satu sama lain) dan tuang perlahan-lahan agar-agar sirap ros kesemuanya.
    Biarkan ia beku sepenuhnya di dalam peti ais
  8. Setelah beku, bolehlah keluarkan ia dari acuan dan dihidangkan. Siap!

Sumber:Tiesha Abd Rahman dari Berkongsi Ilmu Kuih & Masakan (BIKMM)

 

2. Resepi Agar-Agar Sirap Rose

Bahan-bahan

  • 20g agar-agar tali
  • 6 cawan air
  • 1/2 cawan gula
  • Sedikit gula batu
  • 3/4 cawan sirap berperisa ros (dah sedia manis)
  • 3 – 4 helai daun pandan
  • Secubit garam

Cara buat Agar-Agar Sirap Rose

  1. Masak agar-agar dengan air hingga larut dan kacau.
  2. Masuk gula & gula batu kacau lagi.
  3. Masuk sirap berperisa ros, daun pandan serta secubit garam.
  4. Kacau biar ia masak hingga mendidih.
  5. Tapiskan dalam loyang 8/9 biarkan beku dan sejukkan dalam peti sejuk.
  6. Potong ikut suka dan sedia dihidang.

Sumber: Zura Zul dari Berkongsi Ilmu Kuih & Masakan (BIKMM)

 

3. Resepi Agar-Agar Sirap Rose Lapis Bandung

Bahan-bahan

  • Sebungkus Agar-Agar Tali ( 20g )
  • Pewarna Sirap Rose Secukupnya
  • Air 1200ml
  • Gula 10 Sudu Makan
  • Satu Tin Susu Cair

Cara buat Agar-Agar Sirap Rose Lapis Bandung

  1. Panaskan air sampai menggelegak.
  2. Masukkan gula dan kacau sampai sebati.
  3. Masukkan agar-agar kacau lagi sehingga hancur.
  4. Masukkan pula pewarna sirap rose secukupnya.
  5. Biarkan mendidih sampai sebati.
  6. Dah confirm agar-agar hancur sepenuhnya tutup api.
  7. Tuang setengah agar-agar ke dalam bekas.
  8. Tunggu sehingga agar-agae sejuk dan keras membeku.
  9. Baki agar-agar tadi panaskan balik supaya kembali cair.
  10. Masukkan susu cair dan kacau serata.
  11. Tutup api dan biar untuk seketika.
  12. Dah agak agar-agar suam tuangkan ke atas agar-agar yang dah beku tadi.
  13. Biarkan suam baru masuk peti sis
  14. *Makan sejuk baru sedap.P/S :- kalau guna susu pekat air 1500ml, kalau guna susu cair 1200ml air.

Sumber: Riesya Aliesya dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

4. Resepi Agar-Agar Santan Sirap Rose

Bahan-bahan

  • Agar agar 15gram
  • Gula 1 cawan sederhana
  • Santan Kara
  • Telur 1 biji
  • Sirap rose
  • Secubit garam

Cara buat Agar-Agar Santan Sirap Rose

  1. Dalam periuk sederhana tuang air setengah dalam periuk bersama agar agar bertali dan gula. Didihkan sampai larut.
  2. Masukkan santan, telur, pewarna Rose sirap, garam secubit blenderkan.
  3. Lepas Bahan A tadi dah larut boleh lah satu kan Bahan b tadi bersamanya. Jangan kacau biar je dah mendidih tutup api. Sejukkan kat luar baru masuk dalam peti ais

Sumber: Nana Mfy dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Akhir kata

Agar-agar legend ini memang tak lapuk dek zaman, malah ramai yang mengolahkan lagi resepi ini mengikut kesesuaian pada hari ini.

Jom semak pula resepi agar-agar santan yang enak ini.

Seorang penulis bebas yang suka berkongsi bercerita terutamanya resepi masakan serta berkongsi resepi, tips memasak, dan trend makanan terkini.

Leave A Reply