Agar-agar Milo ialah pencuci mulut yang dibuat daripada campuran serbuk Milo dan agar-agar. Bahan-bahan yang diperlukan ialah serbuk agar-agar, serbuk Milo, gula, air dan susu pekat manis.
Cara penyediaan: Didihkan air, masukkan serbuk agar-agar dan kacau sehingga larut. Tambah gula, serbuk Milo dan susu pekat manis, kacau rata. Tuang ke dalam acuan dan biarkan sejuk pada suhu bilik sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk.
1. Resepi Agar Agar Milo
Bahan-bahan
- 1 paket serbuk agar-agar (10gm)
- 1 liter air
- 3 sudu besar susu pekat manis
- 1 senduk gula pasir (senduk sederhana)
- 10 sudu besar milo
- 1/2 sudu teh garam
Cara buat Agar Agar Milo
- Panaskan air. Masukkan serbuk agar agar dan kacau rata hingga larut.
- Masukkan pula gula dan garam. Kacau hingga larut.
- Kemudian masukkan pula milo, susu sambil kacau rata hingga mendidih.
- Masuk adunan ke dalam acuan/loyang/bekas. Biarkan suam kuku dulu baru masukkan dalam peti ais.
- Sedap dimakan sejuk waktu berbuka.
Sumber: Nurul Nadhirah Othman dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
2. Resepi Agar Agar Milo Oreo
Bahan – bahan
- 1 pek 10gram agar agar clear.
- 4 cawan air.
- 1/2 cawan gula pasir
- 1 tin susu cair
- 1 pek oreo tak perlu buang cream tengah
- 1 cawan milo
Cara buat Agar Agar Milo Oreo
- Larutkan agar agar dengan air di atas api perlahan. Setelah larut masukkan gula dan kacau sehingga larut.
- Kemudian masukkan susu cair. Kacau sehingga mendidih.
- Asingkan dua cawan ke periuk lain (untuk lapisan putih).
- Manakala baki di dalam periuk tadi masukkan milo dan kacau lagi.
- Tuang separuh adunan milo ke dalam acuan puding.
- Tunggu sehingga layer atas keras kemudian buat cakaran nipis di atas layer milo pertama sebab nak bagi letak layer kedua dan tuang semua adunan putih tadi.
- Kemudian patahkan biskut oreo kepada dua dan susun di atas layer putih.
- Lepas layer putih dah keras, masukkan baki layer milo atas sekali.
- Ada tiga lapisan semuanya . Agak-agak dah suam, masukkan dalam peti ais dan ready untuk makan bila dah keras.
Sumber: Museyenah Jatim dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
3. Resepi Agar Agar Milo Simple
Bahan-bahan
- 1 paket agar-agar serbuk
- 1 tin Susu cair
Cara buat Agar Agar Milo Simple
- Masak agar-agar dengan 300 ml air. Dah mendidih masukkan anggaran 200-250 gm gula.
- Kemudian masukkan susu cair masak hingga mendidih.
- Masukkan separuh agar yang putih dalam loyang dan masukkan dalam peti biar sedikit beku.
- Bila dah beku bancuh 3camca Milo dengan sedikit air panas.
- Panaskan semula lebih agar-agar tadi dan masukkan bancuhan Milo kacau hingga sebati.
- Agar-agar putih yang dah beku lorekkan dengan garfu untuk jadikan lubang supaya mudah untuk agar ini bercantum.
- Sejukkan dalam peti. Selamat mencuba.
Sumber: Mdm Kelly dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
4. Resepi Agar Agar Milo Mix Coco
Bahan-bahan
Bahan milo
- 10 gm agar-agar
- 400 ml susu sejat
- 800 ml air
- 3/4 cawan gula
- 2 cawan milo
- 1 cawan coco
- 3 sudu susu pekat
Bahan susu
- 10 gm agar-agar
- 400 ml susu sejat
- 1/4 cawan gula ikut manis
- 800 ml air
- Garam secukut rasa
Cara buat Agar Agar Milo Mix Coco
- Kuantiti 300 ml milo biar mengeras dalam 7 minit.
- Kemudian carikkan dengan garpu dipermukaannya.
- Baru lapis yang susu pula buat sampai habis biarkan sejuk diluar baru masuk dalam peti ais.
Sumber: Red Kemboja dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)..
Senarai Menu Agar Agar Yang Menarik.
Tahukah anda bahawa agar-agar boleh jadi menarik hanya dengan menukar perisa dan tekstur? Ya, boleh! ini 5 lagi menu agar-agar yang berbeza perisa dan tekstur dengan agar-agar milo diatas.
1. Agar-agar Sirap Bandung
Pencuci mulut tradisional yang menggabungkan rasa manis sirap ros dan susu, menjadikannya pilihan popular di Malaysia. Ia menggunakan bahan asas seperti serbuk agar-agar, sirap ros, susu pekat manis dan air.
2. Agar-agar Kelapa
Hidangan yang menyegarkan ini menggunakan santan kelapa segar sebagai bahan utama. Ia biasanya disediakan dengan serbuk agar-agar, santan kelapa, gula dan air.
3. Agar-agar Jagung
Pencuci mulut yang lazat ini menggabungkan kemanisan jagung dengan tekstur agar-agar yang unik. Bahan-bahan utama termasuk serbuk agar-agar, jagung manis, susu pekat manis dan air.
4. Agar-agar Teh Hijau
Pencuci mulut moden yang menggabungkan rasa teh hijau Jepun. Ia disediakan menggunakan serbuk agar-agar, serbuk teh hijau, gula dan air.
5. Agar-agar Coklat Lapis
Hidangan yang menarik ini terdiri daripada lapisan coklat gelap dan putih. Bahan-bahan yang diperlukan ialah serbuk agar-agar, serbuk koko, susu pekat manis, gula dan air.Copy