Agar-agar laici ialah pencuci mulut yang diperbuat daripada buah laici yang diproses bersama agar-agar. Hidangan ini popular di Malaysia dan negara-negara Asia Tenggara yang lain kerana rasanya yang manis dan menyegarkan.

Bahan-bahan yang diperlukan ialah serbuk agar-agar, air, gula, buah laici dalam tin dan susu pekat manis. Cara membuatnya: Didihkan air bersama serbuk agar-agar dan gula. Masukkan buah laici yang telah dipotong halus dan susu pekat manis. Kacau sehingga sebati, tuang ke dalam acuan dan sejukkan sehingga keras.

1. Resepi Agar-Agar Sirap Laici

Bahan-bahan

  • 20g serbuk agar-agar
  • 1 tin Lychee Bersirap
  • *asingkan buah laici & sirap laici
  • 220g Csr gula kasar
  • 1000ml air
  • sedikit perisa sirap rose
  • 1-2 sudu makan biji selasih (guna jika perlu sahaja/ optional)

Cara buat Resepi Agar-Agar Sirap Laici

  1. Asingkan air laici dan buah.
  2. Air laici (air dari tin laici) + air putih sehingga 1500ml, panaskan.
  3. Agak-agak nak mendidih, masukkan serbuk agar-agar sedikit demi sedikit supaya tak berketul dan gula. Kacau sehingga larut.
  4. Biar hingga mendidih, titikkan sedikit demi sedikit perisa sirap rose dan biar mendidih semula.
  5. Tutup api.
  6. Rendam seketika biji selasih sehingga kembang, tapis dan bilas.
  7. Letakkan laici ke dalam bekas.
  8. Tuang adunan jelly yang siap dimasak.
  9. Letak selasih.
  10. Sejukkan.

Sumber: Hazila Baharudin dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

2. Resepi Agar-Agar Laici Selasih

Bahan-bahan

  • 1 peket agar agar
  • 1 plastics air /sukat guna plastik agar agar
  • 1 1/2 senduk gula pasir
  • 1 sudu selasih direndam dengan air dulu
  • 1/2 cwn buah laici tin yang dibelah 4
  • 3 sudu perisa laici.

Cara buat Agar-Agar Laici Selasih

  1. Masak agar-agar dengan air sampai larut. Masukkan gula.
  2. Kemudian tuang air agar-agar ke dalam dulang.
  3. Tuang biji selasih yang telah direndam tadi.
  4. Tunggu agak agar-agar separuh keras susun buah laici diatas agar-agar tadi.

Sumber: Siti Aminah Yousoff dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

3. Resepi Ocean Blue Crystal Jelly

Bahan-bahan

  • 1peket serbuk agar agar (clear)
  • 2 cwn gula
  • Air 1liter
  • 1cwn air laici (1tin laici amik air nya)

Cara buat Ocean Blue Crystal Jelly

  1. Masak semua bahan di atas hingga gula hancur, kemudian ke tepi kan bahagikan pada dua bahagian 1 kaler clear,1 lagi biru.
  2. Ambil acuan.
  3. Susun laici yang dah di carik-carik, kemudian tuang agar-agar yang berwarna biru hingga buah laici tenggelam, taburkan biji selasih yang telah di rendam terlebih dahulu, sejukkan agar-agar keras.
  4. Masak atas api agar-agar yang warna clear yang dah di bahagi dua tadi tuang susu cair satu cawan setengah, kacau hingga sebati dan tutup api.
  5. Tuang atas jely yang dah keras sebelum itu lorekkan dahulu agar lapisan atas melekat bila dipotong sejukkan 1 jam dan sedia untuk di makan.

Sumber: Izza Wmc dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

4. Resepi Agar-Agar Laici Sempoi

Bahan-bahan

  • 1 pek agar-agar tali cap burung layang-layang 25gm
  • 1 cawan gula
  • 1 tin laici
  • 8 gelas air
  • Daun pandan (optional)

Cara buat Agar-Agar Laici Sempoi

  1. Masakkan agar-agar, air dan daun pandan di dalam periuk sehingga agar-agar hancur dan sebati.
  2. Kemudian masukkan gula, kacau sebati dan larut.
  3. Masukkan air laici (air laici sahaja, buah ketepikan). Masak untuk 5 minit atau mendidih.
  4. Tutup api, tapis dan masukkan adunan agar-agar ke dalam loyang dan tabur buah laici di atasnya.
  5. Sejukkan kejap di luar sebelum disejukkan 2-3 jam ke dalam peti sejuk.
  6. Siap untuk dimakan.

Sumber: Faridah Ramly dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

Menu Lain Bagi Agar-agar.

Selain Laici, agar-agar juga boleh dipelbagai dengan menggunakan bahan lain. Buah, perasa dan bijian antara bahan yang boleh diguna pakai. 5 menu lain bagi agar-agar adalah:

1. Agar-agar Bandung

Pencuci mulut yang diperbuat daripada campuran agar-agar dengan perisa ros dan susu, memberikan warna merah jambu yang menarik. Bahan utama termasuk serbuk agar-agar, air ros, susu pekat manis dan pewarna merah.

2. Agar-agar Mango Pudding

Hidangan pencuci mulut yang menggabungkan kesegaran mangga dengan kelembutan agar-agar. Menggunakan mangga segar atau puri mangga yang dicampur dengan agar-agar untuk menghasilkan tekstur yang sempurna.

3. Agar-agar Jagung

Pencuci mulut tradisional yang menggabungkan kemanisan jagung dengan agar-agar. Dibuat menggunakan jagung manis segar atau jagung tin yang dikisar halus dan dicampur dengan campuran agar-agar.

4. Agar-agar Kelapa

Hidangan yang menggunakan santan kelapa segar bersama agar-agar untuk menghasilkan rasa yang creamy. Biasanya ditambah dengan jagung manis untuk memberikan tekstur yang berbeza.

5. Agar-agar Sirap Selasih

Pencuci mulut yang menyegarkan menggunakan campuran sirap ros dan biji selasih. Bahan utamanya termasuk serbuk agar-agar, sirap ros, dan biji selasih yang telah direndam.

Seorang penulis bebas yang suka berkongsi bercerita terutamanya resepi masakan serta berkongsi resepi, tips memasak, dan trend makanan terkini.

Leave A Reply