Agar agar kering merupakan sejenis makanan ringan yang diperbuat daripada agar-agar, iaitu sejenis bahan penstabil semula jadi yang diperolehi daripada alga laut. Ia mempunyai tekstur yang kenyal dan berbentuk kiub atau keping nipis yang biasanya dijual dalam kemasan kering.

Bahan-bahan utama untuk membuat agar agar kering termasuk serbuk agar-agar, air, gula, dan perisa seperti esen vanilla atau air buah. Cara penyediaannya adalah dengan mencampurkan serbuk agar-agar dengan air dan gula, dipanaskan sehingga larut, kemudian dituang ke dalam loyang dan dibiarkan ia mengenap serta mengeras. Apabila sudah keras, agar-agar akan dipotong dan dijemur selama 3 hingga 5 hari sehingga terbit gula.

1. Resepi Agar- Agar Kering Muda

Bahan-bahan

  • 2 paket agar-agar tali (24g)
  • 1/2 kilo gula
  • 1 peket gula batu
  • Air sukat guna plastik agar agar
  • Pewarna

Cara buat agar agar kering mudah

  1. Rebus agar-agar hingga hancur, masukkan gula dan gula batu.
  2. Apabila dah larut masukkan dalam loyang dan letakkan pewarna kegemaran.
  3. Bila dah sejuk dan keras boleh potong kecil-kecil dan jemur.
  4. Jemur 5-7 hari baru jadi bergula.

Sumber: Cikgu Yang Khalida Khalid dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)

 

2. Resepi Agar-agar Kering Berperisa

Bahan-bahan

  • 60 gm agar-agar bertali
  • 1300 ml air
  • 150 gm gula batu – diketuk halus
  • 1200 gm gula pasir
  • Pewarna makanan dan perisa yang disukai

 

Cara buat agar-agar kering berperisa

  1. Basuh dahulu agar-agar dan rendam sebentar sehingga lembut. Tapis dan buang airnya.
  2. Masukkan air dalam periuk dan masukkan agar-agar. Masak sehingga agar-agar hancur dan sebati. Pastikan agar-agar benar-benar hancur.
  3. Masukkan gula batu dan gula. Kacau rata. masak sehingga gula batu hancur. Angkat dan bahagikan kepada beberapa bahagian mengikut warna dan perisa pilihan.
  4. Sejuk dan dan biarkan ia keras baru potong ikut bentuk pilihan anda. Anda boleh guna acuan untuk mendapatkan bentuk bentuk yang menarik.
  5. Jemur ditempat yang panas sehingga ia benar-benar kering dan bergula. Balik-balik sentiasa supaya ia kering sekata.

Nota:
ketuk dahulu gula batu bagi ia menjadi ketulan kecil supaya ia cepat hancur baru masukkan dalam periuk.

Sumber: Pae AF dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)

 

3. Resepi Agar-Agar Kering

Guna sukatan botol mineral

Bahan-bahan

  • 60gm agar agar tali
  • 1500ml air (nak senang sukat guna botol air mineral besar)
  • 1500gm gula pasir/sekilo setengah
  • 250gm gula batu (sepaket)
  • Pewarna

 

Cara buat agar-agar kering

  1. Basuh agar agar, masukkan dalam periuk dan masak bersama air hingga agar agar cair.
  2. Masukkan gula batu dan gula pasir, tunggu hingga mendidih dan gula cair.

    **gula batu  kalau besar, tumbuk guna lesung batu dulu supaya senang nak cair masa masak nanti.
  3. Masukkan agar agar tadi kedalam loyang dan tambah pewarna, kacau sehingga sebati.
  4. Biarkan agar agar tadi keras dahulu, setelah keras, potong kecil dan jemur sehingga kering.

Sumber: Siti Hajar Hashim dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Apa Lagi Dessert Ringkas Yang Menjadi Kegemaran Ramai?

Jika anda ikut resepi yang kami kongsikan diatas, confirm jadi. Semoga perkongsian ini memberi sedikit idea untuk anda. Anda peminat dessert yang lain? Lebih-lebih lagi dessert western daripada luar negara? Cadangan menu dibawah mungkin untuk anda:

1. Pudding

Pudding merupakan makanan pencuci mulut yang lembut dan manis. Ia biasanya disediakan dengan menggunakan susu, telur, gula, dan perisa tambahan seperti coklat atau vanila.

2. Jellies

Jellies adalah sejenis makanan yang diperbuat daripada jus buah dan gelatin. Ia mempunyai tekstur yang lembut dan kerap dihidangkan sebagai pencuci mulut atau hidangan ringan.

3. Custard

Custard adalah hidangan pencuci mulut yang kaya dengan telur dan susu. Ia mempunyai rasa yang manis dan tekstur yang licin, sering dihidangkan sejuk atau panas.

4. Mousse

Mousse merupakan hidangan pencuci mulut berbusa yang ringan dan lembut. Ia biasanya diperbuat daripada coklat, krim, telur, dan gula yang dikocok sehingga menjadi ringan dan gebu.

5. Panna Cotta

Panna Cotta adalah hidangan Itali yang diperbuat daripada krim, susu, gula, dan gelatin. Ia mempunyai rasa yang lembut dan kerap dihidang dengan sos buah atau coklat.

Rate this post

Seorang penulis bebas yang suka berkongsi bercerita terutamanya resepi masakan serta berkongsi resepi, tips memasak, dan trend makanan terkini.

1 Comment

Leave A Reply