Agar-agar merupakan sejenis makanan pencuci mulut yang diperbuat daripada rumput laut yang dikeringkan dan diolah menjadi serbuk atau kepingan. Ia adalah sejenis hidangan sejuk yang mempunyai tekstur lembut dan gebu, biasanya diwarnakan dengan pelbagai warna dan perisa untuk menambahkan daya tarikan.
Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat agar-agar termasuk serbuk agar-agar, air, gula, pewarna makanan, dan perisa seperti esen vanilla atau susu pekat. Proses penyediaannya agak mudah dengan cara memanaskan campuran bahan-bahan tersebut sehingga mendidih, kemudian menuangkannya ke dalam acuan dan membiarkannya sejuk serta mengeras.
1. Resepi Agar-agar Lumut Pandan
Bahan-bahan
- 12g serbuk agar-agar/agar-agar tali
- 4 cawan air
- 1 cawan gula
- 1 cawan air pandan
- 1 cawan santan pekat
- 1 biji telur
- Pewarna hijau
Cara buat agar-agar
- Satukan air, gula, agar-agar dan air pandan. Masak sehingga gula dan agar-agar hancur.
- Di dalam bekas lain, masukkan telur dan santan. Kacau sebati.
- Masukkan adunan telur dan santan ke dalam periuk agar-agar.
- Kacau sehingga menggelegak dan tutupkan api.
- Tunggu acuan sejuk sedikit baru masukkan dalam peti sejuk. Setelah agar-agar keras boleh dipotong dan dihidang.
Sumber: Norhazalin Rasib dari Masak Apa Hari Ni
2. Resepi Agar-agar Lumut Gula Merah
Bahan-bahan
- 18g agar-agar tali
- 1250ml air
- 1 sudu esen vanila
- 1 biji telur
- 2 sudu gula putih
- 1 kotak santan
- 1 cawan gula merah
Cara buat agar-agar
- Didihkan air dan masukkan agar-agar tali. Masak sehingga hancur.
- Masukkan gula merah, gula putih dan esen vanila.
- Masak sehingga mendidih.
- Dalam bekas lain satukan santan telur. Kacau sebati dan tuangkan ke dalam periuk.
- Masak dalam 5 minit dengan api perlahan.
- Kuatkan api sehingga adunan berbuih dan terus tutup api.
- Masukkan ke dalam loyang dan sejukkan.
Sumber: Tengku RosElyza Raja Muhammad dari Masak Apa Hari Ni
3. Resepi Agar-agar Santan Pandan
Bahan-bahan
- 28g agar-agar tali (dicuci)
- 2 cawan air
- 20-30 helai daun pandan (cuci dan potong)
- 3 biji telur
- Santan pekat RM3
- 4 senduk nasi gula pasir
Cara buat agar-agar
- Kisar daun pandan dan tapis. Buat sehingga daun pandan habis.
- Untuk kisaran terakhir, masukkan telur.
- Tapis lagi dan masukkan santan.
- Masak agar-agar dan air.
- Apabila agar-agar dah cair, masukkan gula dan letakkan air daun pandan dan santan.
- Apabila sudah mendidih, tutup api dan ambil yang hijau dahulu baru putih, tuang ke dalam loyang.
- Sejukkan dan boleh dipotong.
Sumber: Rozita Daud dari Masak Apa Hari Ni
4. Resepi Agar-agar Permata
Bahan-bahan
- 1 paket agar-agar tali 25g
- 6 cawan air
- 6 sudu gula besar
- 1/2 tin susu cair
- Pewarna merah, hijau, kuning
Cara buat agar-agar
- Satukan air, gula dan agar-agar. Larutkan di atas api sederhana sehingga betul-betul larut.
- Tutup api.
- Ambil 3 senduk agar-agar tadi dan masukkan ke dalam bekas berasingan.
- Letak pewarna bagi setiap bekas dan sejukkan bawah kipas.
- Baki agar-agar tersebut dipanaskan dalam api sederhana. Masukkan susu cair.
- Tuang agar-agar susu ke dalam loyang.
- Potong dadu agar-agar yang berwarna.
- Masukkan agar-agar berwarna ke dalam agar-agar susu.
- Biarkan sejuk bawah kipas, kemudian masukkan ke dalam peti.
- Setelah sejuk boleh dipotong dan dihidang.
Sumber: Nurul Amalina Anati Abdullah dari Masak Apa Hari Ni
Apa Lagi Pencuci Mulut Yang Popular?
Antara pencuci mulut yang senang nak buat dan memang laku di kenduri ialah agar-agar. Nak buat senang, dengan bahan yang sedikit sahaja pun dah boleh buat. Selain agar-agar, terdapat juga pencuci mulut lain yang setanding agar-agar dan memberikan efek segar apabila dimakan.
1. Puding
Puding adalah hidangan pencuci mulut yang lazat dan popular dalam kalangan masyarakat Malaysia. Ia boleh disediakan dengan pelbagai perisa dan tekstur, sama ada menggunakan susu, coklat, buah-buahan atau kombinasi bahan lain.
2. Jelly
Jelly merupakan hidangan sejuk yang menarik minat kanak-kanak dan dewasa. Ia boleh disediakan dengan pelbagai rasa dan warna, sering dihidangkan sebagai pencuci mulut atau jamuan ringan.
3. Custard
Custard adalah hidangan pencuci mulut berbentuk krim yang lembut dan manis. Ia biasanya diperbuat daripada telur, susu, dan gula yang dikacau sehingga menjadi pekat dan berkrim.
4. Mousse
Mousse adalah hidangan pencuci mulut ringan yang mempunyai tekstur gebu dan lembut. Ia lazimnya diperbuat daripada coklat, kopi, atau buah-buahan yang dikocok sehingga menjadi ringan dan berkilau.
5. Panna Cotta
Panna Cotta adalah hidangan pencuci mulut Italy yang popular. Ia diperbuat daripada krim, susu, gula, dan gelatin yang direhatkan sehingga menjadi sejuk dan mempunyai tekstur yang licin.