Acar timun tumis adalah sejenis hidangan sampingan yang lazat yang menggunakan timun sebagai bahan utama. Bahan-bahan yang diperlukan ialah timun, bawang merah, bawang putih, cili kering, kunyit, garam, gula, dan cuka.

Untuk memasaknya, timun perlu dihiris halus dan ditoskan airnya. Tumis bawang dan rempah sehingga wangi, masukkan timun dan kacau rata. Perasakan dengan garam, gula dan cuka mengikut citarasa. Kacau sehingga sebati dan timun masak.

1. Resepi Acar Timun Tumis

Bahan-bahan

  • 4 biji timun (dipotong)
  • 4 biji lobak merah (dipotong)
  • Cili hijau (hiris kasar)
  • Cili merah (hiris kasar)
  • 30 biji bawang kecil merah
  • 30 biji bawang putih
  • 3cm halia (hiris halus)
  • 2 sudu besar biji sawi
  • 4 sudu besar cili kisar
  • 2 sudu besar rempah kari ikan
  • Gula putih
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • 1 cawan kismis
  • 4 sudu besar cuka
  • 4 sekawan
  • Minyak masak

Cara buat acar timun tumis

  1. Panaskan minyak masak dan tumis biji sawi dan 4 sekawan. Kemudian tumis cili kisar sehingga pecah minyak.
  2. Masukkan serbuk kari dan masak seketika. Masukkan halia, bawang merah dan bawang putih. Masak sehingga lembut pada api perlahan.
  3. Apabila sudah lembut, masukkan cuka, garam, gula melaka, gula putih, serbuk perasa dan kismis.
  4. Masukkan lobak merah dan timun, masak seketika dan sedia untuk dihidang.

Sumber: Nurul Ateekah dari Masak Apa Hari Ni

 

2. Resepi Acar Timun Tumis Simple

Bahan-bahan

  • Cili kisar
  • Bawang besar (kisar dan hiris bulat)
  • Bawang putih
  • Cuka
  • Serbuk perasa

Cara buat acar timun tumis

  1. Kisar bawang putih dan bawang besar. Bawang besar juga dihiris bulat.
  2. Tumis cili dan bawang kisar sehingga garing. Masukkan timun.
  3. Masukkan air, cuka, garam, gula dan perasa. Rasa mengikut kesesuaian. Letak cuka sedikit demi sedikit mengikut tahap kesukaan anda.
  4. Taburkan bawang besar dan masak sehingga timun lembut.

Sumber: Noorhafizah Ismail dari Masak Apa Hari Ni

 

3. Resepi Acar Timun Tumis Lengkap

Bahan-bahan A

  • 2 biji timun (dibuang biji dan dipotong panjang anggaran 2 inci)
  • 1 biji lobak (potong seperti timun)
  • 2 biji bawang besar (dihiris)
  • 2 biji cili merah (dibuang biji dan dihiris halus)
  • 7 biji bawang putih (dihiris)

Bahan-bahan B

  • 3 biji bawang besar
  • 2cm halia
  • 2 sudu besar udang kering

Bahan-bahan C

  • 2 sudu besar cili kisar
  • 2 sudu besar rempah kari
  • 3 sudu besar gula pasir
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 sudu besar cuka
  • 1 sudu besar biji sawi (disagai dalam kuali tanpa minyak)
  • Minyak untuk menumis

Cara buat acar timun tumis

  1. Rendam timun dan lobak di dalam air kapur selama 15 minit.
  2. Kisar semua bahan B.
  3. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan B bersama cili kisar dan rempah kari sehingga garing.
  4. Masukkan gula, garam dan cuka. Masukkan bawang merah, bawang putih, timun, lobak, cili merah dan biji sawi. Kacau sebati.

Sumber: Fauziah Yahya dari Masak Apa Hari Ni

 

4. Resepi Acar Timun Tumis Berempah

Bahan-bahan

  • 2 biji timun (kerat 3 atau 4, buang empulur dan hiris jejari)
  • Sedikit garam
  • 1 sudu teh serbuk kunyit (digaul rata dan perap sekejap)
  • 1 batang lobak merah (kerat 3 dan hiris jejari)
  • 1 batang cili merah (kerat 3 dan hiris jejari)
  • 1 batang cili hijau ((kerat 3 dan hiris jejari)
  • 10 biji bawang merah (belah 2)
  • 5 ulas bawang putih (belah 2)
  • 1 inci halia (mayang)
  • 1 sudu besar cili kisar
  • 1 sudu besar rempah kari ikan
  • 3-4 sudu besar gula
  • 2-3 sudu besar cuka makan
  • 1 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 3 biji buah keras (kisar halus)
  • Garam

Bahan tumis

  • 1 batang kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 2 biji buah pelaga
  • 1 sudu teh penuh biji sawi

Cara buat acar timun tumis

  1. Panaskan minyak, masukkan bahan tumis dan tumis sehingga harum. Masukkan cili kisar dan tumis sebentar.
  2. Tambah bahan kisar halus dan rempah kari, masak sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan bawang putih, halia dan bawang merah.
  4. Tambah gula dan cuka makan. Kacau rata dan biarkan mendidih.
  5. Masukkan lobak merah, gaul rata dan masak sehingga lobak lembut. Tambahkan cili merah dan cili hijau.
  6. Toskan timun, perah sedikit dan masukkan ke dalam kuali. Gaul rata dan tambah garam. Masak sehingga pekat dan boleh tutup api.

Sumber: Farizah Malik dari Masak Apa Hari Ni

 

Apa Lagi Hidangan Sampingan Lain Yang Boleh Melengkapkan Sajian?

Selain Acar Timun Tumis, terdapat pelbagai jenis hidangan sampingan yang dapat membuatkan sesuatu sajian itu terasa lebih lengkap dan sedap seperti contoh sambal belacan. Ini 5 lagi cadangan hidangan sampingan yang ada:

1. Acar Jelatah

Jelatah adalah campuran timun, nanas, lobak merah dan bawang yang dihiris halus dan dibumbui dengan cili, garam dan limau nipis. Ia adalah hidangan sampingan yang segar dan pedas.

2. Acar Buah

Acar buah menggunakan pelbagai buah-buahan seperti belimbing buluh, mangga muda, dan nanas yang direndam dalam kuah cuka manis yang berbumbu. Hidangan ini popular di majlis-majlis keramaian.

3. Acar Rampai

Acar rampai menggabungkan pelbagai sayuran seperti kobis, lobak merah, timun dan kacang buncis yang dipotong halus dan dimasak dengan rempah ratus. Rasanya masam manis dan sedikit pedas.

4. Acar Kobis

Acar kobis menggunakan kobis sebagai bahan utama yang dihiris halus dan dimasak dengan campuran rempah, cuka dan gula. Hidangan ini sangat popular di restoran-restoran tempatan.

5. Mixed Vegetable Pickle

Hidangan ini menggunakan pelbagai sayuran seperti timun, wortel, cauliflower dan bawang yang diawet dalam campuran cuka dan rempah ratus. Ia sering dijadikan hidangan sampingan di restoran.

Seorang penulis bebas yang suka berkongsi bercerita terutamanya resepi masakan serta berkongsi resepi, tips memasak, dan trend makanan terkini.

Leave A Reply