Acar rampai adalah sejenis acar campuran sayur-sayuran yang popular di Malaysia. Bahan-bahan utama termasuk lobak merah, timun, kacang panjang, bawang merah, bawang putih, halia, kunyit, gula, garam dan cuka.

Cara penyedianan dimulakan dengan memotong semua sayur-sayuran halus-halus. Kemudian, tumis bahan-bahan kisar seperti bawang, halia dan kunyit sehingga wangi. Masukkan sayur-sayuran yang telah dipotong dan kacau rata. Akhir sekali, tambah gula, garam dan cuka mengikut citarasa. Biarkan sejuk sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.

1. Resepi Acar Rampai Mudah

Bahan-bahan

  • 5 biji timun muda potong memanjang
  • Lobak merah 2 biji

Cara nak buat Acar Rampai Mudah

  1. Rendam dengan 2 sudu kapur makan 30-40minit sebelum masak untuk bagi rangup, kemudian bilas dan toskan.
  2. Panaskan 1 cawan minyak masak, kemudian masukan 15 biji bawang putih (kalau besar potong 10 biji bawang ros.
  3. Tumis sekejap kemudian masukan 2biji bawang besar kisar, 3 inci halia kisar dan 2-3 sudu cili kisar,3 sudu biji sawi tumis sampai wangi.
  4. Kemudian masukan 2 sudu makan serbuk kari daging, 2 sudu makan serbuk kari ikan, sesudu serbuk kunyit.
  5. Masukan air dan tumis sampai pecah minyak. Kemudian masukkan cuka makan anggaran 4-5 sudu makan, sos tiram sikit, sos cili sikit.
  6. Masukan gula dan perasa (acar kena manis masam) masak sampai agak pekat dan tutup api.
  7. Bila dan suam baru masukan sayur tadi, boleh tambah setengah genggam bijan sangai ataupun kacang goreng tumbuk.

Sumber: Abg Apitte dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

2. Resepi Acar Rampai

Bahan-Bahan

  • Timun 3 batang (potong mancis)
  • Carrot 1 batang (potong mancis)
  • Lada merah 4 tangkai (potong mancis)
  • Bawang merah 10 biji (belah 2)
  • Bawang putih 7 biji (belah 2)
  • Halia2 inci (mayang halus)
  • Cuka makan 1/2 cawan
  • 1 sb biji sawi
  • Gula
  • Garam

Bahan kisar

  • Cili kering 15 tangkai
  • Bawang merah 5 biji
  • Bawang putih 3 biji

Cara nak buat Acar Rampai

  1. Satukan cuka, timun, carrot, lada, bawang, halia dan gaul letak tepi dulu.
  2. Panaskan minyak tumis bahan kisar sampai betul pecah minyak.
  3. Masukkan biji sawi, masukkan gula garam secukup dan letak semua bahan cuka yang campur tadi masaklah kejap dan siap.

Sumber: Lieza Wahid dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

3. Resepi Acar Rampai Utara

Bahan-bahan

  • Cili Kering 6 tangkai
  • Cili Besar 2 tangkai
  • Bawang Putih 2 Ulas
  • Belacan 1 Inci
  • Buah keras
  • 1 inci kunyit hidup
  • (bahan di atas di kisar)
  • 7 Ulas bawang merah (dikisar)

Bahan untuk acar

  • Timun di potong panjang
  • Lobak Merah di potong panjang
  • Nenas
  • Sengkuang
  • Cili besar merah

Cara nak buat Acar Rampai Utara

  1. Masukan 5 sudu minyak masak.
  2. Tumis bahan di kisar dan masukan biji sawi yang telah di sangai sehingga pecah minyak, masukan 7 ulas bawang putih yang dibelah dua.
  3. Masukan 1/2 cawan air yang telah di campur dengan 1 sudu makan cuka, gula, garam sehingga mendidih.
  4. Masukan bahan tumisan kedalam bahan acar tadi, gaul , masukan kacang tanah, masukan bijian yang telah disangai dan masukan bawang besar yang telah di hiris nipis.

Sumber: Azahari Abdullah dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

4. Resepi Acar Rampai Nyonya

Bahan-bahan

  • Timun
  • Carrot
  • Kobis
  • Kacang panjang
  • Bawang kecil
  • Bawang putih
  • Cili hijau dan merah
  • Halia
  • Biji sawi
  • Bijan
  • Kayu manis
  • Cuka, gula, garam, serbuk kunyit dan cili serbuk

Cara nak buat Acar Rampai Nyonya

  1. Tumis biji sawi, kayu manis dan halia.
  2. Dan masukkan cili serbuk, kunyit serbuk dan cuka.
  3. Tumis sampai pecah minyak last baru masukkan sayur yang di kukus tadi.
  4. Kalau nak tahan lama masukkan dalam freezer dan selamat mencuba.

Sumber: Norhabibah Hanif Vincent dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

Apa Lagi Menu Menjemput Selera Yang Popular?

Walau pun acar rampai bukan menu utama setiap hidangan, namun jika ada menu ini ia seolah-olah menjadi pelengkap hidangan dan tidak lupa menjadi penyebab nasi bertambah. Selain acar rampai, ada beberapa menu lain juga yang menjadi punca nasi bertambah. 3 dibawah antara menu yang menjemput selera makan:

1. Sambal Nenas

Sambal nenas merupakan hidangan sampingan yang dibuat daripada nenas yang dimasak bersama rempah ratus. Bahan utama termasuk nenas, bawang merah, bawang putih, cili kering dan belacan. Kesemua bahan dikisar halus dan dimasak sehingga pekat.

2. Kerabu Mangga

Kerabu mangga adalah sejenis salad tradisional yang menggunakan mangga muda sebagai bahan utama. Mangga dihiris halus dan dicampur dengan bawang merah, cili, gula dan garam. Hidangan ini memberikan kombinasi rasa masam, manis dan pedas.

3. Sambal Belacan

Sambal belacan adalah sejenis sos pedas yang dibuat daripada cili merah, belacan, bawang merah, bawang putih, gula dan garam. Semua bahan dikisar halus dan ditumis sehingga masak dan mengeluarkan aroma yang menggugah selera.

Seorang penulis bebas yang suka berkongsi bercerita terutamanya resepi masakan serta berkongsi resepi, tips memasak, dan trend makanan terkini.

Leave A Reply