Ramai yang tertanya-tanya tentang poligami dalam Islam, sambil menunjukkan muka tidak puas hati, “Kenapa lelaki boleh poligami, dan dibenarkan di Malaysia?. Bukankan ini tidak adil?”.
Baiklah, kami bukanlah pakar tentang poligami, sekadar berkongsi pandangan sahaja, kenapa lelaki boleh berpoligami di Malaysia.
Isu poligami ini sering dibahas terutamanya oleh kaum wanita yang mempersoalkan kenapa kaum lelaki diberikan kelebihan untuk mengahwini sehingga 4 isteri.
Pada asalnya, hukum poligami adalah harus seperti mana firman Allah S.W.T dalam Surah An-Nisa’ Ayat 3 iaitu “Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim ( apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan ( lain ): dua, tiga atau empat.”
Sebagaimana yang kita tahu, Nabi junjungan kita juga mempunyai sehingga 7 orang isteri dan tujuan Baginda berkahwin adalah untuk membantu mereka dan bukan suka kerana nafsu semata-mata.
Namun, kebanyakan lelaki sekarang memberikan justifikasi untuk berpoligami bukan hanya untuk membantu mereka, tetapi secara realitinya adalah kerana nafsu semata-mata. Ingin membantu itu jatuh nombor dua.
Tak semua yang berfikir dan bertindak sedemikian rupa, iaitu ingin membantu mengurangkan beban. Macam-macam alasan diberikan. Bagaikan orang perempuan itu, tidak mempunyai perasaan.
Oleh itu, berikut kami berikan beberapa sebab penting kenapa lelaki boleh dan dibenarkan untuk berpoligami.
Poligami dalam Islam dan kenapa ia dibenarkan
Poligami ialah sesuatu yang dibenarkan dalam Islam. Sebenarnya, tidak perlu dipertikaikan hukum isteri tidak redha suami poligami.
Suami mahu kahwin lebih dari satu, silakan. Hak isteri pertama dalam poligami, jangan dilupakan.
Izinkan kami berkongsi antara sebab kenapa suami dibenarkan berpoligami, dan mencari madu untuk si isteri.
Isteri mandul
Hampir kesemua pasangan yang berkahwin inginkan seorang cahaya mata. Namun, apabila seorang isteri tersebut mandul dan tidak dapat melahirkan anak, pada ketika inilah Islam mengharuskan kaum lelaki untuk berkahwin dengan isteri kedua.
Isteri pertama haruslah faham dan sebaiknya membenarkan suaminya untuk berkahwin lain bagi mendapatkan anak yang akan mendoakannya setelah mereka mati.
Walaupun perceraianlah yang sering diminta oleh seorang isteri, ianya tidak dinafikan bahawa berpoligami sememangnya lebih mulia dan utama daripada bercerai. Allah S.W.T juga melarang kita daripada menghampiri zina seperti firman Allah S.W.T dalam surah al-Isra’ ayat 32 yang bermaksud “Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat ( yang membawa kerosakan ).”
Namun, janganlah pula terus ingin berpoligami jika baru sahaja berkahwin. Berikan masa.
Poligami dalam Islam itu indah. Jangalah hanya belum dikurniakan zuriat, terus mahu cari pengganti.
Isteri sakit yang berterusan
Sekiranya seorang isteri mengalami sakit berpanjangan yang menjadikannya mustahil untuk menjalinkan hubungan intim dan berumah tangga dengan suaminya, maka atas sebab itu ianya diharuskan oleh suami tersebut untuk mengahwini isteri yang kedua.
Perkara ini dapat mengelakkan si suami daripada terjebak dengan perkara maksiat dan zina yang dilaknat oleh Allah S.W.T.
Golongan wanita lebih ramai dari lelaki
Sama ada anda sedar ataupun tidak, golongan wanita pada zaman sekarang adalah semakin ramai berbanding dengan golongan lelaki. Itulah antara sebab ramai menggunakan hujah ini untuk tambah isteri kedua, selain isteri pertama yang sedia ada.
Disebabkan oleh nisbah lelaki dan perempuan yang sangat ketara ini, ianya diharuskan oleh kaum lelaki untuk berkahwin sehingga 4 orang isteri bagi mengelakkan berlakunya gejala maksiat dan zina sekiranya lebihan kaum wanita ini tidak berkahwin.
Ada jenis wanita yang sanggup menunggu jodoh biarpun lambat, asalkan tidak berkahwin dengan suami orang.
Ada pula yang sanggup hidup membujang sepanjang hayat.
Tepuk dada, tanya selera.
Isteri sukar dididik
Bagi kaum isteri yang sukar dididik dan dibentuk sikapnya, adalah diharuskan untuk suaminya bagi mengahwini isteri yang kedua.
Ketaatan seorang isteri diibaratkan sebagai satu permata yang sangat bernilai dalam membentuk rumah tannga yang harmoni dan romantik.
Ia seiring dengan firman Allah S.W.T dalam surah An-Nisa’ ayat 19 yang bermaksud “Wahai orang-orang yang beriman, tidak halal bagi kamu mewarisi perempuan-perempuan dengan jalan paksaan, dan janganlah kamu menyakiti mereka ( dengan menahan dan menyusahkan mereka ) kerana kamu hendak mengambil balik sebahagian dari apa yang kamu telah berikan kepadanya, kecuali ( apabila ) mereka melakukan perbuatan keji yang nyata. Dan bergaulah kamu dengan mereka ( isteri-isteri kamu itu ) dengan cara yang baik. Kemudian jika kamu ( merasai ) benci kepada mereka ( disebabkan tingkah-lakunya, janganlah kamu terburu-buru menceraikannya ), kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak ( untuk kamu ).”
Oleh itu, sebagai seorang suami, didiklah isteri anda seupada mematuhi dan mentaati suaminya supaya dapat mencapai kebahagiaan dan kedamaian yang penuh.
Lelaki yang mampu zahir dan batin
Mampu bukan sekadar dari batin sahaja. Mestilah dia seorang lelaki yang mampu dari segi zahir dan batin.
Seperti pandangan daripada Berita Harian, buktikan kemampuan terlebih dahulu, sebelum mengambil keputusan untuk berpoligami. Kalau tidak mampu dengan isteri pertama, buat apa ingin tambah lagi isteri kedua bukan?
Ini kerana, biasanya berlaku pelbagai kejadian termasuk kejar-mengejar, selalunya bagi kes yang suami sebenarnya tidak mampu untuk berpoligami, tetapi masih lagi meneruskan niat untuk berpoligami.
Akhir kalam
Kesimpulannya, sebab-sebab utama lelaki dibenarkan untuk berpoligami bukan hanya sebagai pemuas nafsu semata-mata. Percayalah, poligami dalam Islam itu indah.
Kadangkala terdapat sebab-sebab kesihatan seorang isteri yang menyebabkan suaminya terpaksa berkahwin dengan wanita lain.
Apa pun, sebagai seorang suami, anda perlu berlaku adil dan saksama di antara kedua-dua isteri anda dalam menguruskan rumah tangga anda. Sebaik-baiknya, janganlah poligami tanpa kebenaran isteri pertama. Jangan poligami dalam diam.
Lebih baik beritahu dan selesaikan dengan cara baik terlebih dahulu.
Akhir sekali, sekadar memetik laporan dari Mstar, poligami itu sangat manis.
Semoga manis-manis semuanya.
Semoga bermanfaat.
1 Comment
aku mahukan poligami yang manis