Petua Kempiskan Perut Buncit

Bila makin membusung, rasa lain macam pula. Bagi yang tercari-cari cara kempiskan perut buncit, boleh cuba kaedah yang akan kami kongsikan seperti di bawah.

Sedikit mengenai perut buncit

Memiliki potongan badan yang ideal semestinya menjadi impian setiap wanita. Namun, dek kerana perut buncit yang menjadi penghalang, kebanyakkan kaum hawa hanya mampu bermimpi untuk memiliki tubuh sempurna.

Namun tidak perlu risau lagi, kerana kami akan mengupas isu yang merunsingkan kaum hawa ini. Secara umumnya, perut buncit berpunca daripada cara pemakanan anda sendiri.

Jadi mari lihat punca utama kenapa perut buncit boleh terjadi.

Cara kempiskan perut buncit

Cara kempiskan perut buncit

Bukan tak mahu bersenam, cuma tidak ada kekuatan untuk pergi ke gym selalu. Ini antara salah satu tabiat yang perlu dielakkan ya!

Percayalah, ada sahaja senaman yang berkesan untuk menyingkirkan lemak degil di bahagian perut anda itu! Hendak seribu daya, taknak seribu dalih.

Jadi, mari kita tengok jenis-jenis senaman yang boleh kita lakukan di mana-mana sahaja!

Bukan itu sahaja, petua orang lama pun menjadi juga.

Petua hilangkan perut buncit dengan air limau

Setiap kali bangun pagi dan selepas makan, boleh cuba amalkan minum air limau.

Ia dikatakan dapat detox hati.

Selain itu, air limau juga dikatakan dapat membantu meningkan enzim yang detox hati supaya berfungsi dengan lebih baik.  Bila badan kita sudah nyahtoksik benda-benda yang tidak elok, ia dapat membantu dalam proses hilangkan perut buncit.

 

Petua hilangkan perut buncit dengan air limau

Jika tak tahan masam dengan air limua, cubalah teh halia pula.

Dengan minum teh halia, ia dapat membuang angin badan. Selain itu, teh halia dapat membantu pencernaan badan kita.

Selain meningkatkan suhu badan dengan sifat halia yang pasan, ia uga dapat membantu membakar lemak dengan lebih baik.

Senaman Plank

Senaman ini sebenarnya senang sahaja.

  1. Letakkan diri anda dengan keadaan siku dan lutut dalam keadaan rehat di atas lantai atau tikar yoga.
  2. Pastikan kepala anda sejajar dengan tulang belakang dan pandangan anda mestilah ke depan sahaja, jangan tengok ke bawah ya.
  3. Naikkan lutut anda perlahan-lahan dengan menyokong berat badan anda menggunakan jari kaki dan siku
  4. Tahan posisi ni untuk 60 saat, mudahkan?

#KebaikanPlank: Senaman ni dapat latih otot bahagian lengan, abdomen, pinggul dan belakang korang tau!

 

Kempiskan perut buncit dengan Captain’s Chair

Apa yang anda perlukan hanyalah sebuah kerusi dan keazaman yang jitu untuk mengempiskan perut. Untuk pengetahuan anda, senaman ini juga sangat sesuai untuk anda yang tidak mempunyai masa untuk bersenam di luar rumah. Apa yang lebih penting, senaman ini amatlah ringkas, namun dapat membakar lemak di bahagian perut dengan efektif. Jadi, apa tunggu lagi?

  1. Duduk secara tegak dan pastikan bahu anda dalam keadaan relaks.
  2. Letakkan tangan anda ke sisi dengan telapak tangan menghadap ke bawah.
  3. Tarik nafas dalam-dalam.
  4. Apabila nafas dihembus, perlahan-lahan bawa lutut anda rapat ke bahagian dada dan tahan posisi tu untuk 10 saat.
  5. Lakukan sebanyak 15 kali (1 set) atau lebih (jika mampu).

#MestiCuba: Buatlah senaman ni secara konsisten dan lihatlah hasilnya!

 

Cuba Jump Rope

Senaman jump rope atau apa yang kita panggil sebagai skipping sebenarnya amatlah bagus bagi anda yang berhasrat untuk mengempiskan perut! Ini kerana, senaman skipping ini sebenarnya memang memfokuskan bahagian perut dan dengan skipping, anda sebenarnya akan secara tidak langsung menggerakkan seluruh anggota badan.

Hasilnya? Anda bukan sahaja akan mengalami pengurangan lemak di bahagian perut, malahan anda juga akan merasai penurunan berat badan secara total!

Apa yang anda perlukan hanyalah tali skipping, kasut yang selesa dan off you go!

Senaman ini senang sahaja, kerana mesti ramai antara kita yang sudah selalu bermain skipping sejak dari kecil lagi.

Sebagai peringatan awal: senaman ni memang meletihkan lagi-lagi pada peringkat permulaan, namun kuatkan semangat ya?

Jangan berhenti dan konsisten sehingga tercapai perut kempis yang anda dihajati.

 

Kempiskan perut buncit dengan senaman kardio

Untuk senaman jenis ini, pastikan anda mempunyai kasut sukan yang selesa. Anda boleh pilih sendiri, boleh berjalan, berjogging mahupun berlari. Terpulang pada keselesaan anda sendiri tapi seeloknya cubalah keluar dari zon selesa – cakap nak kempiskan perut?

Kenalah berkorban sikitkan. Senaman kardio ini sangatlah membantu dan tidak membosankan, kerana anda boleh menikmati pemandangan sekeliling dan menghirup udara yang nyaman sambil berlari tu, jadi tidaklah stress selalu apabila teringatkan masalah perut buncit anda. Seeloknya carilah rakan untuk aktiviti kardio ini, baru anda ada motivasi tinggi sikit!

#TipsKiraMasa: Sambil anda lari, dengarlah lagu yang anda sukai, kerana purata 3 minit untuk 1 lagu.

Jadi bayangkan jika anda sudah mendengar 10 lagu semasa berlari, ini bermakna sudah 30 minit anda berkardio!

Jika berminat, ada banyak lagi cara senaman untuk hilangkan perut buncit di Mens Health.

 

Elakkan makanan bergula

Dalam permasalahan ini satu perkara yang anda kena faham ialah sekerap mana pun anda bersenam – dari pagi sehinggalah ke petang sekalipun, tetap anda kena terima hakikat bahawa solusi utama masalah perut buncit ini ialah dengan menjaga pemakanan seharian.

Jadi, elakkan dan kurangkan pengambilan makanan dan minuman bergula; sebaliknya mulakan pengambilan produk ‘tanpa gula’ dalam masakan dan minuman anda!

 

Kempiskan perut buncit dengan makan makanan rendah lemak

Apabila membeli di pasar raya, cuba lihat dulu kandungan lemak transnya di dalam makanan atau minum yang dibeli dan bertukarlah kepada ‘rendah lemak’ pula.

 

Protein itu penting

Jangan lupa untuk ambil lebih banyak sumber protein sebab protein akan bina otot yang akan membantu pembakaran lemak kemudian hari.

 

Serat juga penting

Cara kempiskan perut buncit ini tidak lengkap jika tidak disertai dengan pengambilan serat.

Anda perlu ambil lebih banyak serat sebab ianya membuatkan anda berasa kenyang lebih lama.

Jadi, bila kenyang, kuranglah nafsu untuk makan.

Bila kurang makan, makan kurang berat.

Bila kurang berat, maka secara automatik akan kuranglan buncit di perut.

 

Akhir kalam

Cara hilangkan perut buncit

Bukan sahaja senaman dan makanan itu penting. Tahukah anda stress adalah antara penyebab perut buncit? Jadi, uruskan stress dalam kehidupan seharian dengan berkesan ya!

Hal ini terbukti dengan kajian saintifik yang meletakkan nisbah peratusan 90% (pemakanan) – 10% (senaman) sebagai faktor-faktor yang menyumbang kepada kejayaan sesuatu diet itu.

Jadi, anda tidak perlulah bersenam bagaikan atlit sukan negara jika pada akhirnya faktor pemakanan tidak dijaga.

Rajin – rajinlah bersenam atau beriadah kerana dengan senaman, proses eliminasi lemak di perut akan bertambah cepat.

Semoga perkongsian mengenai cara kempiskan perut buncit ini dapat memberikan serba-sedikit maklumat yang dicari. Yang penting, jangan lupa jalani cara diet yang berkesan.

Jemput juga baca cara hilangkan perut buncit tanpa menggunakan petua, hanya senaman dan pemakanan.

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment